Skip to main content

ByeBye-FEVER Wajib Ada Di Rumah

Suka Ambil Gambar Makanan | Random

 
Mandy Chicken, Megan Avenue II (RM 8)
 
Nasi Arab fav di Megan Avenue II. Dulu selalu pergi restaurant lain, tapi harga makin lama makin naik. Yang ni jenis kedai kecik, pastu bukak meja lipat. Mandy Chicken ni RM 8. Murah ler tu kan?
 

 
Maggie Soup, NZ Jalan Ampang

Lepak mamak, malam malam memang layan menghirup sup macam ni 


Nasi Lemak Stall, Cheras

Ex colleague drop by and bagi Nasi Lemak Ayam Rendang. Sedap oi, rendang dia manis je. 


Chicken Carbonara, Cafe Milano KLCC ( RM 9 )

Salah satu favourite I di KLCC food court sebab murah. Okay lah sekadar nak alas perut


Strawberry Sundae, Mc Donald Petronas Ampang

sapa suka buat macam ni? baik ngaku cepat
Kuey Teow Goreng Basah, Nasi Kandar Pelita


Okay I pernah baca somewhere katanya orang yang suka amek gambar makanan ni ada masalah otak. =.=

Entahlah, at first I snap sebab nak masuk blog atau buat food review. Tapi lama lama jadi ketagih pulak. Sebab pada I, gambar makanan ni cantik. Tak kira murah ke mahal, walaupun sekadar Roti Telur dan Teh Tarik tapi kena angle dan lighting memang cantik. Seriously, antara selfie dengan gambar makanan, I lagi suka gambar makanan. Even kalau nak buat flatlay, susun makanan cantik cantik memang gambar akan jadi menarik.

I tau ada yang pandang pelik. Contoh kalau kat kedai makan, kita snap diam diam kat meja kita ada jugak yang macam gelak gelak, jeling and tunjuk tunjuk (like seriously guys, jaga hal sendiri lah) tapi tak kisahlah. Janji I bukan upload gambar di bulan puasa.

I memang sanggup berhabis duit untuk makanan berbanding baju. tapi berpadalah. Semua masih dalam kemampuan lagi. Kecintaan I terhadap makanan.  wah gitchew. Sapa macam I?

Toodles, xoxo





Comments

  1. Sejak ada anak ni, nak selfie kurang. Tapi gambar makanan dan gambar anak memang penuh dalam hp. *sep lima sikit*

    ReplyDelete
  2. akak pun suke amik gambar makanan... tp prefer yg akak msk sndiri, tp kadang yg beli kt restoren pun amik jgk hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....