Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Bawa Anak Ke Muzium Negara


Hi gaiss, Okay lama tak bersiaran kan. 

Ni ha beberapa minggu lepas I bawa family ke Muzium Negara. Maklumlah sekarang cuaca panas kan, so I kalau boleh nak cari aktiviti indoor je. Yang pasti berpatutan ler. Maka muncul lah idea nak ke Muzium. I ni pun last ke tempat ni masa zaman sekolah pun. Nak car bahan masuk folio. hahaha. 


Kalau parking, di bahagian belakang rasanya. Pintu masuk pulak di bahagian depan. Makanya kami kena tawaf bangunan lah nak ke pintu masuk. Jangan risau, ada sign board. Tapi kalau korang naik MRT memang senang sebab betul betul tepi station tu


Ni lah dia pintu masuk Muzium Negara. Kira port wajib bergambar lah. hiks. baru ada bukti ke muzium kan. 

Macam biasa I ni kan gatal pergi pakai wedges 5 inch. wahduh tegang kaki okay

Naik je terus jumpa kaunter. silalah beli tiket

RM 2/ adult
RM 1 / senior citizen
FREE / child 


I nampak lambang kamera. so I tanya lah boleh ke amek gambar. Katanya boleh je takde masalah pun. so maybe yang tak boleh tu untuk komersil kot. 

Tapi majal lah kalau nak snap gambar kat dalam tu sebab mostly orang ' menikmati'. Tak ramai pegang handphone / kamera including tourist. ha nampak tak betapa awkwardnya I nak snap gambar time tu



Kat sini memang gelap. so kualiti gambar memang teruk. I pun tak ingat boleh guna flash ke tak sebab takde orang pakai pun kat dalam tu. takpelah layan je lah gambar gelap okay

Anak anak I macam biasa takut kegelapan.Tapi kami paksa jugak. 





Kat sini ada 4 bahagian. Tapi I'm really sorry I memang lupa apa namanya. cuma yang first I masuk ni macam bahagian kapal. apa yang dorang jumpa kat kapal karam, jenis jenis boat. 


tengok lag si Gegirl tu



Ni bahagian kedua. Bebudak bertambah takut lah sebab ada macam rangka manusia bagai. Tapi tulis kat situ replika je . Maknanya bukan rangka betoi kan? Mommy pun takut ni hahahha





Okay dah keluar bahagaian dua ni meh kita naik atas. Bab 3 & 4 ada kat atas. 




Yang ni macam zaman penjajah portugis ke apa . Yang kami bergambar ni macam structure A' Famosa tu ha. Memang gelap, bila edit jadi macam ni. adoi



Honestly I takut betoi patung patung ni. I snap gambar/ video pun I risau mana tau time nak edit ni dia bergerak ke hahah. Tapi  Alhamdulillah takde apa . 

Bagus ada macam ni, at least boleh bagi gambaran kat anak-anak tentang pakaian/ akiviti zaman dulu


Yang ni dia tunjuk tentang perlombongan bijih timah. Yang belakang tu jentera yang digunakan tak silap I. 

Mommy is gayat. Budak tu selamba je berlari larian T_T


Atok berkenan betoi basikal ni. Katanya dia ada sebijik macam ni masa di kampung dulu. Dia buat angkat beras . Tu siap mintak bergambar lagi. Mengimbau nostalgia agaknya hahaa




I tunjuk kat Abang ni lah sekolah zaman dulu dulu. So dia kena lebih bersyukur sebab sekolah sekarang lebih selesa dan meriah. 

Abang diam je , tak tahu lah dia paham ke tak


Next, zaman setelah merdeka. ha baru lah semua benda berwarna warni sikit. 

Bebudak ni tak belajar lagi pasal negeri, so dorang agak blur. 


Yang ni pulak pasal perayaan pelbagai kaum. I seronok dorang faham kita ada banyak bangsa. Jangan nak KEMELAYUAN sangat sampai lupa adab okay anak anak. Kita hidup berbilang bangsa, jadi kenalah saling menghormati antara kaum. Hormat adat/budaya dan agama orang selagi tak bertentangan dengan ajaran agama kita. Gtew



Okay tamat sudah. Kat sini juga ada souvenir shop kalau korang nak beli apa apa. I tak masuk pun, takut TERBELI hahaha


Kat bahagian luar ada pameran macam ni. Atok berkenan betoi dengan Saga putih tu. Kereta lama masih terjaga katanya. Of course la Abah kata pun nak pameran kan. 

Atok ada jugak Saga 'mafia' tu tapi huduh sikit. Takpe Bah, insya Allah ada duit lebih akak 'mekap' kete Abah ye


Ni ha ada peta so jangan risau tersilap tau


Parking



Parking memang banyak and luas. Tapi tu lah kena menapak panas ler. Nak ke entrance Muzium Negara tu ada jugak Muzium Melayu (apa entah) and Istana. Tak silap I both masuk free. Patutnya sekali jalan je kan,tapi I dah tak tahan sakit kaki

Pada I parking mahal -___-  tiket masuk I RM 4 je, parking RM 6 . and boleh bayo pakai Touch N Go sahaja. lol. dont worry ada kaunter nak topup andai kata korang punya kad tak cukup baki. 

Okaylah jangan lupa pergi weekend ni okay

Toodles,xoxo

Comments

  1. Lama x jejak Muzium Negara. Last pergi, time tu ada pameran hantu ke apa. Hahaha. Tapi kalo bawak anak-anak, mesti diaorang suka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu