Hi korang. Dah nak sampai ke penghujung tahun ni. Dah tertunai ke semua wishlist korang sepanjang tahun 2018?
I ni dari hari tu niat nak bayar zakat. Tapi tu lah, balik kerja pun dah pukul berapa kan. Memang tak sempat nak ke kaunter zakat. Jadi tangguh punya tangguh, sampai la ni tak dapat bayar lagi
Semalam nampak ada orang share di Facebook tentang kaunter zakat bergerak. Eh? Tak pernah tau pun pasal ni. Tak tahu pulak ada kaunter bergerak ni. Selama ni ingatkan kena ke pejabat untuk apa apa urusan
Jom dengar apa yang Bell Ngasri nak sampaikan
Ahh, bagus jugak kempen macam ni kan. Especially untuk mereka yang bekerja waktu pejabat yang memang takde masa nak keluar. Pergi awal pagi, balik malam. Kaunter / Pejabat Zakat pun agak jauh dari office masing masing
I cuba cuba tengok Facebook Pusat Pungutan Zakat , ha banyak jugak lokasi rupanya. Semuanya memang sangat convenience sebab di tengah bandar dan kawasan pejabat. Contohnya, di Masjid As-Syakirin KLCC dan RHB Bank Jalan Tun Razak. Those yang bekerja berdekatan boleh lah keluar sekejap atau pun singgah semasa waktu lunch.
Bagus juga kempen macam ni kan. Sangat memudahkan dan dapat menggalakkan lebih ramai orang membayar zakat
Door-To Door
Kalau korang perasan , dalam video tu jugak si Bell Ngasri ada mention tentang perkhidmatan door-to-door. Maknanya kalau korang nak bayar dengan amaun yang besar tapi takut nak bawak cash atau pun memang takde masa. pihat zakat ada menyediakan perkhidmatan terus ke pintu anda Tak kiralah nak ke pintu rumah ke pintu office ke. Bagus kan?
Sekarang ni dah banyak kemudahan diberikan. Dah takde alasan untuk tidak menunaikan kewajipan berzakat bagi yang mampu. Lagi banyak kita mengeluarkan, insya Allah lagi banyak rezeki untuk kita. Jom kaya dengan berzakat!
Jom Lepak Bersama Bell Ngasri
Ha , hari ni Kaunter Zakat Bergerak akan berada di Jalan Dungun Bukit Damansara dari jam 10am-3pm. Yang kerja atau tinggal berhampiran boleh lah singgah.
Kalau korang nak jumpa Bell Ngasri , boleh terjah depa dari pukul 12.30pm - 1.30pm. Ha ngam ngam lunch hour lah tu. Jangan lupa share info dengan kawan kawan ye
Untuk maklumat lanjut, boleh follow Facebook Pusat Pungutan Zakat atau hubungi talian zakat di
1 300 88 5757
senangnya nak bayar zakat dah ada kaunter bergerak!😄😘
ReplyDeleteBagus betul dieorang buat kaunter bergerak ni, jimat masa dan tenaga kite
ReplyDeleteregnuaWleotsu Dereck Goon WebcamMax
ReplyDeleteKaspersky AntiVirus
Recover My Files
orestworun