Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Diary Ramadhan: Day 22

 
Holla
 
semalam ingatkan kalau Ocin balik 7pm jugak I nak jenjalan cuci mata. Tetiba dia cakap balik pukul 5pm and nak terus pergi pasar juadah. I on je lah. kitorang dok figure out mana nak carik ayam percik ni T_T apesal lah susah sangat nak carik tahun ni. kempunan kang
 
Lepas je parking motor nampak kedai kek. okay murah jugak sebekas tu RM 10. boleh beli ni . I amek campur flavour - Red Velvet, Choc Cheese dengan lagi 1 apa entah. Rasa? hurmmm jangan expect apa apa lah kalau harga macam tu >,<
 
 
Pusing seround kami beli murtabak. Rm 3 Lupa yang mana sedap. Ni pun first time beli this year. I selalu tak selera tengok murtabak nipis melayang. kat area umah I lagi lah, penuh bawang je. memang murtabak inti bawang ye >,<
 
Ocin dah mengilau tengok celup celup ni ha. lagipun today Mak masak sambal sotong yang empat segi tu, yang selalu orang letak kat nasi lemak tu. Ocin tak makan sotong tu.  dia gigih beratur jugak. rasanya every year dia memang akan beli. banyak jugak RM 13. and untuk I berbaloi lah sebab kuah dia pun sedap.

 
so menu untuk semalam ialah
 
Sambal Sotong
Sayur Kailan
Telur Dadar
Kuih Muih
Murtabak
Yong Tao Foo
Air Mangga
 
Air Mangga tu RM 5, time beli tu pukul 6pm. Balik je I sumbat dalam esbok. time buka tu dia tak hilang kemanisan dia lagi. puas hati ler. rasa nak beli 2 bungkus lah =p rasa dia macam mangga yang sedap tu apa namanya, mangga kuini/kweni ek?
 
Kuih Muih 5 pcs-RM 2. biasa biasa je lah. ketayap dia macam potong dua -_-


cit terliur pulak I


Around 8pm macam tu I start heret Mak ke dapo nak nyalakan lilin. I tutup semua lampu cuma pasang wall lamp je. Lihin dengan Maira dok eksaited tengok lampu tu, I dengan Mak pun keluar sambil nyanyi lagu birthday.
 
I tak sempat record video sebab I rasa muka Lihin masa tu priceless gteww. dia sengih je. by the time I record, dia dah tiup. sekali hembus je okay
 



Time nak bergambor ni, Maira sibuk nak capai kek. Lihin dok tolak dia.  I suh pose sayang adik. cenggitu lah rupa dia sayang adik. ahhahaha. sian Maira



Pastu I heret dia ke dinding nak amek gambo. kemain memacam pose. I suruh dia buat ala ala nak makan. memang pandai pose tapi pegang pinggan senget. tergolek sebijik kek >,< hahahah terus tak jadi posing. kita ngap je lah.
 

 
Macam yang I cakap, dengan harga macam tu cannot expect much ler. size memang gedabak tapi very dry. Red Velvet tu atas dia bukan cheese ye tapi macam gula icing je. in between lapisan tu takde cream. Tapi yang choc tu kan ada lapisan putih. adalah cheese kat situ. memang Mommy ngap sorang lah ye. =p
 
HAPPY BIRTHDAY SAYANGGGGGGGGGGGGG
 
wait, apesal muka cenggitu -_-
 


Comments

  1. Sweet nye lihin ngan lesung pipit dia tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe makin besar makin suka pulak senyum macam tu

      Delete
  2. terliur tengok kek & yong tau foo..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yong tau foo sedap, kek tu kek sponge biasa je ;D

      Delete
  3. Hoi yong tau fu tu!
    Memang nak kena cari lah hari khamis nnt
    =p

    Happy birthday Lihin. Comel lesung batu dia.

    ReplyDelete
  4. hepi beday lihin!! awak ni so cute la...besar sok mesti hensem ni...
    aunty doakan awak jadi anak yang soleh ye sayang...

    ReplyDelete
  5. Swweeet. happy birthday lihin :)

    Babe, nnt tgk email ye :)

    ReplyDelete
  6. geramnya acik tgk lesung pipit si lihin nih....

    kek mcm tu mmg kadang ok kadang kelaut... tp penah jgk akak beli kek gitu tp sedap n ala2 mcm kt kedai kek...

    ReplyDelete
  7. Mcm sama pulak yang..smlm alya my doter pun request kek-sekeping rm 2...beli 3 rm5!hehehw

    ReplyDelete
  8. hepi besday lihin...

    comel sgt aih posing dgn adik gitu...

    ReplyDelete
  9. alahai..tomeynya dia pgang kek

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu