Hypershoe baru buka di KIP Mall Bangi. Ya ampun, banyaknya pilihan kasut. Ada pelbagai pilihan kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kira memang one-stop centre untuk whole family lah
I suka pergi kedai macam ni sebab senang. Takde lah payah nak pergi kedai situ untuk kasut I, lepas tu kena pergi another kedai untuk kasut Ash.
Their staff memang sangat friendly and helpful. Ramai okay staff dorang ni, so dont worry korang takkan tercangak-cangak. Ada ramai staff yang friendly sedia membantu
Mix Point
Mix Point ni brand untuk kasut lelaki. Kasut kerja, sandal and casual shoes. Macam macam design ada sesuai dengan pelbagai peringkat umur
Macam untuk my dad, dia minat design simple macam warna brown tu. Ocin pulak sebagai seorang muda remaja mestilah dia suka yang fashionable and trendy macam yang bertali tu.
Ha see, thats why I said tempat ni sesuai untuk semua peringkat umur
Selain kasut kerja dan kasut casual, sandal pun ada banyak pilihan. Pilih je nak warna terang ke warna gelap je.
Vetini
Kasut wanita kat sini memang sangat trendy okay. Cakap je nak jenis apa semua ada. Wedges ke flat shoes ke heels ke.
I dah try yang ni. Selesa sangat tapak dia. Sesuai kalau korang nak dijadikan hadiah untuk Mak tersayang.Tapak lembut and tak bagi pressure kat kaki bila berjalan.
Harga memang sangat berpatutan. Macam kasut yang I pegang ni RM 69.99 satu. Kalau amek dua baru RM 110 oi. Boleh campur dengan kasut Men ke Kids ke janji sama harga. Murah sangat!
Bagi yang jenis ranggi, ha kasut macam ni pun ada uolls. Memang bergaya habis pakai boot ni dengan jeans.
Bukan kasut je tau, sandal pun cantik cantik. Yelah kata pun perempuan kan. Pergi pasar pun kena lah cantik cantik gitchew.
MP Kids
Kalau dah nama mak-mak, tak sah tau kalau shopping apa apa tak ingat kat anak-anak. Ha ni kat Hypershoe ni memang ada satu bahagian khas untuk kids.
Kasut bebudak memang trendy and cantik cantik semuanya. Macam nak pengsan Mommy tau. hahaha.
Ye betul. Ni semua memang kasut kids. Cuma taktahu ukuran kaki Maira je kalau tak, dah banyak I rembat. Bukan main semua design macam orang besar tau.
Ha nak raya nanti I dah tahu lah nak serbu kat mana ye tak?
Kasut boy pun cantik cantik. Banyak pulak Lihin tunjuk hari tu. Nasib datang naik public transport tak mampu angkut semuanya. Takpe nanti I heret satu family datang lagi
Kasut untuk Baby Ash pun ada. comel pulak tu.
MP Sport
Bagi yang kaki sukan, korang tak rugi datang sini sebab ada sports shoes kat sini sangat berpatutan dan cantik pulak tu.
Jenama MP Sport ni menyediakan pelbagai design kasut sukan untuk lelaki dan wanita. Ha bersukan pun kena ada gaya tau
Selain dari tu, Hypershoe juga ada menjual kasut sekolah di bawah jenama MP Kids, stokin dewasa dan kanak-kanak dan juga beg sekolah. Semua character cartoon favourite pulak tu. Lihin dah peluk dah beg favourite dia, tak sabar nak pergi sekolah katanya.
Ha macam macam ada kat sini. Korang pun wajib serbu okay. Actually Hypershoe ni ada banyak cawangan di sekitar Lembah Klang ni ha. Semuanya tempat yang accessible macam kat Tesco, Aeon Big dan Giant. Kiranya sambil shopping barang dapur boleh shopping kasut ye tak? Kat KL pun berlambak je outlet Hypershoe ni. Boleh check sini okay -> Hypershoe Location
Tinggal di luar kawasan Lembah Klang, ha jangan risau, sekarang kan dah modern. Klik klik je ha terus sampai depan mata. Senang kan boleh shopping online macam ni. Tak payah susah susah keluar rumah.
Untuk maklumat lanjut , boleh check website dia okay
Website: Hypershoe
Facebook: Hypershoe
Hypershoe KIP Mall
Lot M-02, M-03,M-04,M-05,G-05/2
KIP Mall Bangi
KIP Mall Bangi
No 1 Jalan Medan Bangi
Off Persiaran Kemajuan
Seksyen 6
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
43650 Selangor
Best kannn kedai Hypershoe ni. Banyak sangat pilihan yang ada. Semua cantik & berkualiti dekat sini ;)
ReplyDeleteKat area rumah saya pun baru bukak kedai Hypershoe ni.. Nanti nak gi terjah juga..
ReplyDeletepenah gak lalu kedai hypershoe ni rasa kat dpn sogo ada satu
ReplyDeleteCantik2 semua kasut kat sini. Eh...ada gmbr kita la kt kaunter ;)
ReplyDeleteAlamak banyaknya kasut budak!!! Dahla dekat dengan rumah... Uhu. Thanks for sharing, Cici!
ReplyDelete