Skip to main content

Jelajah PKSK bersama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar & Guru Ikon FlyHigh

Misi Mencari Kasut

Last Sunday kami pergi Jalan Tar malam malam. situ malam boring kan 0,0 mat rempit je ramai. hahaha
 
Ocin dok cari kasut hiking. dia nak beli amatur punya je. below RM 10 boleh dapat. I google orang panggil Kasut Motong, orang dok buat toreh getah
 
Kebetulan ada warehouse sale. masuk jelah
 
 

I tak dapat snap gambor tingkat bawah sebab bebudak ni lari sana sini. Lihin pulak adoiyai. I memang tak plan beli apa apa. so I bawak cash RM 20 sahaja dah tu pulak duit singgit singgit. tu duit breakfast tu I main sebat je . sekali Lihin mintak pedang. hadoi memang lah below RM10 but still kena kira sekeping sekeping =_=



sempat menyinggah Sogo. Tapi taknaik sampai atas pun. pusing bahagian Mens, pastu turun balik.
 
Meriah betul malam malam kat sini. Btw, Lihin dari dulu lagi kalau datang sini dia macam anak bujang melepak. dok goyang badan macam tengah layan orang nyanyi padahal taktahu apa apa. kahkahkah
 

Korang dah pergi bangunan Mara tu? cantiknya memalam. yang penting ada wifi. Tapi I tak dapat connect. hahahaha
 

tengoklah anak dara I tu. Bukan main happy jalan sana sini. Tapi without Ocin or Atuk memang I takkan bawak dia lah. badan macam tu, lari laju okay =_= say babai tu wedges and high heel.
 
teringat masa Lihin kecik, I pakai kasut tinggi dukung dia. kalau terpelecok tu habis
 

Kitorang saja tengok tengok kat atas. besttnyaaa sapa pencinta barangan sukan memang suka lah. kasut RM599 jadi RM 166. Murah kan? Tapi tula, kalau cash cuma RM 20 , takyah ceriya lah hahaha
 
 
Murah and cantik kasut hokey. kasut budak lagi comel. geram. Lihin sibuk dok kasut lumba lari kasut lumba lari -,-

 
Me: dah ada gaya tu Bee. bila nak bawak aku backpack around the world ni?
Him: Bila kau dah bebas Ptptn
Me: kkkkkkkkkk



I terpikai dengan bag Adidas ni ha. selalu I suka brand Puma sebab I rasa Adidas boring, tapi entah ni I rasa cantik pulak. putih orange. RM 150++ kot
 
Ocin cakap, boleh je. beli tu takyah pakai handbag dah.
 
err mana boleh. hahah.
 
sapa suka bawak backpack kat sini? biasanya I tengok pompuan bekerjaya yang kena travel naik public transport memang suka bawak bag sandang macam ni je. Yelah nak jalan cepat kan. and lagi selamat daripada jenayah ragut. hehehe
 



cantik cantik kalerrrr. suka . Tapi tulah , I nak kemana? playground? ahhahaha
 


 
Dah pusing pusing, kami tengok perabot pulak kat belah luar. Tengok je tak beli pun. hahha Mak dah warning jangan alihkan harta benda dia -,-'' orang 'dewasa' macam tu kan. makcik I pun sama, pantang orang alihkan barang dia. orang nak tolong mencantik + memodernkan rumah je. hahahaha




Murah kan kerusi L -Shape ni. selalu macam 1k plus.
 
I kalau beli kusi ni, dapat freegift model tu. Kalau korang beli tak dapat lah. >,<
 

wahh yang ni best, I cakap dengan Mak, kalau dapat kusi ni I nak benti keje. dok melentang je kat rumah sambil monitor anak. ahahhaa
 

katil ni best kan. I ada plan jugak nak beli katil 3 tingkat macam ni untuk bebudak tu. tapi banyak benda kena dialhikan lah -,-'' cukup kan 3 ketul hahaha. rack tu boleh jadi tempat simpan barang

maaf. jangan tiru aksi ni. out of control ni

 lepas balik dari Jalan Tar, Lihin dok rengek, "yahh nak minum air tarik" which means teh ais la. acah acah je minum teh tarik. ahhaha


My baby girl ada style minum macam tu. selalu kami order air untuk Lihin and tuang sikit dalam gelas lain untuk Maira. tak lama lagi kena order sorang satu la
 
 
sampai rumah. ingatkan dah kepenatan bebudak ni tidur. hampeh. Lihin siap mintak I dodoi dia sampai 2am. pastu I takleh tido sampai 4am. baru nak tepuk bantal tarik selimut. Ash pulak bangun. wahduhh
 
dah belai si Ash, sambung nak masak Nasi Goreng Ayam pulak. hahaha hampeh lepas Subuh je dapat nap kejap. pastu kelam kabut siap. Maklumlah sekarang takleh pergi lambat dah. ocin cakap dia dah tukar workstation depan bilik boss. kahkahkah.
 
-,-

Till then, xoxo Toddles.

*notakaki: inilah kasut yang Ocin carik. dorang kata cari kat kedai hardware.

Comments

  1. best kasut mcm ni, pakai sarong je, takyah ikat2 tali kasut..
    mmg ramai org lepak, tengok busker dpn sogo..best gak depa nyanyi..

    ReplyDelete
  2. Bestnya hiking. Mek skali je hiking mse skolah --' kat sane org biasa pegi broga kan?

    ReplyDelete
  3. memang sale nya beza sgt rege tu. hihi. btw comel sangat ha budak berdua ni ;D

    ReplyDelete
  4. Haah la.. kasut ni kat hardware banyak. Kasut getah kita panggil. Abang bash nature guide, bawak orang naik gunung korbu semua. Kalau perlu khidmat gitaula #ehsempatpromote

    ReplyDelete
  5. Hahahah... Kasut ni kt diy pn ade jual kan kakkk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Jenama Baju Sekolah Tak Payah Gosok

 Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan. Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status. 1. Berapa helai baju sekolah yang cukup? 2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid? 3. Jenama baju sekolah apa yang bagus? Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut. Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah. Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.  Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaup...