Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Random Thursday: 210716

Ni second time pergi sini. Tapi I silap, dah lah penuh angin, dok order teh ais sedap je sedut. sampai nasi lemak nampak berselera tapi badan mencucuk and takleh masuk dah T_T I paksa jugak diri makan. sambil makan sambil urut. hahaha tu lah perangai mak buyung, tak pandang dah kiri kanan. dapat sendawa memang bangga tapi tu lah I ni memang susah nak keluarkan angin T_T
 
ayam ada secebis tak habis. tapi balik rumah after 2,3 hours rasa kebulur balik hahahaha
 
 
 
weekend.
 
Last Friday Ocin tetiba nak bawak anak anak pergi Dataran, before that hujan. sanggup tu tunggu hujan berenti. Iolls sebagai kaki jalan ikut je lah hehehe
 
Abang dapat kawan baru. budak darjah 1 , baik budaknya tapi lasak ler. tergolek golek Lihin tengah padang. I dah risau, tapi Ocin cakap biarkan je biar Lihin jadi lasak. wahduh kalau bukan sebab I boyot, I dah kejar dia dah
 
 
Balik tu singgah pelita. tengok anak dara minum. si Abang diam dapat aiskem
 



One of my friend sent this to me. dah dapat rumah sewa kat UK. cantiknya macam dalam cerita cerita omputeh tu, siap ada roses kat depan. sampai je kena terus selfie tau.. pomish tau? Nanti habis pantang I bawak sekapal datang visit you =p *kira duit tabung*



 Ocin pergi team building from Tuesday till Thursday kot. huwaa sad sad. sad sebab nanti kalau Abah yang hantar pergi kerja kompem kena bangun awal. Abah pantang keluar lambat T_T sobs. balik cepat Bee. >,<
 
last year I packing kan bag dia, siap letak pic I sekali. kahkah. upload kat IG kena bantai gelak. This year dia siap kemas sendiri. hahahaha
 
 
Last Wednesday kan, Abah nak fetch I so dia tunggu kat Jalan Mayang tu (depan Ambank) . Tetiba enjin mati. memang perlukan jump start la. kami takde jumper cable tu :( Then Abah dok godek godek takut screw longgar ke apa ke still tak boleh. try nak mintak tolong dari kereta kereta yang parking situ, jangankan nak tolong, turunkan tingkap pun taknak
 
Abah dah macam kecik hati lah. 3,4 kete dia pegi semua Melayu, tapi sombong katanya.
 
I saja gurau, "Alaa Bah, dorang ingat Abah nak mintak sedekah kot. Orang kita kan seram sikit bab ni"
 
Abah cakap, "La dari tadi abah dah bukak bonet kete, mesti lah dah tahu kete rosak. jadah nak mintak duit dia, nak pinjam jumper je. Tak boleh atau takde cakap je lah, ni turunkan tingkap pun taknak. Tu baru pakai Vios, Honda. Kalau pakai helikopter macam mana lah agaknya"
 
I sengih je lah. imagine dahlah hujan on off, so kami dok dalam kereta. I buntu nak mintak tolong sapa sebab kebanyakkan colleague naik train. Teringan husband officemate I tapi dia outstation pulak. hurmmm Ocin kat Bangi lagi ;(
 
I dah fikir nak naik bus. Lantaklah tinggalkan je kat situ walaupun lorong tu tak berapa selamat. then teringat kazen I. nasiblah dia boleh tolong. dia ada 3 kete. so try 1 kete tak boleh, dia balik and amek battery lagi 2 kete sebab nak try. dengan jem nya lagi. agak agak 10pm jugaklah setel.
 
Malaysian...
 
Kalau I sorang dalam kereta di tempat yang sunyi I pun seram. Tapi kalau tempat public, setakat ni I layankan aje orang. Kalau betul orang tu mintak derma and I really don't have money, I cakap terima kasih  je lah. nak buat macam mana kan . hurmm
 
 
 
curi gambar Ocin la. saja nak panjangkan entry. hahaha dia ada training kat MBC. amenda entah tu I pun taktahu. dia kata banyak awek. okay bye.
 
Teringat masa dia memula start kerja previous company yang mewajibkan pakai tie. payah kami pusing Tesco nak carik tie harga Rm 9.90  T_T
 
pastu dia nak semua matching pulak tu. tie+ baju + seluar + belt + socks. hamboi kau =,= nasib sekarang pakai selipar je. hahahaha
 
training 210709
 
Lunchbox 18-21 July 2016
 
 
 
 
 
 
 
180716
 
paprik ayam
 
 
190716
 
ayam rendang
sayur bayam
 
I tapau je sebab mak masak sambal sotong + sambal ikan bilis. huwaa gua tengah kegatalan ni
 
 
 
 
200716
 
Ayam Celup Tepung
 
 
 
210716
 
Tomyam Ayam
 
 
xoxo uolls


Comments

  1. cantiknya rumah kt UK tu, ada pokok bunga mawar..

    mentaliti org malaysia selalu mcm tu, tapi ada jg yg baik hati, nak tolong strangers..

    ReplyDelete
  2. umah membe tu luar dh nampak cun dlm camne lah agaknya... syoknya klu dpt jl2n sana

    sian lak baca psl kes kete mati tuh, yelah kadang ramai melayu jns yg sombong gitu, nsb lah edy jns terlebih suke mambantu... kadang sampai tkt, kot2 yg dibantu org jahat ke apa kan

    ReplyDelete
  3. mek kan, selalu mcm nk drop by klau ade orang susah kat tepi jalan tp spouse pulak yang larang sebab atas dasar mek prempuan. duuhhh.

    oo ocin keje cimb eyh. baru tahu :)

    ReplyDelete
  4. Rumah tu memang nampak cantik dan ala-ala luar negara. ♥♥ :D

    ReplyDelete
  5. best dpt lepak kt dataran sambil betang tikar...

    tgk si kecik sedut air nmpak best sgt ye... hehe

    ReplyDelete
  6. wah wah.. rumah obesi mmg cecantik laa huhu.. =) Kesian awk, tp alhamdulillah selesai dgn selamat semuanya..

    ReplyDelete
  7. Mata terpaku dekat rumah UK ada bunga rose tu awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww sweet ye cici...awwwwwwwwwwwww...tp sgt sweet tgk anak dara cici...lawa sgt dia...suka tgk rambut dia cute!

    ReplyDelete
  8. comelnya cici...
    cantikla umah depan ada roses...
    rasa nyaman dan wangi gitu...

    ReplyDelete
  9. Salam, haha damn lah babe, sampai bawah je i terus lupa dah nak komen apa sbb panjang nau entry, hahaha tp i steady ok bace sampai habis..kih3 :p btw, mmg nice lah rumah kawan u tu, tu baru depan pintu, belum tgk sekelilingnya lagi..aihh bestnye dapat duk overseas kan..nk rumah camtu jugak, haha

    Lawaklah si ocin terus packing sendiri, takut kali ni kalau u yg pack, u masukkan anak2 sekali agaknye, hahah.. :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu