Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Bintang Hollywood Nicole Kidman dilantik menjadi Duta NEUTROGENA ®

 
 
 
 
Jenama penjagaan kulit premium yang terkenal di dunia NEUTROGENA ® baru baru ini mengumumkan aktres pemenang Anugerah Akademi, yang juga merupakan aktivis untuk penyelidikan kanser wanita dan Goodwill Ambassador untuk UN Women, Nicole Kidman sebagai Duta Jenama Sedunia yang terbaharu.
 
 
 
"Nicole mempunyai semangat sebenar wanita yang kami mahukan. Kekuatan, fokus serta keberanian mereka membuatkan wnaita Neutrogena sangat istimewa. Nicole akan membantu kami memberi galakan kepada para wanita untuk menyerikan kecantikan mereka menerusi kulit yang sigar dan memperkasakan wanita untuk mencapai segala kemungkinan dengan NEUTROGENA ®"
 
Di Malaysia, NEUTROGENA ® terkenal dengan penawaran produk produk yang fokus pada kesihatan kulit seperti pembersih muka, serum pelembab dan masker serta sunblock
 
“Kami berbesar hati bahawa bintang terkenal Hollywood seperti Nicole Kidman dapat menjadi duta jenama sedunia kami. Selain menjadikan jenama NEUTROGENA ® lebih diingati apabila berbicara akan kecantikan, Nicole juga menjadi sumber aspirasi kepada para pelanggan di negara ini yang menghargai kulit yang sihat dancantik,” kata Raghu Krishnan, Pengarah Negara, konsumer Johnson &Johnson Malaysia.
 
 
Nicole Kidman, aktres Australia dan Duta NEUTROGENA ® mengulas:
“Takdir memang susah untuk dijangka! Seperti yang semua orang tahu, saya membesar di Australia di mana perlindungan daripada sinaran matahari amat dititikberatkan. Sejak kecil lagi ibu saya mengingatkan saya untuk melindungi kulit daripada sinar mentari. Menjaga kesihatan kulit merupakan amalan saya dan sesuatu yang saya utamakan. Apabila saya besar, saya sedar bahawa perlindungan daripada matahari merupakan hanya sebahagian daripada gambaran keseluruhan. Saya mendapati bahawa kulit kita memerlukan perhatian dan sokongan untuk kekal sihat, sama seperti anggota badan kita yang lain.”
 
“Jadi apabila saya mendapat peluang bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kesihatan kulit NEUTROGENA ® , maka saya sedar bahawa inilah misi saya selama ini.”
 
“Kehidupan saya sekarang amat bahagia sekali dan saya sangat mengutamakan kesihatan secara keseluruhan termasuklah kesihatan kulit. Kita tentu tahu bahawa memilih produk anti penuaan yang sesuai bukannya mudah dan mungkin memakan masa. Tetapi sekarang saya hanya mahukan yang mampu memberi manfaat kepada saya. Itulah sebabnya saya teruja untuk menyertai pasukan yang penuh bersemangat ini. Saya juga bangga dapat menyertai golongan wanita NEUTROGENA ® yang berkeyakinan tinggi dan penuh inspirasi.”
 
 
Pada Januari 2006, Kidman telah dipilih dan sehingga sekarang masih kekal menjadi Goodwill Ambassador untuk UN Women, yang merupakan Dana Pembangunan Wanita untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Matlamat dana ini adalah untuk memperkasakan wanita serta kesaksamaan jantina, meningkatkan kesedaran tentang keterpinggiran hak asasi wanita di seluruh dunia dan menghentikan kekejaman terhadap wanita.
 
 
Nicole juga merupakan aktivis yang menyokong penyelidikan kanser dalam kalangan wanita. Bersama-sama dengan suaminya, Keith Urban, mereka membantu mengumpulkan dana sebanyak setengah juta dolar bagi Women’s Cancer Program, sebuah pusat penyelidikan terkenal yang mengkaji punca, rawatan, pencegahan dan seterusnya pemulihan untuk kanser wanita.
 
 
 
Lakonan Nicole kini boleh disaksikan di pawagam menerusi filem Lion terbitan The Weinstein Company di mana Nicole menerima pencalonan Critics’ Choice, Golden Globe, SAG Awards dan Academy Award. Nicole juga beraksi dalam filem-filem akan datang antaranya How to Talk to Girls at Parties dan The Beguiled serta The Killing of a Sacred Deer. Kidman juga muncul menerusi kaca televisyen bulan ini dalam siri Big Little Lies untuk HBO serta musim kedua Top of The Lake (SundanceTV/BBC Two).
 
 Kidman menyertai Duta Jenama NEUTROGENA ® terkenal yang lain seperti Rachael Taylor, Jennifer Garner, Kerry Washington, Julie Bowen, Kristen Bell, Eiza Gonzalez, Sandra Echeverria, Hayden Panettiere dan Olivia
Holt.
 
Berkenaan NEUTROGENA ® :
NEUTROGENA ® adalah jenama penyelesaian kesihatan dan penjagaan kecantikan dengan warisan dan hubungan yang kukuh dengan pakar dermatologi, pakar kulit dan para pengguna. Kami dengan semangat untuk mencipta produk yang ringkas tetapi hebat dan bermutu tinggi serta terbukti secara saintifik untuk memberikan hasil yang paling berkesan dan mesra kulit bagi mengekalkan keanjalan, kecantikan dan kesihatan kulit anda.
 
Hari ini, Neutrogena Corporation mengeluarkan dan memasarkan pelbagai produk penjagaan kulit dan rambut berharga premium dan diedarkan kepada lebih 70 buah negara. NEUTROGENA ® percaya bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang cantik. Mulakan amalan kecantikan kesihatan bersama kami dan terokai rangkaian
produk pembersih, pelembap, penjagaan kulit dan pelindung cahaya matahari kami di

Comments

  1. beautiful lady...and with awesome spirit..hope kita pun one day jadi duta mcm ni kan bee..*berangan jap*

    ReplyDelete
  2. If you'd like an alternative to randomly picking up girls and trying to find out the right thing to do...

    If you'd rather have women chase YOU, instead of spending your nights prowling around in crowded pubs and night clubs...

    Then I encourage you to view this eye-opening video to find out a strong little secret that might get you your very own harem of beautiful women just 24 hours from now:

    Facebook Seduction System!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu