Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream | Krim Bagus Untuk Kulit Kering

Dah jadi Mommy ni, nak pilih losyen anak pun kena berhati hati. Yelah kulit baby kan halus, lembut dan sensitive. Bukan boleh sapu sebarangan. Kesian baby tu nanti
 
I ada search jenama losyen yang dipercayai oleh paed. Ha terus keluar Aveeno Baby. Kebetulan pula, jenama ni baru masuk pasaran Malaysia. Huwaa best. Mari beli
 
 
Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream ni  terbukti secara klinikal untuk memberi kelembapan selama 24 jam dan sangat lembut untuk kulit baby. Macam anak I si Ash ni, kulit dia kan memang sensitive. Jadi I tak boleh letak sebarangan losyen
 
 

kebetulan time beli ni birthday dia. So I cakap ni hadiah untuk dia lah


Kalau cari losyen atau krim pelembab untuk anak, memang I cari yang bebas-Paraben, bebas-Pewangi dan Phathalate-Free. Korang mesti tahu yang paraben memang bahaya untuk kulit kan. Kalau untuk dewasa pun tak elok, apatah lagi untuk anak kecil. Jadi baik kita lebih berhati-hati dalam memilih barangan untuk anak okay
 
Oh bukan itu sahaja, Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream juga kaya dengan oat. Oat memang dikenali mempunyai khasiat yang bagus untuk kulit. So dengan Triple Oat Complex krim ini dapat memberi kelembapan dan keselesaan pada kulit anak anak kita.
 
Psstt... actually Mommy pun curi pakai sekali. Memang best rasa moist je tangan. Maklumlah kita ni seharian kerja dalam aircond, kering je rasa. Bila letak krim ni, kulit rasa lembut dan fresh. Ni baru bersemangat nak kerja. Eh macam tu pulak. hahaha
 

Ingat tak hari tu I jumpa new friends dari America. Dorang tengok IG I and terkejut jugak Aveeno ada di Malaysia. Katanya its a good brand. Ha Nampak tak betapa besarnya jenama ni
 
Maybe korang boleh consider jenama ni untuk anak korang okay. Sesuai jugak nak dijadikan hadiah untuk kawan kawan yang baru dapat baby. Boleh didapati di farmasi berhampiran dengan harga RM41.42. 

 
 
Toodles, xoxo
 
 
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu