Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Promosi Back To School | Sunfeet International Rehabilitation Centre

Dah hujung tahun ni mesti Mommies semua busy cari barangan kelengkapan sekolah anak-anak kan? Antara yang paling penting dan wajib setiap tahun mestilah kasut.

Dengar Sunfeet International Rehabilitation Centre ada buat promosi Back To School. Ha laju laju I bawa si Gegirl ni 


Kepentingan Memilih Kasut Yang Betul

Selama ni I fikir beli kasut sekadar beli je. Rupanya baru I tahu ada cara yang betul memilih kasut. Penting okayy. Yelah boleh dikatakan anak anak akan pakai kasut sekolah seharian. Dari pagi ke sekolah, bergerak naik turun tangga sepanjang waktu persekolahan hinggalah waktu balik dari sekolah.Jadi mestilah cari yang comfortable dan mampu memberi sokongan penuh pada kaki


Penting tau mencari kasut dengan sokongan ni. Kalau tak , ha mulalah timbul macam macam sakit. Sakit tumit lah, sakit belakang dan sebagainya.

Selain tu, kalau korang beli kasut untuk anak nanti, jangan cari yang terlalu ketat. At least ada space 1-2 finger okay. Kalau ketat sangat, kuku akan tumbuh ke dalam kulit dan jari pun jadi hitam. Bab keselesaan jangan cakaplah, memang tak selesa langsung. Ha kalau longgar sangat pun payah. Bayangkan anak korang naik tangga sekolah kasut tercabut, turun tangga pun kasut tertanggal. HAHAHA. 

Di Sunfeet International Rehab Centre ni, dorang ada pelbagai jenis kasut. Cakap je nak yang jenis macam mana, warna apa dan design macam mana . Semua ada. Memang one stop centre lah. 

Design nampak kemas. Gegirl pakai sampai taknak bukak. Dah sudah. HAHAHAH


Kepentingan Insole?

Pernah tak dengar tentang insole? Ha insole atau pun dikenali sebagai pelapik tapak kaki ni sebenarnya sangat penting. Tak kira sama ada kaki kita normal atau bermasalah, insole membantu mengurangkan tekanan dan membentuk kaki yang cantik selain memberi keselesaan pada tapak kaki. 

Ada pelbagai jenis insole dijual di sini mengikut kesesuaian para pelanggan.  Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh dapatkan nasihat dari Dr Edmund Lee. Beliau akan bantu pilih insole yang sesuai dengan kaki kita. Nak customized pun boleh okayy





One Stop Centre

Seperti yang I mention awal tadi. Sunfeet International Rehabilitation Centre ni ialah one stop centre, Kat sini korang boleh buat pemeriksaan kaki, dapatkan consultation berkenaan kaki, menerima rawatan dan juga mencari kasut yang sesuai dengan korang. 

Daripada kanak-kanak hingga orang dewasa , semuanya ada sini.


Ha ni lah pemeriksaan kaki yang I cakap tu. Korang boleh dapatkan secara percuma tau. Kebetulan I bawa my mom, so bolehlah check kaki sekali. I pun buat pemeriksaan yang sama. Baru I tahu yang I ni ada sedikit flat-feet. OMG after 27 years. Ha korang baik bawa family datang sini lebih lebih lagi kanak-kanak. Kalau dapat detect awal lagi bagus. 




 Dr Edmund ni sangat humble dan friendly orangnya. Setiap satu pertanyaan dia akan jawab sebaiknya dengan info yang sangat lengkap. Paling penting, semua staff di sini sangat helpful dan child-friendly okay



So guys, jangan lupa bawa anak-anak beli kasut sekolah disini. Cepat grab promosi Back To School okayy

Selain dari tu boleh juga dapatkan pemeriksaan kaki secara percuma dari pakar. Share info pada kawan kawan dan ahli keluarga yang lain ye.

Details semua ada di bawah. Jangan lupa follow mereka di social media




Sunfeet Internatioanl Rehabilitation Centre 

Waktu Operasi:
Setiap Hari Dari 10am- 7pm

Alamat:
Block C, 18 Jalan 19/1 Seksyen 19 
46300 Petaling Jaya 
Selangor

Contact:
013-912 2939

Website:
www.sunfeet.com.my

Facebook:
www.facebook.com/sunfeetinternational

Comments

  1. Wowww.. bagusnye.. slama ni mmg x pnah tau pun ade msalah kaki.. boleh try pergi ni.. tq info

    ReplyDelete
  2. tengok gegirl silang kaki.. awwwww-- diva anak yu.. hee~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu