Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan.
Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status.
1. Berapa helai baju sekolah yang cukup?
2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid?
3. Jenama baju sekolah apa yang bagus?
Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut.
Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah.
Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.
Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaupun baru lepas basuh tetap tak renyuk. Bayangkan anak lelaki I yang mungkin melasak di sekolah, baju tetap licin sehingga sampai rumah.
Harga lebih kurang RM40+ sehelai. Tinggi sikit tapi okaylah, harga sebuah kemalasan. Hahaha.
Ada juga jenama Canggih. Teringat masa jenama ni baru keluar masa I sekolah rendah. Excited ajak Mak ke kedai terdekat. Memang bangga la pakai jenama ni sebab ada iklan di TV. Harganya lebih kurang juga dengan jenama U CEMERLANG dan BINBI. Tapi I belum pernah cuba untuk anak lagi. Teringat promoter cakap "Kak, kita punya pun tak payah gosok tau. Gosok sekali lepas basuh lepas tu dah licin je". Nanti nantilah cuba hehehe.
Ada juga beberapa jenama lain seperti ThomX dan Falcon. Nanti bolehlah korang cuba.
![]() |
Balik sekolah lepak di mamak. Baju masih cantik |
Ada yang jual murah murah, boleh beli sebagai kasut spare.
Tahun ni, 3 ketul masuk sekolah rendah. Seram sebenarnya memikirkan bab duit. Banyak juga tergelincir. I nak beli sikit sikit supaya tak rasa berat dan beban.
Okay sampai sini je. Happy Shopping, semua!
tang tak payah gosok tu paling dicari2 heheheh
ReplyDeletewah senang ni.. nak try cari la. walaupun baju sekolah anak...masing2 iron sendiri dah..
ReplyDeletetq for sharing!
Wah bagus ar ada kain baju sekolah camni.. hahah bole masuk list cari baju sekolah nnt
ReplyDelete