Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Teman Baik Bayi Anda | Osh & Piper


Bukan senang nak pastikan anak-anak dapat perlindungan sebaiknya. Trust me, dah jadi Mak ni kalau boleh semua benda nak bagi yang terbaik untuk anak. 

Contohnya dalam pemilihan sabun mandi. Kulit bayi ni sensitive dan sangat lembut. Oleh itu, kita kena peka dalam memilih. Antara banyak banyak jenama di pasaran, I paling suka Osh & Piper Head To Toe Wash. yeza boleh dijadikan sabun dan juga syampu. 2 in 1 uolls.

- Tidak membahayakan alam sekitar (eco- friendly)
- Tidak berminyak dan sangat mudah dibersihkan
- Diformulasi sempurna agar tidak memedihkan mata
- 100% selamat
- Tiada bahan kimia, Tiada Paraben dan Tiada Minyak Mineral
- Mengandungi bahan yang disahkan ECOCERT
- Bahan bahan diasaskan dari tumbuh- tumbuhan
- 5.5 p.H/ sesuai untuk kulit bayi dan kulit sensitive
- 2 in 1 syampu dan juga sabun badan
- sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan dan semua peringkat umur





Berbanding orang dewasa, kulit bayi ni rapuh dan mudah menyerap air. Ianya akan terus menyerap  secara langsung ke dalam kulit. So bayangkan semua bakteria dan benda benda asing penyebab iritasi dan allergic akan terus masuk ke dalam kulit dan akhirnya akan terkumpul dan merosakkan tubuh bayi. 

Semua orang tahu bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah berbanding orang dewasa. Sebab tu lah kita wajib menjauhi produk yang bakal memberi efek kepada tubuh dan pembentukan organ dalaman bayi.

Sebagai ibu bapa, kita kena bijak dalam memilih produk. Kalau boleh janganlah guna sebarangan produk lagi lagi yang mengandungi alkohol tu sebab ianya akan menjadikan kulit bayi lebih kering. 

Kandungan Osh & Piper Head-To-Toe Wash

Osh & Piper menggunakan kandungan berasaskan bahan semulajadi. Antara bahan yang terkandung ialah

1. Cocamidopropyl Betaine
- menjadikan rambut lebih lembut dan terurus

2. Decyl Glucoside
- ekstrak tumbuhan semulajadi 

3. Rosa Damascena Flower Water
- kandungan yang melembabkan, memberi kesan relax dan menenangkan

4. Citric Acid
- sejenis asid yang lemah, diperolehi dari citrus dan juga bertindak sebagai bahan pengawet semulajadi. 

5. Aloe Barbadensis Leaf Juice Powder
- mencegah iritasi pada kulit. Ia juga mampu memerangkap air di dalam kulit

6. Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil
- aroma menyegarkan. mempunyai antiseptic semulajadi

7. Glycerin
- kandungan molekul kecil yang mengekalkan kelembapan di dalam kulit





Katakan Tidak Pada Bahan Berbahaya

Sedar tak sedar , ada pelbagai produk yang mengandungi bahan berbahaya di pasaran. Ha sebagai pengguna dan juga ibu bapa kita harus bijak memilih. Ni antara bahan kandungan yang tak sesuai untuk anak anak kita

- Wangian
- Paraben
- Klorin
- Alkohol
- SLS
- Bronopol
- Phenoxyetanol
- Propylene Glycol
- DMDM Hydantoin




Baby Wipes Pokok Buluh Organik

Selain dari produk mandi bayi, I juga menggunakan baby wipes atau tise basah dari jenama Osh & Piper. 

Apa yang buat wipes ni berbeza dengan apa yang ada dipasaran, ianya berasaskan 99% air semulajadi dan 1% ekstrak berasaskan tumbuhan yang dapat membantu melembab dan menyegarkan kulit.

Baby wipes dari Osh & Piper ini juga bebas paraben, bebas alkohol dan bebas pewangi. Memang sangat lembut dan sesuai untuk si manja anda. 



Kandungan Semulajadi Baby Wipes Osh & Piper

1. Pulpa Pokok Buluh Organik Yang Asli
- Tiada wangian dan tidak luntur. Ianya sangat ringan dan lembut pada kulit. Paling penting, tahan lasak dan tidak cepat koyak

2. Air Yang Telah Ditapis
- air yang digunakan bebas bahan kimia berbahaya dan tidak tercemar

3. Ekstrak Aloe Vera Organik
-  berasaskan ekstrak tumbuhan. Selain menyejukkan, ianya membantu mencegah bakteria

4. Ekstrak Chamomile Organik
- soothing effects, mempunyai antiseptik dan anti keradangan semulajadi yang baik untuk kulit bayi


Osh & Piper Baby Wipes ni bukan saja boleh digunakan pada bahagian bum bum, tetap juga untuk muka dan tangan. ha sebab tu I akan bawa kemana sahaja. Senang kalau nak bersihkan anak anak selepas makan. 

Tekstur lembut dan sentiasa basah memang sangat membantu.Ha kalau nak tahu, produk ini tidak mengandungi 

- Tiada Pewangi
- Tiada Alkohol
- Tiada Paraben
- Tiada SLS
- Tiada Klorin
- Tiada Phenoxyethanol


Pendek kata, jenama Osh & Piper ni sememangnya sesuai untuk anak anak kecil. Kandungan semulajadi yang digunakan membuatkan I bertambah yakin untuk guna dan recommend pada mommies semua. 


Maklumat lanjut, pls check out their IG - Osh & Piper 

Toodles, xoxo

Comments

  1. menarik ni. saya baru tahu pasal jenama ni. Thank you for sharing

    ReplyDelete
  2. menarik jgk... n akak terus cari psl jenama ni kt ig... nice jugak...
    cuma harga yg tak berapa nice

    ReplyDelete
  3. best nye.. 1st time dengar brand ni.. boleh usha la nanti

    ReplyDelete
  4. Macam best je ni, elok sangat tak ada bahan kimia berbahaya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu