I ni memang jenis sangat pentingkan penjagaan wajah. Pada I kulit yang cantik akan menjadikan makeup menarik, gitew. I percaya ramai je yang macam I. Sapa yang taknak kulit cantik dan sihat uolls, cuma rutin yang agak renyah buat ramai yang skip skincare routine.
Korang jangan tak tahu sekarang ada produk yang memudahkan. Dahlah dapat jaga kulit dengan sempurna, menyenangkan pulak. Ha masa mula mula terbaca pasal produk baru Safi ni memang teruja sangat uolls.
Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion
Produk terbaharu dari Safi ni merupakan facial lotion. Yang menariknya ianya bertindak sebagai penyegar dan pelembab. ha hebat bukan? 2 in 1 gitew. Sebab tu lah I cakap ianya memudahkan rutin. Tak payah bazir masa lama lama.
Losyen ini juga bertindak dengan memberi 2x penghidratan dan kesegaran dengan hanya satu kali penggunaan. Selain itu ianya meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari
5 Jenis Hyaluronic Acid Dalam Sebotol Losyen
I suka tekstur krim ni sebab ianya mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan lekit. Ha yelah kadang-kadang ada sesetengah produk di pasaran buat kita rasa tak selesa dan kurang berkeyakinan sebab muka rasa oily dan melekit.
Selain dari tu produk ini juga dapat membantu mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR). Hebat bukan? Ia mempunya pelindung IR OxyWhite iaitu hasil gabungan Nano Oxygen + Nano BioWhite
Ha familiar ke tak dengan term ni? Meh I share sikit. Nano Oxygen ni membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar kekal segar, bermaya dan berseri. Nano BioWhite pula memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna.
Senang 2 in 1 ni kan.. Nak pakai senang, nak bw travel pn senang
ReplyDelete