Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Kena Kecam Pasal Penggunaan Bahasa?

Yuhuuu
 
Hari tu I ada post kat 1 page ni. takmaulah mention page mana, malu aih. Punya lah panjang I cerita problem, ramai comment and share -___- first thing dorang comment pasal bahasa I .siap letak emoji muntah gitchew
 
awak yang muntah tu, dah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan daripada tuan doktor?
 
 
Puii
 
agaknya dorang tu kalau baca blog I boleh kojol terus kot. kesian antibodi tak kuat. kahkahkah
 
 
Pada I, blog & Facebook atau mana mana social media ni bukan medium formal yang memerlukan untuk I tulis betul betul. ha ada paham?
 
I secara casual memang akan cakap macam ni. Bukan sebab I perasan AMERIKA. bukan jua sebab I tak sedar diri I ni MELAYU makan petai seperti yang diperkatakan but excuse me I memang tak makan petai pun =_=
 
Actually ni bukan first time tau. masa blog lama I ( www.pingkyviolet.blogspot.my a.k.a Cici Tembikai) memang pernah ada orang komplen pun. kononnya merosakkan bahasa. Entahlah maybe kita ada pendapat yang berbeza. I tau bezakan waktu bila I sepatutnya guna bahasa macam ni. Takkan ler dalam official email kat senior partner ke client ke I nak pergi tulis campur campur. nak meninggal? terus kena tendang dari firm kang. ahhaha
 
 
 
I tak percaya lah orang tak pernah campurkan bahasa. sebab I pernah stalk orang yang kutuk bahasa campuran I ni. Gigih tau stalk, and yes I am stalker. kahkah. okay kat FB dia ada tulis macam ni
 
" I love you Bie"
Nak husnuzon tak, maybe I love you tu bahasa sanskrit ke. Bie tu mungkin Bahasa Melayu, short form dari BABI kot
 
"OTW dah"
Otw tu mungkin bahasa ibunda sebelah apak dia kot. bukan English for sure. dia kan tak suka bahasa bercampur ni.
 
"Cancel last minute plan"
Ni mungkin bahasa MELAYU tapi cikgu BM I lupa ajor. kahkah . apa lah cikgu ni taktahu pulak ni BM
 
actually banyak je benda yang kita campurkan dalam kehidupan seharian. I have to say this, cikgu BM I pun speaking. hahahaha dia tak sedar dia ajar BM pastu TER cakap English. pastu bebudak nakal gelakkan dia. I tak nakal . I baekkk.
 
Perkataan yang tak sedar kita guna for example macam CANCEL, PLAN, BOOOKING,LAST MINUTE, TRY, FULL  nape tak guna BM je
 
1- kita BATALkan je lah percutian kita tu
2- aku RANCANG nak balik kampung hujung minggu ni
3- oi hotel telefon aku, dia cakap TEMPAHAN aku dah diterima
4- apesal la majikan aku ni bagitahu SAAT TERAKHIR.
5- kejap kita CUBA jalan lain
6- kejap, tunggu telefon PENUH caj kejap.
 
=____=
 
I know and faham ler pasal bahasa ibunda . I bangga dengan Bahasa I, and saja lah nak bagitahu I ni A+ student untuk mata pelajaran BAHASA MELAYU. English tu kekadang dapat A+ kekadang A- =_= kekadang B. ah lantaklah
 
back to the story pasal yang comment kat post I tu, ada jugak yang cakap betterlah tulis macam ni, daripada tulis short form, contoh
 
"aq nk citew poblem nie. aq dh tawen dlm 1 taOn. Lakiey aq ni jNs yg baRan le jgk. dye cmpy atiew pukol aq dgn ank aq"
 
yang tu I memang pening -____- tapi tulah kan, setiap orang tak sama. sukati maaa
 
 
 
Oh one more thing, family I memang tak reti English. Takde sapa yang I boleh refer. Ayah I reti lah basic, tapi duniawi sekarang memerlukan advance.lagi lagi di zaman pekerjaan, liaise dengan boss boss besau dari serata dunia. eventough I ni receptionist, tapi harus diingat I orang pertama terima message. salah eja/information/maksud, warning email keluar berjela jela.
 
 jadi salah satu cara I belajo ialah keep using that word. contohlah masa I memula tau perkatan REFRAIN. I akan cuba masukkan dalam ayat I. so I akan ingat lah. kalau tak diamalkan , lupa lah. tak gitu?
 
kesimpulannya? err taknak kawan sudah. byeeeee
 
XOXOXOOOOOOO
 
*notakaki: zaman sekolah dulu, punyalah susah I nak borak dengan orang. Kalau perempuan dia kata I gedik. sebab suara macam kartun. Kalau lelaki, dia perasan I nak ngorat pulak. derr. Sekarang? ada gaya tarzan sikit terjerit sana sini


Comments

  1. ayoooo... mcm2 pesen yek...
    akak pun setuju je, pasal akak pun selalu sembarang je bahasa, idok lah bt ntry ngn bahasa melayu mcm bt esei tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. sukati je lah nak guna bahasa apa pun

      Delete
  2. pasal bhsa pun org kesah!! pelik tul manusia mcm tu, bagus la tu bhsa rojak :) tu membuktikan kita ni masih org malaysia, sebanrnya bahasa campur ibagus salah satu melambangkan asal kita !! mcm unni sllu campurkan dgn bahasa sabah so kalau org baca ayat bulih tau sdh urg sabah... meroyan kejap!! hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi betul tu Unni. tak kisah lah nak borak macam mana. ni bukan sekolah pun. nak have fun je

      Delete
  3. Lawak entri ni tapi kita boleh geng sbb dlm blog sis JM pun tulis carca marba tak ada nk guna bahasa baku atau bahasa melayu yg betul..lantaklah kalau ada yg x nk baca i x kesah...i bukan tulis utk baca berita 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis JM. kita berbelog, bersocial media nak sonok sonok. bukan nak belajo bahasa pun.

      Delete
  4. Replies
    1. kan. biarkan dia mati bersama labu labunya. eh? ahahha

      Delete
  5. "aq nk citew poblem nie. aq dh tawen dlm 1 taOn. Lakiey aq ni jNs yg baRan le jgk. dye cmpy atiew pukol aq dgn ank aq" - Penin. Sakit mata nak baca. Dah kertu kot. Cannot hadam. Tanak kawan sudah! sila sambung~~ Haahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha alamak i pun cannot hadam jugak babe. jom nyanyi nyanyi. taknak kawan sudah . blablabla

      Delete
  6. Kalau tak nak orang komen pasal bahasa jom kita tulis dalam bahasa bangla. untung2 dapat kawin dengan orang bangla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengsan. hahaha takmaulah nak orang tempatan je. taknak balik kampung jauh >,< hahaha

      Delete
    2. Mommh Cici,

      U tulis je ikut cara mommy. Saya tulis cara saya. Main hentam je. Tulis betul2 pun bukan kita nak ambik spm. Saya tulis lagi banyak silap terutama ejaan. Yg penting tulisan tu isi dia.

      *jom belajar bahasa bangla.

      Delete
  7. hehehe..biee i baca dr atas sampai kebawah nak tergelak2 je...actually kan...sebenarnya..i like..i suka cara u menulis..i pulak ada org tegur..ko tulis mcm dlm dewan bahasa n pustaka..ayat jiwang memanjang..bosan aku baca..haaa ada gak org mcm tu tau..huhu apa2 pun..menulis adalah hak seorang insan..persetankan mereka..eeh kasar nau bahasa den..huhu..bytheway bie..i love u..ada sense kf humor dlm penulisan..kalau i marah kat customer .i baca entry u jadi cool balik..haaaaa hebat tu penulisan u...

    xmacam i..baca sikit org akan cakp huh bosan mcm baca buku teks spm je..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dewan bahasa? ahhaha babe actually setiap orang kan tak sama. ada yang jenis suka membaca panjang panjang. ada yang suka short form. ada yang suka bahasa anjew anjew gitu. ada yang suka kasar. ada yang prefer English. I tak kisah je, semua I layan.

      betul tu semua hak kita. nak baca sila. taknak baca sudah. hahah yeke. ok lap u bee. eh silap. saya sayang awak <3

      Delete
  8. page apa tuuuu....
    nak baca nak baca.... hahahaha

    ReplyDelete
  9. hahahha. babe ! serious ade orang tgor ue pasal benda ni? alamakkk ! dia tu cita cita nak masuk maktab tu. cuba cer kut kut lulusan UPSI. but mek bet lulusan UPSI pun tulis cam mek and awk jugak :)

    ReplyDelete
  10. Betul la, blog kan santai-santai je... Tak perlu sangat nak formal.. i pun campur-campur juga 😊

    ReplyDelete
  11. Aik macam2 orang ada eh. Sampai penulisan bahasa kita pun nak dikata. Aduhai. Biaq p dorang mommy. Tulis je apa yang mommy nak dan dalam bahasa apa pun. Blog mommy lagipun kan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu