Holla uolls.
Kejap je masa berlalu. Next year 2 ketul anak I nak sekolah oiii. I masih pilih Tabika Kemas, cuma kena menapak sikit lah dari rumah. Panjat bukit pulak kahkahkah. And paling penting dapat sekolah petang. Lepas dah seksa kejutkan si Abang . Hazab oii nak kejutkan anak bangun pagi. Anak korang macam mana ek?
Hari Orientasi
Hari Orientasi ni macam biasalah untuk kita kenal kenal cikgu, hantar form dan bayar yuran. Total yuran sorang ialah RM 190. Jadi hari tu dah deposit RM 50 tinggallah RM 180 x2. Fuhh
Hebatlah parents yang hantar anak tadika RM 1500. Rezeki korang betul. Ni pun I rasa semput.
Okay so back to the story, my house macam walking distance je dari Tabika. Cuma disebabkan kena panjat bukit plus I gatal pakai kasut tinggi, mengah jugak lah woi. I parents pertama sesi petang sampai. Gtewww punctual tak?
Kira ada 2 cikgu, sesi pagi and sesi petang. Ustazah pulak tolong control crowd. Alhamdulillah sangat I suka layanan cikgu kat sini. Harap kekal begitu ye. Jangan cakap belakang tau kalau anak I tak pandai. Bagitahu je I terus.
Okay memang ramai gila. I dah start takde mood sebab ramai gilerrrr. Panas T_T Dengan bising lagi. Bebudak kan, jumpa geng memang syok lah. Lihin and Gegirl je diam sebab tak kenal sesiapa hahaha.
I pun tak kenal sesiapa jugak. Jarang orang flat I hantar anak ke sini, sebab dah ada tadika bawah flat kan. Takpelah , nanti lah berkenalan.
Cikgu baik, explain sampai faham. Muda jugak cikgunya. Tapi time amek form hari tu, kebetulan dia tengah marah murid hahaha. Tapi I suka cara dia marah tu, macam mak marah anak. Bukan marah sombong sombong gtew. Eh korang paham ke hahahah. Ala macam kita marah anak kita tu. Contoh ada budak nak bertumbuk. so dia macam
"haaa apa nak tumbuk tumbuk tu. Meh sini tumbuk dengan cikgu meh"
(sambil buat gaya nak bertumbuk)
I dah tergelak gelak dah kahkahakh. comel je cikgu.
Bear in mind, I tak kisah orang tegur/ marah/ rotan anak I kalau dia salah okay. I memang tak kisah. Jangan dera anak aku sudah. That's all
Memang panas , penat dan boring. Actually cikgu nak suruh tunggu sampai setel semua. Tapi macam tak putus putus parents dating -_- nasib lah depa memahami. Ustazah panggil semua murid ke belakang and that's it. Boleh balik
Abang kata Ustazah tunjuk dapur and pesan takleh makan dalam tandas. Ko biar betul Bang. hahahah Budak ni kan, entah apa Ustazah cakap, dia salah bagi info pulak. Tapi benda betul kan, biar ler.
Before balik (menapak), Gegirl request nak amek gambar depan sekolah and she gave me this look. Ko dah kenapa ? hahahaa
Memang penat plus basah ketiak. so I decide to bring the kids out. Saja ajak breakfast jauh jauh, kat Pelita KLCC tu ha. Padahal sebab I nak aircond je . Kira on the way from rumah ke pelita, keringlah ketiak. hahaha
Lepas breakfast, belanja depa aisrkim. Baru baik demam 3 ketul ni, takpe anak anak.Mood Mommy baik. cheat day gtew.
Balik Pelita saja bawak jalan ke Aeon Taman Maluri. Kira favourite place I masa kecik lah. I biasa panggil Jusco je. Time ni tengah sale amenda entah. Boleh tahan murah lah cuma I tak bernafsu nak beli. Dapatlah rembat selipar bebudak dua pasang
Tengoklah gambar bawah. Beriya betul si Gegirl nak silang kaki sampai nak terbalik ha hahahah
Baik . itu sahaja. See you next entry
Tooles, xoxo
So cute lah gugurl tuh..part posing tuh mmg bagi kat dia lah kan? natural jer silang kaki. tapi yang last tuh..salah silang ke camane? HAHAHAH~
ReplyDeletemana2 budak semua bijak-bijak. ank sy pun tadika kemas jugak bukan sebab pe sebab dekat dengan rumah senang nak manage.. hihihi
ReplyDelete