Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Random: Perihal Warna Anak?

Hari tu I nampak ada orang bertanya soalan kat page Mak Buyung. Katanya masa lahir anak dia putih, lepas sebulan jadi makin gelap. Lepas tu mintak tips nak putihkan anaknya.
 
Maka banyaklah komen yang dia terima. Ada yang lawak, ada yang kecam . macam macam lah.
 
I nak gelak. Pastu fikir balik. I pun pernah situasi macam ni. Maybe cara dia bertanya salah kot. Atau salah tempat ke hahahah
 
 
Masa Lihin lahir, kulit dia agak gelap. entahlah, ke mentol lampu rumah I gelap. bila bawak keluar takdelah gelap sangat tapi biasa je lah. Mula mula I tak heran sangat pastu kawan I tegur
 
"weh gelapnya anak ko. Macam anak Myanmar"
 
I macam sentap duh. I tau dia nak melawak kasau, tapi entah. kuang asam je ayat. But wait, bukan Myanmar saing saing Nepal ke , putih melepak semuanya?


 
Tapi eversince that I dok bebel lah kat Lihin kenapa dia gelap tak macam Mommy blablablablablabla. I dah lah meroyan dulu , rasa nak gigit and cekik dia. I cakap dia tak ikut kulit I
 
Bila pergi KKIA, nurse puji Lihin putih melepak. sampai satu tahap tu, nurse cakap
 
"wah putihnya baby ni. Lagi putih dari Mak dia lah. ikut sapa ni"
 
hadoi sentap lagi T_T

Masa Maira lahir , dia warna merah. sampai I doa, tak kisahlah cerah or gelap. janji bukan merah. I takut tengok dia time tu. hahaha and sebab tu jugak la I pilih Humaira.



pssst kalau tak nak letak Maryam Isabelle macam nama anak Ally. hahahah


Ash pulak, first tengok dia I macam

"kenapa mata sepet?"



hahaha I kan mata besau. eh actually takdelah besau sangat. I dengan Ocin ni bangsa 'sleepy eyes'. dah macam cautut lebih dah. Tapi tiba tiba mata Ash kecik, mesti lah I tertanya tanya ikut sapa. belah I taktahulah, maybe ikut belah Ocin ke.

selain dari tu, banyak jugak benda yang I mengomel. Alaaa saja je nak compare yang ni ikut sapa ni ikut sapa. Lihin muka Ocin tapi mengada ngada dia ikut I. Maira muka I , tapi baran dia ikut Ocin. Ash tak tahu lagi. Bukan tu je, sampai taik telinga pun I bandingkan ikut sapa. taik idung I tak boleh bezakan. Macam sama je. ahhaha

Apa pun, I rasa kebanyakkan Mommies macam ni lah. antara disuarakan atau tidak je lah. sedangkan siblings pun mesti ada yang tengok ikut Mak ke Ayah ke, inikan pulak anak yang keluar dari rahim kita sendiri.

Cuma walau apapun, bersyukurlah kita atas kurnianNya. I dah cukup bersyukur kalau anak anak I sihat, cergas dan terang hati. Nak ikut muka apak ko ikutlah. After all, nama Mommy masih berada di surat beranak korang. Mommy No 1. kbai



Psssttt... sampai sekarang orang masih tanya Ash ikut muka sapa. campur lah kot. dagu macam milik I. hidung milik apaknya. Lain lain I tak dapat kenal pasti lagi. I kagum kalau orang yang boleh tilik muka baby kecik ikut sapa blablabla. Muka penyek kedut kedut macam mashed potato pun orang boleh kenal ye. err hahahaha

Psstt lagi. ikut pembacaan I lah dari penerangan seorang doctor, apa yang Mak Buyung makan ketika mengandung tidak akan mempengaruhi kulit anak dia. apa pun kena berbalik kepada genetik kita. so kalau iklan 'saya minum Jus XYZ ketika mengandung, Alhamdulillah anak saya putih macam clorox' tu you all pepandai lah fikir. kalau dah modelnya memang putih nak buat macam mana. Kalau betul sangat, bagi lah kat Nigerian lady yang tengah pregnant, tengok boleh ke tak putih

APA PUN, MULUT JAGA. JANGAN SESUKA HATI KOMEN ANAK ORANG.

"EH BABE NAPE ANAK YOU GELAP? EH BABE NAPE  ANAK YOU MOK MOK? EH BABE NAPE ANAK YOU KEDING? EH BABE NAPE RAMBUT DIA MACAM NI? EH BABE NAPE SEPET SEBELAH?"

KENA TIME OKAY, TAKPELAH, BOLEH GELAK GELAK. TIME TENGAH BAD MOOD, MAKAN PAKAI STRAWW LAH KAU!. KAHKAH



Comments

  1. heheheh akak baca kak psl tuh...

    bg akak cara ibu tu yg terlalu obses ngn kulit anak nya tu yg bt org kondem, kulit putih ke itam kn kurniaanya Allah... bila dia dh mcm terlalu sgt org pun jd mcm menyampah kot heheheh

    tp aiyan kadang akak ckp je naper lah aiyan itam mcm papa heheheh... kite ckp anak sndiri smbil gurau2 takpe heheh

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAH! lawak nye. Yang part Myanmar tuh..I pun memula baca tergelak sket. Tapi fikir balik..memang tak patut la dia cakap macam tuh. Sangatlah racist. Tak baik tauuu..mulut sila jaga please. Ended up, bersyukur kan Cici dengan apa yang kita ada. At least, kita ada anak. BUkan sorang tapi 3. Ada boy ada girl. Maka, nikmat tuhan manakah yang engkau dustakan? salam Jumaat dear. Have a great weekends ahead! :)

    ReplyDelete
  3. hahaha..part.warna merah tu tergelak i..awat post u xkuar kat list i ni
    .bila i rindu mommycici blog ni..seacrh manual
    terua sonyum2 baca...i dulu alya mula3 lahir pun golap..sampao skrg i lagi cerah dr dia..genetik bapa dia lani kot..huhu

    ReplyDelete
  4. Hahahaha! Yeee sepatutnya alhamdulillah je sebab dah lahir dengan selamat. Tak kisahla macam mana pun.. Dulu i lagilah cici, nenek i cakap kt mak i "anak negro mana pulak ni?" Sebab i lahir kt michigan, mak i pos gambar. Mungkin lighting kut... hahahhaha.

    ReplyDelete
  5. HAHAHHAHAHAHAHA... lawak post ni. yg i tau baby awl gelap nti makin besar dia cerah dan sebaliknya. tp i sejenis x ksh apa org kata.. adehh..

    ReplyDelete
  6. Weih babe ! Ue mcm laki mek suka bndingkan smua benda ank ikut sape :) smpai taik tlinga babe ! Tapi tk dpt beza sebb win win situation - we all fair :) hahhahahhaha

    Jari kaki dia bndingkan. Jenis bentuk kuku pon oiiii. Tp btol la babe, smua cm tu kot cuma tk dilontarkan scara trbuka je :)

    ReplyDelete
  7. Lawak baca hahaha...kisah warna kulit anak ye...mcm2 kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu