Skip to main content

Jelajah PKSK bersama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar & Guru Ikon FlyHigh

Random- Parking Motor

Ni bila ek? ohh masa lepak KL hari tu. I tengah on the phone dengan Abah. pastu tetiba dengar bunyik jatuh. ingatkan eksiden ke apa rupanya pakcik OKU ni terlanggar motor motor tu ha.

Nak salahkan sapa ? kesian kat Pakcik tu sebab dia memang ikut laluan pejalan kaki OKU. kesian kat owner motor , sana kan susah parking tapi kot ye pun janganlah parking kat situ. 

Pastu semua macam tercengang. I takut betul pakcik tu ke tengah jalan. I heret je lah dia. tapi I dapat hantar halfway je lah sebab I tengah nunggu Abah. hopefully kat belah depan takde halangan. 


Yelah kan, kita ni kekadang ada jugak buat macam ni. main letak je motor di mana mana. atas divider area KLCC tu pun bersepah. dulu Ocin penah kena saman jugak pasal menghalang jalan. I pelik sungguh jadah halang jalan atas divider, bukan kete naik divider jalan tu pun. tak terfikir pun pasal ni. I pun tak perasan laluan OKU ni ha

Hopefully owner owner moto di atas dah takkan parking macam tu. Yang kelakaunya , owner first yang datang ialah yang hujung sekali kat tiang tu. so nak taknak dia kena betulkan semua motor dulu before amek motor dia. hehehe. so maybe owner yang lain takkan tahu apa yang berlaku ler kan.

*notakaki: Ni scheduled entry. time ni mesti 'orang dapur' tengah sibuk pilih menu untuk sahur kan. hehehe

Comments

  1. hahah..i tak buat persiapan sahur lagi..leka ngan laptop lagi.tengok2 post u..eeh mommy cici online weekend ke?haa baru tahu schedule entry rupanya..by the way selamat berpuasa awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahha aah kalau I banyak cerita I schedule kan je sampai next week. senang =p

      Delete
  2. Salam, alahai sian pakcik OKU tu..wuwuwu...tu lah kan, kadang memang main letak je...tp kadang2 paling geram bila parking motor tak disediakan, semua nya pun parking utk kereta, pastu marah bila motor paking tempat kereta..hadoi...apapun, baik u tolong pakcik tu..semoga murah rezeki u..hehe..(n_n) selamat sambut ramadhan yang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear. risau je kalau pakcik tu ketengah jalan. situ semua laju laju. orang selalu pikir motor tak penting so takde parking space -_-

      Delete
  3. sian kat pakcik OKU tu dan sian jugak yang bwk moto sbb takde tempat parking utk motor..kalau ada pun ruang parking motor, kemain sikit sangat space nya...grrrrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu. hanya yang naik motor je paham T-T

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Jenama Baju Sekolah Tak Payah Gosok

 Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan. Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status. 1. Berapa helai baju sekolah yang cukup? 2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid? 3. Jenama baju sekolah apa yang bagus? Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut. Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah. Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.  Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaup...