Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Shopee Birthday Bash | Shocking Sales Dan Pelbagai Tawaran Menarik

I suka betul lah Shopee ni. Tak habis habis dengan jualan murah dorang. Nak tahu tak sempena sambutan hari jadi, Shopee mengadakan jualan murah besar-besaran dari 1 hingga 14 Disember.





Bermula dair 1 hingga 12 Disember, Shopee menawarkan Shocking Sales dengan harga serendah RM 12. Jangan risau kalau waktu tak kena, sales ni 5x sehari tau. Mesti sempat punya nak scroll scroll sekejap. Selain itu ada jugak Kemuncak Shopee Mall berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM 12, Baucer Beat The Clock bernilai lebih RM 500,000 untuk dimenangi dan pelbagai lagi promosi hebat.
 

 
 
Antara rakan rasmi yang turut menyertai promosi ini ialah  Maybank, CIMB, Public Bank, FPX, Photobook dan banyak lagi. Jangan ketinggalan okay sebab masing-masing menawarkan promosi ekslusif tersendiri untuk pengguna Shopee. Pelbagai hadiah menarik juga menanti termasuklah percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM 5,500 yang ditaja oleh FPX. Bestnya hadiah! Senang je nak join, pengguna hanya perlu membelanjakan at least RM 100 menggunakan FPX. Ha senang kan?

Bukan tu je uolls, ada lagi.Shopee melancarkan Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir dari 21 November hingga 22 Disember . Upload je gambar Bingkai Gambar Facebook Shopee tu, pengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad Mini 4 bernilai RM 1,899 dan 500,000 Shopee Coin. 
Selain itu pengguna juga boleh mengambil dan berkongsi gambar pembelian di Shopee dan seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu.

Syok kan? Banyak tawaran hebat dan menarik untuk pengguna Shopee sempena birthday dorang yang ke 2 ni. Kejap je dah 2 tahun. Kalau baby, dah pandai berjalan dah. Happy Birthday Shopee!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.shopee.com.my/birthday. Jangan lupa download Shopee apps di Google Play atau App Store

 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu