Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Mommy Sedih... Lihin | Personal

Pause kejap cerita Lombok boleh? Nak share satu cerita sedih. Sedih sebagai Mak
 
Lihin ni jenis .. nak cakap macam mana ek. Bukan lembab tapi dia jenis khayal sikit kat kelas mungkin sebab tak cukup tidur. Memberontak bangun pagi.
 
I pernah jumpa cikgu and someone VIP lah untuk Tabika Kemas ni cawangan Selangor kot. Mintak pendapat perlu ke dia tukar sekolah blablabla. Puan tu cakap dia kecik lagi, dia perlu masa blablablablabla. Puan tu cerita hal anak dia, pun jenis taknak belajar apa semua lah. Sampaikan dia ambil cuti semata mata nak hadap anak dia belajar. Dapat masuk kelas belakang pun dia tetap cheer anak dia sebab taknak anak dia malu dan down. Yes, Mak Mak akan buat apa sahaja kan
 
I ada pesan kat cikgu I tak kisah cikgu nak marah, denda atau rotan dia.
 
my cuddlepuff
 
________ ________ __________
 
Okay. lepas tu 20 July 2018 Lihin convo. I sangat excited bayar awal awal. parents tak dijemput tapi I excited siapkan dia bagai. Kenangan weh
 
Balik tu I cuma Tanya pasal convo, Abang excited lah cerita macam mana nak posing semua. okay fine
 
Next morning again I excited Tanya itu ini, tapi Nanny seems not happy. Lepas tu Nanny cakap
 
"semalam Atok ambil dia. lepas tu Atok kata semua dapat lencana. Dia je takde"
 
I macam lencana apa pulak? wajib ke? Then I Tanya Lihin. katanya dalam kelas tu dia sorang je tak dapat.
 
So I macam... okayy. Cikgu ada cakap tak kenapa ?
 
Dengan suara menggeletar (suara tahan nangis uolls) dia jawab
 
"cikgu cakap... sebab Abang ...tak pandai"
 
Boleh imagine tak Mommies? Hati I macam meletup jap terus berkecai.
 
I Tanya lagi nak confirmkan siapa lagi tak dapat. Again Lihin jawab dia sorang je tak dapat
 
 
______________________________________________________
 
 
Hurmm I taktahu lah. I bukan Mak Mak yang tak boleh terima kalau anak bermasalah. I bukan nak kata anak I pandai. I BOLEH terima kalau cikgu bagitahu I yang anak I tak pandai/bodoh. Tak pe cakap je I terima dengan berlapang dada. Mesti ada salah silap I mendidik, rezeki I ke?
 
Tapi I kecewa cikgu cakap kat anak I. apa duh perasaan Lihin? ada kawan ejek dia ke?
 
I mungkin kurang pandai dari cikgu. Kalau I pandai, mesti I dah jadi cikgu. Tapi I rasa sangat tak patut. At least, bagi badge tu kat SEMUA. tapi maybe boleh tulus ' Excellent'. 'Good', 'Need Improvement' dan sebagainya . Kenapa tak bagi langsung???
 
Memang I kecewa
 
I masuk dalam bilik I nangis dulu. Lepas tu I keluar balik and peluk Lihin.
 
Anak Mommy pandai tau. Pandai sangat.
 
so dalam seharian tu apa saja Lihin buat I puji dia pandai.
 
Ikutkan hati I, I nak dia berhenti sekolah time tu jugak. Tapi I nak jaga rekod dia jugak
 
I Tanya pendapat kawan kawan I, yang ada ramai adik , yang ambil bahagian psikologi kanak-kanak, yang pernah jadi cikgu tadika, yang anak dah sebaya I semua berpendapat yang sama. Tak patut cikgu tu buat macam tu. Dia boleh ganggu emosi budak. Mesti rasa malu, rasa terpinggir.
 
Jumpa cikgu tu? Malas I, tak kuasa. I rasa orang macam tu tak boleh dibawa berbincang. I takut I pulak tak dapat kawal emosi. Sama ada I menangis meraung takpun I tercarut. uhh no no sangat tak professional. Baik tak payah jumpa.
 
Oh lupa nak cakap. sebelum kejadian convo ni, Nanny jumpa cikgu nak Tanya pasal registration 2019. Cikgu suruh cari Tadika lain katanya Lihin tak sesuai di tadika dia.
 
Ramai yang cakap cikgu ni mungkin nak jaga KPI dia. memang lama dia mengajar dah berpuluh tahun.
 
haihh.
 
Honestly, sekarang I pun takde mood nak suruh Lihin ke sekolah, nak check kan homework dia. Kadang-kadang dia yang tunjuk kerja dia kat I. haihh ye lah kita Mak Mak kena lebih kuat. tapi takde mood lah. Huwaa nak nangis.
 
 Penat kan jadi Mommy ni?

Toodles, xoxo
 


Comments

  1. Allahu... Sedihnya baca. Memang tak patut cikgu cakap macam tu. Lihin sorang jer yang tak dapat. Sure dia terasa. Kita yang baca ni pon sentap. Haishhh... Tukar kan je lah sekolah. Geram pulak baca. Setiap budak development diorang lain. Ada yang cepat ada yang lambat. Tapi jangan lah sampai cakap macam tu. Anak. Honestly... Anak-anak akak naik darjah 1 baru pandai membaca. Yang sulung hampir nak masuk kelas linus. Akak pon tak paksa sangat sebab lagi paksa lagi diorang tak nak belajar. Follow the flow. Diorang akan pandai sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. Alhamdulillah dah daftar sekolah lain tahun depan. nak menghabiskan tahun ni je lah. Cici pun dah takde mood nak kejut dia pergi sekolah.

      tu lah. perkembangan budak lain lain. tapi kot ye pun jaga lah emosi budak. nak cakap apa apa, panggil lah parents . haihh

      Delete
  2. Sedihnya I baca beb..aduhaii..memang terhiris bagaikan sembilu. I pun tak faham masih ada mentality and that kind of attitude. Takkan lah sebab alasan tak pandai? come on lah ..budak tu kecik lagi kotttttttttttttttttttt!!! aku pulak yang hangin. HAHAHAH~ ok sabar. Taper beb..u cool down and try to forget what was happened to him. Walaupun I tau...mesti u sedih sangat2. Sebab I pun mak..kalau I kat tempat u..sure I rasa benda yang sama. Just bagi jer semangat untuk Lihin. Harapnya dia dah OK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni I memang takde mood nak amek tau bab sekolah dia babe T_T tapi kena jugaklah selak selak buku sekolah semua. harapnya Lihin pun tak kan fikir sangat benda tu. and harap takde kawan ejek dia dalam kelas

      Delete
  3. Omg cici. I feel like giving u a hug!!! Be strong okay. At least depan Lihin la okay. Sangat tak patutla cikgu tu cakap macamtu kat dia... Dia sorang je tak dapat badge pun dah terasa, inikan pulak cakap macamtu. Seriously i sendiri rasa macam nak menangis. Ah tukarkan je sekolah.. Cikgu apa macamtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *hugs*

      sedih I babe. patutnya ada apa apa panggil lah parents datangg sekolah. Alhamdulillah dah jumpa sekolah lain utk dia. Under Kemas jugak, jauh sikit dari yang sekarang. harap okay lah. and harap Lihin tak simpan dalam hati

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu