Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Karting Batu 3 Shah Alam

Hari tu masa cuti Merdeka, officemate Ocin ajak main Go Kart. Ni kat area Shah Alam. Tak pernah pulak I tahu ada Go Kart kat sini





Kena book awal. Semua kawan dia yang uruskan lah. Game dalam 3.40pm. Kami sampai awal so duduk duduk situ.

Tempat ni bahang. Nasib baik time tu cuaca mendung mendung kelabu gitew jadi takdelah panas sangat. Ada tempat duduk, tak banyak pun. Korang nak duduk ke nak berdiri tengok pun boleh

Semua yang datangg muda muda gtew. Macam kami je bawak anak. hahaha



Sebelum turn turun track, of course akan brief. Apa yang dia cerita I taktahu lah. Maybe cerita pasal warna warna flag depa kot. hahaha. Tapi semua nota ada di dinding.Bolehlah study siap siap.



Dari segi harga , macam berbaloi lah jugak. RM 120/pax untuk 3x ( Practice 10 min, Qualifying 10 min, Race 15 laps)

Kiranya turn korang 10 min. Lepas tu bagi laluan untuk team lain lain. lepas tu baru sampai turn team korang semula. Lepas tu rest lagi bagi laluan team lain. Ha macam tu lah.

Dorang enjoy lah, I yang menunggu ni basah ketiak. hahaha



I tak berapa amek gambar sangat sebab bukan laki I join pun. Kalau laki sendiri, mungkin I zoom sampai lubang hidung. kahkah.







 Kat sini macam jauh jugak dari kedai makan. Konon kami bini bini nak lepak café sementara laki race, padahal kedai jauh. Macam ada restoran kat situ, tapi tutup. Tak tahu memang tutup atau sebab public holiday

 

 



Kat sini cuma jual 100 plus, drinkin water and coke. Adoi. so kalau korang terfikir bawa anak, bawak lah jus / vitagen siap siap. Pricing murah jugak lah. RM 2 je setin. Boleh beli kat kaunter tu ha.


Bab bab eksiden mesti lah ada. Terpusing lah terlanggar tayar tepi tu lah. Tapi depa okay je. Cant imagine kalau I yang bawa. I kan cepat gelabah ayam. ahhaha.


 


 Kids of course boring sebab takde aktiviti untuk depa. Jajan pun takde jugak. So anak I dok main lari lari kat belakang tu je lah. I gatal pakai wedges kalau tak I nak join lari jugak


 



Selain kereta , sini ada motor jugak. Motor ni jenis yang comel kecik tu je apa entah namanya. I tak sempat pulak amek gambar masa motor motor beraksi. Siap ada yang tergolek. huwaa takut

The staff/owner baik betul. Kami tengok tengok lepas tu dia cakap

"kalau nak bergambar boleh naik motor tengah. Sebab yang hujung tu tak lock/stand . Takut terbalik"

Ahh thanks . Exited Lihin dapat naik









Okay till here. Maybe korang boleh consider untuk hang out sini dengan kawan kawan. Me? Ahh bawak kereta pun tak lepas, ko nak suruh aku race pulak? hahahaah. More deets/booking/ inquiry boleh contact depa di Facebook ye


Facebook: Karting Batu 3


 
Toodles, xoxo
 
 
Disclaimer: This entry contains my personal review or /and opinions.

Comments

  1. ni pun bukan tempat i babe. hari hari bawak kereta dah takde minat nk bawak kereta lain. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu