Sabtu lepas I berkesempatan join Majlis Pelancaran aplikasi Cannis di Setia City Convention Centre. Punyalah ramai orang yang hadir. Memang grand event betul. Kebanyakkan yang hadir merupakan usahawan dan professional dari pelbagai Negara seperti Malaysia, China, Indonesia dan Singapura.
Apa Itu Cannis
Cannis ni merupakan platform yang mempunyai multi-fungsi. 7 in 1 gitew. Ianya merupakan gabungan antara social media, online game, live broadcast, e-dagang, shopping , video kreatif dan online payment.
Ish semua ni memang keperluan di zaman modern ni. Maklumlah , zaman sekarang ni smart phone bukan sekadar telefon. Ia juga bakal memudahkan dan memberi pelbagai manfaat kepada pengguna. Lepas ni lagi senang lah nak keluar shopping, tak perlu bawa cash. Hanya scan je apps Cannis. Bukan tu je uolls, boleh dapat pelbagai diskaun hebat. Contoh kalau beli kat produk kat kedai mahal berkali ganda. Kalau beli via apps Cannis, dapat harga yang lebih murah. Senang pulak tu, tak payah susah payah, mereka akan uruskan khidmat penghantaran terus ke rumah.
Aplikasi hebat yang mampu mengumpulkan 10,000 pengguna dalam masa 24 jam ini ialah hasil usahasama hampir 100 jurutera professional. Hebat. I memang kagum sangat sebab Cannis ni Malaysian owned company dan telah bekerjasama dengan pelbagai Negara.
I rasa bangga dapat turut menyaksikan detik bersejarah semasa majlis pelancaran dan tandatangan pada hari tersebut.
Berpegang pada falsafah 'you think it, we build it', Cannis sesuai digunakan oleh semua golongan yang mempunya telefon pintar. Ianya bukan sahaja hiburan, malahan ianya membantu memudahkan kehidupan serta memberi manfaat kepada semua orang.
Buat masa ni pengguna Android boleh download apps hebat ni di Play Store. Nanti dah ada untuk Play Store memang wajib cepat cepat download okay. Untuk maklumat lanjut, uolls boleh checkout their webpage
Website: www.cannis.app
FB: Cannis.App
terbaek :)
ReplyDeletewow best
ReplyDeletewahhhhh....
ReplyDeleteMantab
ReplyDelete