UPDATE 2021
Ramai pula cari info tentang KL HOP ON HOP OFF yang terbaharu ye.
Tempah tiket secara online di sini
Adult: RM 30
Child : RM 20
Time Slot :
10am-12.30pm
12.30pm-2.30pm
2.30pm-4.30pm
⚡⚡⚡⚡⚡⚡
I selalu nampak bas 2 tingkat yang open deck kat area KLCC. Cantik and menarik tapi selalunya I tengok foreigner je naik so I thought memang untuk tourist lah. Lihin kalau nampak bukan main bising mulut dia cakap nak naik. ye lah budak kan.
HoHo Bus Bukan Untuk Foreigner Sahaja
![]() |
pic credit to AJ |
Sebenarnya antara cara terbaik nak explore bandaraya Kuala Lumpur ni ialah dengan menaiki Hop On Hop Off Bus. Tak semestinya foreigner sahaja boleh naik, kita sebagai pelancong tempatan juga boleh menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur dengan harga yang lebih murah
Bila lagi nak explore tempat sendiri. I rasa walaupun I memang berasal dari Kuala Lumpur, berapa kali sangatlah I jalan jalan tengok pemandangan. Kebanyakkannya cuma pergi balik kerja, tak pun hadap traffic jammed.
Perasaan I naik bas ni? OMG seronok sangat perasaan duduk di tingkat atas sambil kena angin sepoi sepoi bahasa. Boleh tengok pemandangan sekitar KL tanpa perlu risaukan kesesakan traffic. Enjoy tengok senibina bangunan pencakar langit dan tempat tempat menarik
Harga Sangat Berbaloi, Nikmati Pemandangan Bandar
Kenapa I kata harga berbaloi? Dengan hanya RM 25/ adult dan RM 15/child kita boleh melawat lebih 70 tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Sesuai sangat kalau nak bawa anak jalan jalan di hujung minggu. Tak payah risau letih bawa kereta dan bersesak.
Antara tempat menarik yang menjadi laluan HoHo Bus ialah KL Tower Aquaria, Chinatown, National Museum, National Palace, Lake Garden dan Titiwangsa .
![]() |
cantiknya awan |
Tiket ada dua jenis, 24 hours & 48 hours. jadi sepanjang waktu tu, kita boleh turun naik bas di mana mana station pun.
So let say I nak bawak anak I jalan jalan di Taman Burung, I boleh ambil bas dari station No 1; MaTic dan turun di station No 15; Bird Park. Kalau nak balik pulak, kalau terasa nak singgah Dataran Merdeka, I boleh turun di sana. Jadi dalam seharian tu I boleh singgah tempat tempat menarik. Imagine kalau guna public transport yang lain atau drive sendiri, cost mungkin lebih tinggi.
![]() |
salah satu laluan KL HoHo Bus |
Kat Mana Nak Beli Tiket Hop On Hop Off Bus?
Ha mesti korang tertanya tanya macam mana nak beli tiket kan? Senang sangat , korang boleh beli tiket di website KL Hop On Hop Off Website atau di kaunter mereka di Bukit Bintang dan Matic atau nak senang lagi beli je atas bas. Ha senang kan?
1) Beli Di Website
2) Beli Di Kaunter
3) Beli Di Dalam Bas
![]() |
pic credit to AJ |
Bawa Anak Naik KL HoHo Bus
School holiday is coming. Maybe boleh masukkan HoHo Bus sebagai salah satu aktiviti sekeluarga. Trust me, anak anak mesti enjoy. Kita pun happy jugak sebab tak penat dan lebih jimat. Jangan risau, kalau rasa cuaca agak panas atau tak selesa, boleh pindah ke bahagian dalam yang tertutup dan ada aircond.
Lihin bukan main happy dapat naik KL HoHo Bus. dah lama dia mintak, I cakap kena sekolah rajin rajin baru I bawak naik.
I ada tanya dia takut tak? Tak dia happy and enjoy sangat. Yelah bus tu kan tinggi, jauh beza dengan pengalaman naik kereta. Boleh nampak pelbagai gelagat manusia, kereta lalu lalang, menikmati pemandangan hijau dan macam macam lagi benda menarik. Yeayy something new for him
Sempat lagi terlelap. Yelah kena angina sepoi sepoi bahasa kan. Lepas tu dah turun bas dia mintak lagi nak naik. -__- Okay Lihin, janji sekolah rajin rajin. Mommy bawak lagi okay
Toodles, xoxo
wah..menarik. kalau cuaca ok boleh la naik bas mcm ni..
ReplyDeletekan. better pergi awal pagi. boleh jalan seharian
DeleteTuhla hari tu ada nampak ramai tourist je naik. Menarik jugak ni kira rm25 tu seharian la boleh naik ye?
ReplyDeleteye betul, 24 jam. kiranya kalau start 11am hari ni berakhir 11am esok lah
Deletehehehe
ReplyDeletekalau cuaca berangin dan redup mesti best
sebab feeling angin sepoi2
haha
betul. pakai cermin mata hitam lagi. fefeeling tourist
DeleteKalau tak panaih lit lit memang best! I teringin juga nak bawak anak2 merasa hop on hop off ni tau. Tunggu la saat dan ketika nya.
ReplyDeletejom bawak babe. mesti dorang syok. pakai sunblock sesiap hahaha
Delete