Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Shopping Lagi Di Jalan Jalan Japan

Holla u'olls.
 
 
Kan hari tu I dah cakap, I will defo come back. I dah jatuh cinta kat Jalan Jalan Japan. Kat kedai, kat barang barang dalam kedai, kat staff, kat harga. eh semua lah. semua best

boleh baca kat sini ye youalls

Jom Shopping Barangan Harga Giler Jalan Jalan Japan

Tapi ni last minute je tak plan pun. Lihin sibuk ajak Ocin jalan. so taktahu nak kemana, Ocin and Abah nak merasa jugak 'kegilaan' I kat kedai tu

Jom , 2nd trip to Jalan Jalan Japan

red carpet. wow
 I macam risau boleh ke handle budak dua ketul tu. tapi okay Lihin awal awal dah aim kereta merah Rm 20 je. murah. I pun suka. tapi end up tak jadi . ceh dia nampak mainan lain. ocin suruh pilih.

I tengok banyak jugak benda yang I ralat hari tu dah takde. contoh train yang besar tu. so sad. murah RM 40 je. dengan kita boleh naik sekali


Ocin awal awal dah terpaku kat seluar. dia dah try try lepas tu campak kat I. hamboi , ingat I personal shopper dia ke? Lihin boleh dikawal, Abah pulak jaga Maira. this little girl macam blur blur , maybe sebab kedai ni besar sangat dah macam warehouse dah
 

proses memilih dan rambang mata

Betul lah, kedai ni ramai orang. berbeza masa blogger preview dulu, senang nak selfie nak posing. aman damai je. ni baru nak selfie sikit orang dah lalu . hahaha patutlah barang cepat habis. Ingat ye I remind you all, kalau ada benda berkenan grab cepat.
 
 
 

CERMIN MERAH I DAH TAKDE

okay benda tu I dah expect dah. cuma I mengharap ada something yang lebih kurang la. huwaa I need small mirror untuk letak kat office.

see, rak dah nak kosongggg. dulu punya lah banyak barang.


Okay next part yang I paling tak sabar. naik atas. sebab apa? sebab ada handbag la hahaha. memang I aim nak tukar handbag setiap hari. kahkah.
 
Actually Lihin sibuk nak main kat bawah tu. dia ingat playground agaknya
 
 
Ocin found this jacket/winter coat for baby girl. cantik gila. baju tu still in good condition and Maira pun suka. RM 70 .
 
tapi at the end kami tak ambil, sebab I dah ugut Ocin, kalau nak beli tu kita kena selalu lepak malam kat Genting hahahaha


budak ni kena puji cantik je terus taknak bukak baju tu.

Next kasut. I tak excited bab kasut sebab I tahu size Japanese kan kecik. kaki I size 40 you all ( to those yang nak hadiahkan kasut, sila ingat size I ye) hahaha. Tapi that day I ada jumpa jugak size I. yeayy
 

Next turun. Ocin found this blazer. gegirl ada Lihin pun ada. superb. 4 years old tapi fit to him. RM 150. cheaper than tempat lain for sure lah. kat Sogo ke mana entah I tengok RM 300+. so memang berbaloi. Tapi tu lah kami jarang attend event ni. tak payah beli lah
 

 
This little girl, menangis nak naik this car. SUPER CHEAP i know its only Rm 120 , mana nak carik. if only rumah I besar lah. Memang takde tempat nak letak. huwaa T_T.
 
err pinjam garaj rumah korang boleh? >,<
 

Lihin tak puas hati, dia pusing tempat toys. Nak train lah itu lah inilah.  lepas tu each toy dia suruh beli dua. dia satu adik satu. dia taknak adik main dia punya. dia kan kedekut. ahhaha
 
Ocin sibuk tengok tabung. last last dia amek jugak tabung kaca, kat bahagian household . Dia kata kat office dia banyak coin. menabung demi masa depan. nak bawak bini no 2 pegi Ausie.
 
*asah parang*
 

Ocin dok sakit perut. makan apa entah tadi. So I, my dad and kiddos kena tunggu kat depan ni lah. my baby girl slumber je duduk kat red carpet and main truck. semua lalu dok pandang dia. hahaha
 
 

wehuu my current fav wallpaper.
 
skirt, handbag and their shoes are from Jalan Jalan Japan :D
 
cukai tak pernah tinggal
*notakaki: so sorry, ada yang duduk jauh cakap nak kirim kat I kan. on that day, handphone I terconnect kat wifi mana entah. pastu wassap, facebook, messenger semua auto update. lagi best, wifi tu slow . so semua loading + installing. I terputus hubungan gitu.

Toodles, xoxo

Comments

  1. nanti kita pergi lagi bila restok barang bie...

    ReplyDelete
  2. Best nampak ada jual kasut prelove todler...yahuuuuuuu nak aim kasut tu la...toy kt rumah juju berlambak dah nak tunggu lori angkut buang boleh...mak pening la sana sini toys...anak baru sorang rumah macam apa je hahahahhaa...amboiiii nak tukar hbeg setiap hari ye JOM

    ReplyDelete
  3. wahh.. mcm2 ado... teringin gak nak pegi...hahaa

    ReplyDelete
  4. Betul part yg kalau dah berkenan terus la beli. I pegi balik semalam..ade satu globe Universal Studio kecik ajer berkenan tapi i tak beli. Nyesal..semalam tengok dah tader. Pat Pat Siku Lipat, Sapa cepat die dapat!

    ReplyDelete
  5. mek berkenan btoi dengan pilihan ue babe :) lawa simple :)

    ReplyDelete
  6. Sakannya berjalan budak berdua tu! Memang luas betul eh jalan jalan japan tu kan.

    ReplyDelete
  7. wow! maunye rambang mata tgk brg2 tu sume kan..

    ReplyDelete
  8. comel sungguh 2 ketul yg last tuh...hehe ujung rambut sampai ujung kaki bak supermodeldah..

    btw mcm menarik jeww tempat tu...tapi ntah bila blh sampai...jauh!!

    ReplyDelete
  9. kalau sis JM ke sini pun mesti satu jam x cukup ;p

    ReplyDelete
  10. Tertarik betul nak pergi sebab ramai yang dah review pasal kedai ni.

    ReplyDelete
  11. Banyaknya barang. Confirm rambang mata ni. Satu jam memang tak cukup ��

    ReplyDelete
  12. 东西很便宜,值得买。自己看

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu