Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Tarikan Menarik Di Resort World Kijal

Resort World Kijal ni memang satu tempat percutian lengkap untuk semua orang. Tak kira lah korang nak relax and chill je ke , pencinta pantai ataupun nak lari dari kesibukan kota. Ha gitchew. Hari hari tengok bangunan konkrit da traffic jam, memang syok bila tukar angin pulak


Pelbagai Outdoor Aktiviti Disediakan

Kalau korang datangg sini, jangan risau sebab memang takkan bosan punyalah. ada je aktiviti yang boleh dilakukan. Ha jangan tak tahu, korang yang mencari tempat sesuai untuk gathering dengan ahli keluarga ke dengan kawan kawan office ke sini memang tempat yang sesuai

Macam hari tu I dengan Lihin sempat join few games yang ada antaranya Tarik Upih ni ha. Jangan kata Lihin, I pun excited cuz this is our first time. Selama ni dok dengar cerita orang je kan. And I suka idea mereka untuk ketengahkan permainan lama & tradisional. At least tak lapuk ditelan zaman gtew. 


Psstt.. Kesian Bro sebab kena Tarik I hahha. Ni dari IG @syafierayamin. Belakang tu korang boleh Nampak betapa seksanya Bro cuba Tarik I -__-






Kukur kelapa ni memang win sangat. Jangan kata anak anak taktahu, I pun tak pernah tengok weii. Paling tradisional I tengok pun mesin parut kelapa yang selalu ada di kedai runcit tu. Sekarang semua dah senang kan, santan beli yang dah siap perah, serbuk mahupun pakai susu cair je.


Selain dari tu, I tertarik dengan Snake & Ladders ni ha. Ni kalauu datangg ramai ramai syok ni. 


Kawasan resort ni memang besar. Masa mula mula I macam pening jugak. Tapi jangan risau lah, signage bersepah.

Walaupun hanya signage tapi I rasa sangat Instagramable. Tak gitew?





Swimming Pool Yang Luas

Kalau bawa anak anak tidur hotel, benda pertama yang dicari mestilah swimming pool. Menariknya, swimming pool di Resort World Kijal merupakan yang terbesar di Terengganu. Memang besar dan selesa. 

Tak pernah pulak I terbayang dapat berenang (or more likely berendam) di bawah langit membiru, di kelilingi pokok hijau siap dapat angin laut lagi. 


Kolam kanak-kanak kat sini memang luassss. Siap ada slides and mushroom tu macam kat waterpark pulak. Paras air pun just nice takdelah cetek dan takdelah dalam sangat. Sesuai untuk kids ler. 



Berbaloi luangkan masa seharian di sini. 


Seronok kan? Ha bukan ni je tau, ada banyak lagi aktiviti menarik yang I tak sempat explore antaranya seperti golf, mencanting batik dan juga water sport. 

In a nutshell, Resort World Kijal merupakan destinasi percutian yang menarik dan sangat berbaloi. So jangan lupa masukkan RW Kijal dalam whishlist percutian uolls okay. 

Toodles, xoxo

Link Berkaitan: 






Comments

  1. Ccl tak pernah sampai kt tmpt mcm ni. Fall in love dgn tmpt2 mcm ni.Tenang. Paling best tak bosan sbb ada mcm2 aktiviti yg boleh turut serta

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu