Skip to main content

PELUANG UNTUK BERTEMU EDWIN VAN DER SAR, LAGENDA MANCHESTER UNITED DI AEON MALL!

Nasi Daun Pisang Sedap | Banana Bro Berjaya Times Square

 
Sapa kat sini pencinta Nasi Daun Pisang? aduh sebut je, mesti dah terbayang nasi panas panas, letak pulak segala kuah banjir. aduh sedapnya .
 
Hari tu tengah jalan jalan di Berjaya Times Square tiba tiba nampak satu kedai ni. Eh tak pernah tengok pun. Apa lagi, kami pun nak try lah. Perghh menggoda pulak menu dia. Dibuka seawall jam 8am untuk breakfast.  Okay jom terjah
 
 Breakfast Time

Nasi Lemak kat sini memang special wehh. Bukan saja dihidangkan atas daun pisang, tapi juga ada acar. Memang sedap, satu kelainan tapi dont worry kena dengan tekak. 

Kalau korang rasa, sambal pun rasa lain jugak. Katanya untuk disesuaikan dengan rasa acar ni. Tapi memang ngam lah. Thumbs up. 







Teh Lawa

Kenapa Lawa? ala actually ada maksud. First because 'lava'. Second because Lawa tu kan maksudnya cantik. so 2 in 1 lah. 

Ni adalah yang korang wajib order kalau makan kat sini. Teh berbuih buih memang insta worthy and dont worry, worth your taste bud. 

I ni jenis kuat manis tau, for me rasa dia tak manis sangat. just nice. Kalau bawa my parents mesti dorang suka ni






Side Kick

Chicken 65

Ha apalah nasi daun pisang tanpa side kick yang mengancam kan. This is my most favourite side dish, Chicken 65. Makan macam tu je sedap, dijadikan lauk sedap nak cicah yoghurt pun sedap. Memang tak boleh share lah. Kalau kids ada, confirmed berebut. 


Chicken


Fried Squid Ring


4 Choices Of Curry
 
(Chicken Curry/Fish Curry/Mung Bean Curry/Dhal)

 
Korang pernah makan Banana Leaf with Mung Bean Curry? I think this is my first time, seedappp wehh but I still prefer chicken & fish curry. Their curry sedap . Thumbs up!


Mutton

Mutton dia OMG. Daging lembut dan tak liat. I boleh ratah macam tu je. Cukup rasa semua. Ni kalau makan dengan nasi panas maunya bertambah ni


3 Choices Of Vege
 
I love their Peria Goreng oi. Sedap dan rangup. 


Oh one more thing, nak makan nasi daun pisang ni kena pakai tangan tau. Baru lah ada 'rasa'. Memang lain woo kalau pakai sudu vs tangan.



Ambiance 

I ni kalau cari tempat makan, mesti I akan cari yang selesa. Maklumlah nak bawak family. Dengan anak kecik kecik lagi. Ambiance kat sini memang best. susunan kerusi meja tak terlalu padat dan persekitaran bersih. Of course selesa sebab ada aircond . howaa memang akan jadi tempat makan fav- family I lah ni




Menu & Price List

Price range sangat affordable. Trust me , worth your every penny! Portion just nice and memang full. Korang kalau datang sini jangan lupa kosongkan perut. Rugi besauuu kalau tak rasa semua ni.



My verdict for sure ***** 5 star lah. Semua sedap dan berbaloi. Tempat ni boleh dijadikan tempat lepak santai untuk family atau pun boleh ajak kawan kawan office lunch di sini jugak
 
 
 
So jom ajak kawan kawan dan family dating makan disini. Nak breakfast pun boleh, kalau nak rasa keenakan Nasi Daun Pisang kena dataang 11am onwards ye uolls


Location
Banana Bro
 Berjaya Times Square, LG-59B, Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 
Toodles, xoxo
 
 
 
 


Comments

  1. Alaaaa...akak dh la pencinta nasi daun pisang...bestnya..lama x layan ni..

    ReplyDelete
  2. Ue kena bawak i datang sini ci bile i datang kl. I peminat yg hidang atas daun pisang ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Jenama Baju Sekolah Tak Payah Gosok

 Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan. Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status. 1. Berapa helai baju sekolah yang cukup? 2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid? 3. Jenama baju sekolah apa yang bagus? Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut. Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah. Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.  Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaup...