Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Jalan Jalan di Kuala Lumpur

Morning korang

Last Saturday I ada checkup kat Al- Islam Kg Baru. Ocin kerja, so I decide nak ajak Dina teman I lah. dia pun okay je. I bawak Lihin dengan syarat dia tolong jaga. hahaha maklumlah I kena jaga perut I. erk alasan. 

ni kira first time ever lah bawak Lihin tanpa Mak, Abah mahupun Ocin. mampu kah I? eh silap mampukah Dina? ahhahaha

Masa Jumaat tu I wassap Ocin bagitahu dia ni ha. pastu tengok apa dia balas =p


Pepagi tu before gerak I siap breakfast nasi lemak. amek kau heavy breakfast terus. Appointment 10,30 am kot. I tak berapa suka sangat hari Sabtu. ramai orang tapi kebanyakkannya jumpa doc kanak-kanak kot. tapi memang rimas lah. 

Btw, I naik 3 KG okay. so now I am 55 kg T_T blame nasi lemak lah.err



Kami memang dah plan nak jalan kaki. either napak ke Quill or train Kg Baru. Dalam Google map nampak bapakkkkk jauh. tapi sebenarnya dekat je. macam Yap Kwan Seng ke Pavi maybe. alaa I pernah napak KLCC- Ampang. so apa de hal. beza I bawak perut je. >,<


Dengan tak bawak payung nya. dahlah agak jem. Pastu orang mesti pelik apa lah kerja mak buyung ni jalan terkedek kedek. Lintas pun macam itik je. hahaha

I ni memang ada masalah melintas. I rela jalan jauh daripada kena berlari. kalau ada tempat melintas I lega lah. tu pun kekadang rasa nak pegang je tangan random people. eh tapi I tak pelik tau, I pernah baca dalam page mana entah, pompuan tu lagi lah. main tarik tali bag mamat mana entah sebab takut lintas. ahhaha

tapi salah masuk daaa. Ni loading bay and staff entrance. kena pusing ke tepi sana untuk main entrance dia.


Sampai je Lihin dah seronok sebab ada aircond. kesian hero Mommy. I ajak duduk jap. penat baby dalam perut berayun ayun agaknya hahahaa.





Sini memang semua tempat makan memahal ke apa T_T tak suka tau datang tempat macam ni. Pavi is better. sana pun banyak butik mahal tapi at least ada food court dia. sini I rasa macam takde je. 

Kami pergi mamak Q-Bistro. I rasa macam banyak branch jugak kan. 


konsep layan diri

konsepnya kau dah suka kat Aunty Dina pastu taknak duduk sebelah Mommy? kfine


I makan rojak RM 5.90. Teh O Ice RM 2. kuah rojak just nice tak pedas. manis jugak. cuma I tak suka banjir macam ni T_T

yang atas tu masam sebab anne tu acah acah marah dia. Lihin pantang orang tegur /marah dia. nanti dia jeling sampai nak terkeluar bijik mata. hahaha pendendam ikut Mommy ke ?
 Lepas makan kami pergi kedai Jepun yang RM 5 tu. ala macam Daiso tu. kecik je kedainya. tak sempat snap apa apa, Lihin sibuk nak main kotak bentuk bus. kang dia suruh beli pengsan Mommy. I beli tempat buat aiskem. kat Daiso asyik takde je. hehehe

Level bawah tu untuk kids rasanya. habis satu satu kereta dia nak naik. nasib lah si Dina pandai memujuk. I takde duit kecik time tu. tapi kalau ada pun, errr dia ni bukan cukup sekali. bayang kan ada 6 jenis kete, pastu setiap satu dia nak naik 5,6,7 kali -_- Gaji belum masuk lah oi , jangan buat macam ni
minat betul dia dengan bus tu. asyik naik je

Boring je Quill. yelah tempat ekslusif kan. Lainlah kalau bawak duit berkepuk bolehlah. ni semua kedai kosong, kalau nak masuk pun segan. Aeon pun kosong okay T_T 

Tak silap I main attraction untuk parents kat sini yang indoor playground main kinetic sand tu. Tapi nanti nanti lah ye Lihin. Pastu kalau nak tengok movie best jugak kot. ramai kawan kawan I datang untuk movie je. 

Ada jugak kedai baru nak bukak macam Teh Tarik Place & Karaoke. maybe lepas ni ramai lah orang datang

Sebab dah boring, I ajak Dina jalan pegi Sogo. menapak hokay. Dia okay je, dia risau I dengan Lihin lah nak lintas macam mana. haahahah



Penat tau naik turun. I ingatkan benda alah ni boleh lintas ke sana rupanya untuk monorel sahaja. so dah naik ni , kena turun depan sana. Pastu lintas kat bawah. Dina try jugak dukung Lihin, tak bergerak langsung. hahahaha


baguslah korang satu pakai baju Phuket satu baju Lombok. gua jugak pakai jubah

dah macam tourist dah. 

Time ni kat jejantas yang nak masuk Maju Junction terus tu. Dina prefer naik atas ni sebab risau kan Lihin. yelah budak kan, kena heret je dia. 

Tengoklah betapa ramainya orang. Ya Rabbi. ni semua nak shopping raya ke apa? Tapi bazar yang selalu ada area Pertama tu memang dah start dah. meriah betul siap jual kuih raya. errr



Nak masuk Sogo takleh. Members Day. ceh patutlah ramai orang. pastu siap bukak booth untuk registration. Ingatkan nak register tapi punyalah ramai siap ada no giliran lagi. siap sediakan kerusi duduk lagi. wahduh. Kalau kat luar ramai macam tu, dalam apatah lagi ye tak? so tak jadilah

dah kena warning awal awal hahahah

Next, to Muaz we go. I nak cari anak tudung. tau tak I ada 4 je anak tudung -_- 3 hitam 1 grey. ahhaha pastu ada sekali tu basuh 3, yang 1 ni pulak hilang. gelabah carik. 

Tapi panjang gila beratur.  Orang beli macam sebakul gituh. takkan gua nak beratur semata mata anak tudung kan. so tak jadilah

Tapi kenapalah kat Muaz sekarang susah nak carik yang plain. ada bling bling lah, bunga seketoi laa. beading kalau sikit takpe, ni banyak and besau dah macam choc chip dah T_T huwaaa

Tau tak Lihin tak makan. time kat Quill tu dia dok minum air. pastu I dok umpan dia gula gula.



Lepas Muaz, kami masuk area pasar malam tu. tapi jalan half je. Eh Muaz ni banyak cawangan kan. masuk lagi satu branch dia pastu berkenan jubah. sebat lah selai. hahaha

Next masuk Jukebox. ada kasut berkenan tapi size 41 -_- hadoi selalu nak carik size besar bukan main susah ni ada pulak 41,42,43. hoi 40 mana?

Pastu masuk First Lady. actually dulu I tak minat langsung First Lady ni sebab design dia macam baju kurung plain je dah RM 89 ++. macam boringnya. plus dulu I mana minat baju macam tu. sekali ni masuk bukan main banyak design baju lawa. Kurti pun murah gila dalam RM 14, RM 16. maxi dress dia kain best gila and for sure tak jarang tak yah susah nak carik inner bagai baru RM 49. affordable sangat kan

cuma poket gua kurang afford that day. kah. 


I berkenan baju tu, dia macam  batwing. RM 89/set rasanya

banyak gila tingkat. 5 kot

Lepas First Lady, kami decide nak ngeteh jap. nak pergi kedai tepi Sogo tu Ngopi Ngopi tapi full. kedai tu pun kecik je sebenarnya. so ke Old Town lah kita. saja je nak spend time. lagipun I perlukan masa  fikir nak balik naik apa. train macam sadis je. call apak I mau kena cekik kang . ahahhaha

hamboi ko berkepit je kan

bising je mulut dia pilih menu


duduk pun nak sebelah Aunty Dina. cis. takpe senang sikit Mommy. hahahaha

masa ni tea time so kami pilih set Paratha with Milk RM 6.90 . set ni dengan air. boleh pilih lah. I pilih Ice Lemon Tea. Dina amek White Coffee kot. Nipis gila roti dia. makan dengan tangan je. Time ni baru Lihin nak makan . 


Ocin whatsapp I tanya kat mana. dia nak datang jumpa Lihin. rindu katanya. ngada kau. hahaha . Tadi masa kat Quill pun dia call nak cakap dengan Lihin. budak tu bukan pandai cakap tepon pun.

Ocin cakap selalu bangun pagi Lihin Maira ada kat depan. ni tengok Maira je ada. tu rasa pelik. ceh .

Maybe tu lah perasaan bebudak tu kan. celik mata Mommy Ayah dah pergi kerja. balik malam kekadang dorang dah tidur. hurmmmmmm


bukan main suka
Time ni Ocin tanya sapa pakai kan Lihin pampers. err Mommy lah sapa lagi. tau tak pampers tu dah terbukak and senget. kalau dia poo, sia sia je >,< hahahaha ala sorry ler Lihin. lama tak pakai kan pampers you. dah lah tak reti dok diam 

Tapi kejap je Ocin datang. dia bawak Lihin pusing pusing jap pastu dia slow slow melenyapkan diri


I dah call bapak I suh amek. so kami tunggu lah kat tepi tu. my dad cakap jem. haiyo Sabtu pun jem kan. yelah KL ni bilanya tak jem -_-










 My dad cakap dia tak dapat masuk lorong Cimb tu. Polis tutup jalan. patutlah seketul dua je lalu, maybe dorang daripada carpark belakang tu kot. so my dad suruh kami tunggu kat jejantas ke KTM Jalan Raja Laut tu. dia cuba pusing kat Dataran

Unfortunately, Dataran pun tutup ( rasanya every weekend) and roundabout tu pun tutup like hell man jadah lah sangat. so dia kena masuk Parlimen, keluar kat Jalan Sultan Ismail pastu masuk Jalan Kuching. 

Jem pulak jenis melekat punya. imagine kami tunggu 5pm, nak dekatn 7.30pm baru my dad sampai. pastu sadis, ekon buat hal T__ T dah lah kepanasan. basah ketiak. sian Lihin. sian Dina jugak. 

si Lihin masuk kereta je tidur. tidur berdiri okay

Gambar bawah ni sementara menunggu my dad. dia berangan jadi polis gitu. konon tengah jaga lalu lintas. orang dalam kete gelak je. ada abang lorry tu siap main lambai lambai , nasib tak cium bontot kete depan. haiyoo
Kami turunkan Dina kat train KLCC. 

Dah nak dekat sampai rumah, try bukak ekon. laa takde apa apa pun. -_- my dad cakap masa jem tadi ada bau something tu dia off. Pastu dengan jalan jem, temperature naik. I dah doa macam macam tadi, janganlah jadi apa apa. 




Panjangnya entry. lenguh tangan



tengok apps ni ha, wow . hebatnya gua rasa today. hahaha kira dah banyak terbakar lemak lah kan =p



Trust me bebeh, balik tu dia mamai sikit, mandi . dalam 11pm dia cakap

"atok nak jalan"

pengsan -_-

Toodles, Xoxo

Comments

  1. Jauhnya babe ue jalannnnn. Kalau i mungkin surrender dah kot. I penah dulu buat keje gila time puasa, mek ambik flight pagi pegi kl. Trun dekat KLIA 2, naik train pegi KLCC, lepas tu jalan pegi Sogo, Jalan TAR. Pegi Sunway. Last flight dekat Subang. Sumpah, tu last keje gila mek buat. Tak sanggup nokkkk berjalan cam tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha sesekali kena buat kerja gila time muda ni =p baru boleh berlagak cerita kat anak cucu nanti. tapi efeknya selepas 2 hari. bangun pagi rasa tapak kaki tak jejak tanah >,<

      Delete
  2. Lawa kulit mommy cici...kenan aihhhh...juju pun suka lepak Quill Mall...Q bistro tu mmg byk cawangan...kuah rojak tu banyak betul...rajin yer jalan kaki...bagus lah senaman...Lihin seronok dpt pi jln2...yeyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks Juju. haah sonok dia. tapi tak puas lagi. bagus bawak dia travel. tak cerewet hahaha

      Delete
  3. Panjangnya entry nih! Lenguh scroll...Anda memang gigih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. award for blogger tergigih bulan ini goes to - ehemm me. hahahah

      Delete
  4. yang...jauhnya u menapak...semua laluan u dekat ngan ofis i..apapun i salute tau..ibu ngandong kuat jalan..i yang xngandong ni...malass je rasanya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yeke. sana memang area jem kan T_T dulu masa peknen Lihin pun I kuat jalan. dah 9 bulan naik bus dengan mak I pegi Jalan Tar. second macam manja sikit. I suka jalan jalan cari makan je. hehehe

      Delete
  5. rajinnye sis menaip..salute..
    and jauh tul menapak tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha actually yang buat panjang tu gambo je. typenya pendek je. so kesabaran diperlukan tang nak susun gambo. hahaha

      Delete
  6. jauhnya brjln, dari Al-Islam sampai Sogo...huhu..kt Quill ada foodcourt, sebelah Daiso, tingkat 4 rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada Daiso ke sana? tak perasan. ehhe. sana sunyi kan

      Delete
  7. Salam, hohoi~ jalan sakan lah si Lihin tu, haha eh btw..u pregnant lagi ke? Wow, anak ketiga lah kan?? Alhamdulillah, tahniahh! Hahah :D
    Hari tu i makan nasi campur kat Pavi, amek2 lauk..sekali bayar semua Rm 18.05...kejadahnya! Nak nangis time bayar..rupanya lauk yg i amek tu ikan dory...dah lah amek 5 ketul..bongek sungguh!

    ReplyDelete
  8. Register on EverydayFamily now and you will get stage by stage pregnancy and baby email newsletters, promotions and coupon alerts as well as access to free baby samples, baby coupons, baby magazines and much more.

    All New Members Can Win Free Diapers for a Entire Year!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu