Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Pregnancy Journey: 33 weeks

 
 
 
 
 
 
 
wah kejap betul masa berjalan. I dah 33 weeks dah. homai. ada sebijik nenas dalam perut I rupanya. patutlah I nampak gemuk. eh =p hahaha
 
 
 

Ramai tanya apa reaksi Lihin bila tahu dapat adik. Honestly I tak tahu dia tahu ke tak adik tu apa benda -,-' yes bila sebut adik dia refer kat Maira. and I dah ajar dia pasal adik baby; iaitu dalam perut I. so bila tanya mana ada baby? dia akan jawab, ' dengan Mommy'

Buat perangai? ye memang ada. I rasa I belum cerita kot, nak snap gambo asyik lupa je. dia pecahkan skrin tv hokey.

okay first dia conteng half tv screen, tiles and kaki atok ( tengah tidur) , pastu kami layankan jelah tv berconteng. sekali I balik kerja tengok tv remuk sebelah -,-' kan macam pecah kat dalam tu, so nampak lah garisan garisan tu. boleh imagine sebelah remuk, sebelah berconteng. I geram gila rasa nak conteng balik muka dia. nasib anak aku, kalau anak orang. hahaha

then Isnin malam, Lihin baru balik ikut Atok Nanny pergi rumah Rawang tau. time belum balik, kami dok rindu plus risau. bila dah balik I dengan Ocin terus masuk tidur, ahhaha then Lihin tengah main mini torchlight tu. kami biar je lah . I dengar jugak Nanny bising Lihin ketuk Maira, tapi I ngantuk sangat nak bukak mata. sekali
PRANGGG!!!  bunyi kaca berderai. err macam tu ke ha bunyiknya? ah lantaklah kan. janji ada bunyi. rupanya dia lesing mini torchlight kat tingkap, maka malam tu melopong lah 1 -,-' tapi semalam I tengok Abah dah tukar, amek yang atas and cover yang tu. yelah yang atas takde sapa menjengah.  orang salesman or mintak derma kat sini I anggap agak biadab. kalau pintu bertutup and tingkap terbukak sikit, dorang akan bukak untuk jengah. kalau tengah berkemban? binawe sungguh perangai

bulatan pink: tingkap pecah
kotak merah" replacement T_T
TV: tv kotak -,-

 
antara conversation I dengan dia
 
Mommy: sapa adik Lihin?
Lihin: adik baby adik Mera (Maira)
 
Mommy: Lihin ada berapa adik?
Lihin: ada 3  (-,-) [sesungguhnya dia cuma tahu no 3 sempena umur dia]
 
Mommy: mana adik baby?
Lihin: dengan Mommy
Mommy: dia buat apa dengan Mommy?
Lihin: dia tidur. shhh
 
Mommy: abang sayang adik baby?
Lihin: *angguk*
 
Mommy: kalau adik baby keluar abang jaga tak?
Lihin: *angguk*
Mommy: kalau adik baby nangis, abang buat apa?
Lihin: abang tumbuk dia
 
-_________________________-''
 
okay, I have trust issue now. our eyes on you , Ilham Solihin!



Comments

  1. hhahaahha. gituuuu. mek ni cam manorr laa dengan yg sulung kecik lg nk ade adik lagii

    ReplyDelete
  2. Tahniah Ilham bakal ada adik... semoga semuanya baik baik sahaja.

    ReplyDelete
  3. Hehehe.. kena jaga-jaga daripada kena tumbuk.. hahaha. Take care!

    ReplyDelete
  4. Bhahahah! ayat yang last tu sentap betul.

    ReplyDelete
  5. Salam, hahahahahah adoi T_T dah lah berconteng, remuk pula tu..nasib~nasib~ tp sweetlah conversation tu..i hampir terpercaya dgn budak lihin tu, sampailahh tiba ayat last..sian adik baby nak kena tumbuk~ hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu