Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Lihin Sambut Hari Jadi Di Sekolah | Personal

* I don't own any of these photo yah. Thanks to Umi
 
Sempena birthday dia, banyak jugaklah yang dia request. So I pun gigih tunaikan salah satu permintaan dia iaitu sambut hari jadi dengan kawan kawan

 
I dok fikir , alamak lepas raya. Bajet I dah lari satu ke Selatan Timur dan ke Barat Daya. HAHAHAHAH . Tapi I gigihkan jugaklah. No goodies bag bagai, kita beli kek ajeerr.
 
Murah tau, beli di Jusco Maluri. Kek 1KG baru RM 62+ macam tu. But dont expect to much ya, it just a sponge cake dengan warna warna menarik gitchew.

 
 
Nanny macam err takpe ke takde goodies bag? Macam pelik je birthday takde semua tu. I macam alaa dorang nak nyanyi je Mak. hahahah
 
I siap selitkan phone number kat kotak cake, mintak Umi tu tolong wassap kan gambar depa. Teringin nak tengok muka excited Lihin. Ingatkan gambar sekeping je, rupanya siap dengan video uolls
 
 



Happy campur terharu pulak. Nanti ada rezeki aunty belanja jajan ye anak anak (matilanak kena kecam bagi anak orang jajan) hahaha. Kismis ke Belon ke. kan kan kan Thanks semua sebab happykan anak aunty. Thanks cikgu and Umi sebab layan je perangai depa ni. Nampak senyuman anak ni pun dah buat bergenang genang air mata
 
senyuman masing masing T_T
 
 
 
 
 
Teringat zaman I tadika, Mak buat kek oren. ala very basic kek tu. siap jemur kulit oren bagai. Lepas tu bagi jajan. Bungkus dalam plastic putih (yang kita tapau lauk tu) letak wafer, gula gula, cokelat, belon, topeng lepas tu stapler kan. Happy dapat nyanyi dengan kawan kawan je.
 
Oh btw antara permintaan yang I tak dapat nak tunaikan (and taknak pun)dia mintak nak beli Dinosor. tau harga berapa ? RM 300 macam tu. Ye I tau harga tu normal je tapi I memang taknak layan. Dia belum tau simpan mainan, belum tau hargai dan main seminggu dua, terus dia campak. Cepat bosan
 
RM 300 tu I boleh beli 3,4 jenis mainan lain kot. Kalau dia rasa nak mainan mahal tunggu lah dia pandai jaga harta benda dulu.
 
Okay tu jelah bebelan I kali ni
 
 
Toodles, xoxo
 
 
 
 
 
 


Comments

  1. happy belated birthday lihin, moga jd anak yg soleh n berjaya

    bdk2 ni kadang ada kek pun dh hepi.... lagi2 bila dpt sambut ngn kwn2....
    tp kan mahal bebeno harga dinosor yg dia nk tu cici? klu akak pun mmg tak terbeli lah sampai rm300 tuh

    ReplyDelete
  2. sama la babe. i beli / tunaikan yang termampu je. yang penting ada gambar kenangan. mcm mana kita dulu nk sangat celeb dengan kwn kwn, mcm tu la jugak ank ank. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu