Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Warna Cottages & Bungalows, Gili Trawangan

 
Masa buat itenary sendirian berhad untuk Gili dulu, I nak sangat cari hotel yang dekat dengan jeti. tak payah nak naik kuda bagailah. Jumpa hotel ni tapi takde satu review pun. So ha ni iolls nak bagi review sikit
 
You all sampai jeti je, terus jalan ke arah kanan okay. Jalan terus je sampailah jumpa signage Warna Cottages & Bungalows . Kiri kanan ialah Warna Medical Centre dan Warung Warna

Kalau dalam website rasanya Warna Beach Hotel. apa beza entah. lantak lah janji memang tempat yang sama hahaha.
 



 
Staff friendly uolls. I sampai sampai je I cakap lah ada booking. Dia scroll terus cakap nama penuh I. I macam ehh mana tahu? dia kata "iyaa namanya sama dengan orang Indonesia". hahaha I pun jawablah "iya Mas, kita kan serumpun". hahaha gitchew . Nasib jaga halal gap, kalau tak rasa nak bertepuk tampar je . kahkahkah

Tapi memang betul staff kat sini best. Semua murah dengan senyuman.

Memang strategic sangat. Recommended untuk sesiapa yang plan nak bercuti dengan bajet yang sederhana. Korang tahu lah I sensitive sikit bab ni. Tak mau aihh yang shared bathroom ni. Tapi dalam masa yang sama nak murah. Ha gitchew konsepnya
 


Katil besau weh. Cuma yang I tak berkenan gambar tu lah hahaha. Kawan I boleh buat lawak pulak "nanti malam malam gambar tu hidup" ha unfriend lah macam ni.


 Ni pulak pemandangan sambil terbongkang kat katil. Open uolls. kalau nak bukak apa apa better tutup langsir tu hahah. Yang empat segi kat atas tu TV tau. hahaa
 
Indahnya kalau ada rumah macam ni kat KL.
 

 
 
 Bilik air pun besarrr. nak mandi berduet pun boleh. Jamban duduk ye. Shower (hot&cold) pun ada. Sabun & shampoo pun ada. Yang lain bawa sendiri okay


Kat luar siap disediakan hammock lagi . Lepas tu ada jugak kerusi meja. Kami buat lepak sarapan kat situ. Nak hisap rokok pun sila duduk luar ye. Tolong bakar sikit nyamuk nyamuk tu

Sepanjang kat situ, ada sekor je nyamuk degil. Pagi petang siap malam ada. Nak pukul tak dapat pulak tu.


h
Sekeliling bungalow ni memang penuh dengan pokok pokok. Malam gelap sikit. Rasa sunyi pulak hahaha tapi selang dua biji bungalow dah sampai reception. Lagi beberapa langkah dah sampai pantai. Dekat je pun. Betul lah description 1 min walk to the beach
 
 

Konsep kat sini untuk breakfast, kita pergi reception order menu apa kita nak from 7.30am-10.30am. Tak banyak pilihan, tapi boleh lah alas perut. Lepas tu dalam 10-15min dia akan hantar ke bilik kita. Aduh macam hotel riban riban pulak kan ada service macam ni.




Ni jelah pilihan breakfast. Boleh pilih pancake dengan beberapa jenis filling. Ataupun roti toast telur atau dengan spread. Lepas tu dia akan bagi buah. And pilih air kopi or tea.

I tak habis dengan pancake chocolate. Sedap woi. ala ala roti canai . hahaha



Kan I cakap lokasi sangat strategic. Nak jalan ke pantai dekat, nak cari makanan, cari kedai jual jajan ke atau nak cari barang macam toiletries, pulsa (topup) or sanitary pad ke , ha semua ada

Nampak tu entrance Warna. Kiri kanan ialah deretan kedai. Yang kerusi ni untuk Warung Warna. Makan depan pantai uolls.



Overall, it was awesome stay. I sangat puas hati dengan harga dan facilities yang ada. Dah nama murah uolls, tapi bagi I ni memang lebih dari cukup. Kalau kat Malaysia, hotel RM 100 dapat apa ? kena panjat tangga tinggi tinggi dan sebagainya. so ni dah kira terlalu murah lah

Total 3 malam di sana ialah IDR 1,080,000. Lebih kurang RM 309 kot





Apa tunggu lagi you alls. Jom tempah di Booking.com sekarang.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu