Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Kos Bercuti Di Gili Trawangan Lombok

 
Penat betul buat entry pecah pecah ni. Kang kalau tak pecahkan panjang berjela pulak ye tak. hiks. So di sini I gabungkan untuk kemudahan korang yang tengah dok mencari info pasal Gili
 
Tiket memang kami dah beli awal, dapat dalam RM 800+ dua orang pergi balik. Bajet pergi sana dalam RM 1500 je. Kos tu termasuk hotel, makan, transport, souvenir dan emergency. Nama pun backpack kan.

Transportation

Cadangnya nak ambil metered taxi sebab boleh dapat murah kononnya. Dalam IDR 300,000 sehala ke jeti. Tapi sampai dah malam. Penat uolls. Malas nak fikir dah

Keluar dari pintu airport tu ada banyak tour agent. Yang kami ambil ni tepi sekali sebelah kanan. Tak silap nama company tu TRAC.

Dia bagi IDR 360,000 sehala. Naik Avanza uolls. memang selesa lah. Untuk malam tu kan kami nak pergi D'Max Hotel yang dekat sangat dengan airport tu, dia bagi FREE je. ha baik kan.

Supir kami Pak Irwan. kejap I panggil Mas, kejap Pak. ahh lantakla. Dia macam very fatherly . I suka cara dia and remind me of my that. Cara dia bawa pun sopan. Hp bunyi pun takut takut nak angkat.

Masa ada call, taktahu lah anak buah dia ke anak dia ke , dia cakap macam ni

"kamu tak mahu sekolah mau jadi apa ? Mau jadi maling ya"

T_T

Teringat Abah marah akak masa zaman nakal dulu T_T

Kami ajak makan malam, dia duduk meja jauh jauh. Kami dok panggil "eh mai lah dok sekali. duduk jauh jauh buat apa"

Time nak jemput dari jeti, agent tu nak bagi orang lain. Ocin mintak Pak Irwan jugak hahaha.

*Btw apa pendapat korang pasal tipping? Sejujurnya I tak tahu. I ask my friend, tapi dia memang tak bagi sebab selalu ulang alik ke Indonesia. so I bagi IDR 20,000. I baca tripadvisor Mat Saleh bagi banyakkk. Yelah depa usd kan. Apa pun terpulang pada poket memasing lah. Kami memang ngam ngam termasuk flight delay sekali T_T




boleh contact via Whatsapp- Arifin.
Makan Di Gili

I memang risau bab makan ni. Maklumlah pulau kan. Ingatkan mahal macam mana, sekali lahh mampu milik rupanya. I ada membebel kat entry ni

Makan Di Gili Trawangan



090718
 
I pergi 5 hari 4 malam. Disebabkan hari pertama tu kami sampai lewat, maka bermalam di hotel berdekatan airport. Keluar je airport memang siap beli simcard lepas tu book supir. boleh baca link di sini

Hotel : RM 120+ / IDR 400,000++
Sim Kad : RM 15 / IDR 50,000
Makan Malam: IDR 75,000++

 D'Max Hotel & Convention Lombok Review




 
 
 
 
 100718
 
Pagi pagi supir dah bawa ke jeti. I cakap taknak singgah mana mana sebab nak terus ke pulau.

Pulsa (Topup): RM 15++ / IDR 55,000

Boat Transfer : -+ RM 24 / IDR 85,000 (per person one way)

Seharian penat berjalan wehh. Meh la baca link kat bawah tu ha

 Bercuti Di Gili Trawangan | Day 1



 

110718 
 
Hari kedua di Gili Trawangan Ocin pergi snorkelling. Ini link ye

Bercuti Di Gili Trawangan | Day 2






120718
 
Hari ketiga kami photoshoot je uolls. Link di bawah

Bercuti Di Gili Trawangan | Day 3



 
 
 
 130718
 
Hari kelima kami balik dah. Boleh baca pengalaman di sini. Supir bawa pergi makan Ayam Taliwang yang famous dan juga beli souvenir untuk kenangan. Baca sini ye kawan kawan


Ayam Taliwang Lombok

Beli Souvenir Di Lombok




Preparation

Untuk yang first time ke Indonesia , cenggini lah rupa plugnya. Gigih I dok Google tak jumpa. takpe, I snapkan untuk korang




Duit pun kami tukar 2 hari sebelum pergi. Lepas tu sehari sebelum I tak puas hati, I tukar another RM 148.92 . Mana lah tahu untuk emergency kan. Jumlah ni ngam ngam untuk beli souvenir. hahaha



Kat Gili Trawangan ada money changer and atm (CIMB). kadar tukaran I tak pasti pulak. Gili lain tak tahu ada ke tak. Kang tak pepasal korang kena berenang ke Trawangan pulak kan. hahaha.

Pada I, Gili Trawangan memang lengkap, semua ada termasuk Medical Centre. Sebab tu again, I suggest duduk lah area depan . Semua ada kat situ. Kalau korang duduk area private resort tu, memang kena kayuh basikal ke kedai jugaklah.

Sesuai Ke Bawak Budak?

TAK! I bersyukur I tak bawa anak anak I dan my parents . Naik turun boat memang problem, I nak bawa diri pun tak lepas (I kan lembut gemalai manja gedik gitchew), inikan pulak kalau kena dukung anak. Eh memang taklah. I siap tersepak tembok jeti, sampai ibu jari berdarah tau.

Arus air agak kuat. Ocin cakap dia menyelam kat sini, bila timbul dah kat sebelah sana.

Biasa yang bawa budak pun Mat Saleh, tu pun anak dia rasa macam dah 8y above .

Seksa jugak , I tak pernah berenggang dengan anak. I dah korbankan segala waktu lepak I. dah pencen lah kiranya ni. Pastu my parents memang tak tahu Whatsapp. I gigih korek phone lama - Note 1  and ajar my dad Whatsapp dalam masa 3 hari je hahaha. dia prefer voice note. memang kelako lah. Ni pun dapat vid call sebab my BFF , Jue gigih dating rumah. 2x jugak lah dia datangg dalam masa 5 hari tu untuk bagi kami vid call. Kids , especially Ash terkejut sebab Mommy ada dalam telefon. hahaha



 Okay itu je. harap membantu percutian korang okay

Toodles, xoxo
 


Comments

  1. cantik lah tempat photoshoot tu. Rasa nak pergi sana jugak!

    ReplyDelete
  2. wow menarik juga gili trawangan ni eh. haritu p Bali je. memang betul. susah bawa budak-budak, kat Bali pun sama. tak family friendly. thanks share! in shaa allah one day

    ReplyDelete
  3. bestnya darling..should ask supir nye contact name..hehe boleh collaboration kan...hehehe...cantik bee...tempat tu secantik u.awww...giteww...ada souvenir utk i tak..kahkaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu