Skip to main content

Kenangan Coffee Memperkenalkan Siri Magical Tiramisu

Khasiat Buah Avocado Australia

Kalau sebut Avocado mesti ramai terbayang Jus Avacado atau pun ramai panggil Jus Alpukat. Campur dengan coklat. aduh. Rasa lemak kecoklatan tu, minum pulak time sejuk. Sodapnyaaa

Khasiat Buah Avocado

Rasanya ramai tahu avocado memang terkenal dengan khasiatnya. Buah ni tak manis tapi lebih kepada creamy gitchew.  Kiranya avocado ni ada rasa sedap tersendiri


Ianya unik sebab ada kombinasi vitamin dan mineral yang membantu memperkuat sistem imunisasi, menambah tenaga menguatkan tulang, menyokong kulit yang sihat serta memberi mood yang lebih baik kepada sesiapa yang makan. Ha kalau macam ni memang nak beli simpan buat stok lah. I asyik stress je lately ni. 

Tapi betul lah uolls. I rasa bagus beli buah ni and jadikan stock dalam fridge. Bukan apa , avocado ni sesuai untuk seisi keluarga dari baby hinggalah warga emas. Paling penting, boleh dijadikan pelbagai resepi

Biasanya kalau baby 6 bulan yang first time makan tu mesti kita bagi puree kan? Antara buah yang menjadi pilihan haruslah avocado. Selain khasiat yang banyak, tekstur buah ni jugak lembut dan memang sesuai untuk baby. 

Bukan tu je, ianya tidak mempunyai rasa yang 'strong' yang boleh buat baby terkejut. Yelah, kata pun first solid food kan. Takkan nak bagi masam masam. Terkejut baby kang hahah. So avocado ni memang pilihan tepat sebab rasa dia light light gitchew

Korang pencinta salad? Ha apa kata lepas ni tambahkan avocado dalam salad korang. Buah ni mampu meningkatkan kebolehan tubuh menyerap nutrisi dari sayuran segar lain. Ha kira macam boost nutrisi lah. Hebatkan? Ha, dah tahu tu lepas ni boleh lah tambah sikit avocado dalam diet korang

Fun Facts: Buah avacado ni kena handle with care tau. Korang kena jaga buah ni macam korang pegang telur jugak. Jangan ganas-ganas sebab sangat sensitive dan fragile. Lepas tu jangan squeeze dia pulak nanti lebam buah ni kang



 Buah avocado yang unik ni sesuai dimakan setiap masa. Korang nak jadikan sarapan ke lunch ke, minum petang atau makan malam pun boleh. Eh kalau korang nak buat snack in between meal pun sesuai tau. Nak buat jus pun bolehh. Blend je , tambah apa korang nak tambah. 





 Korang jangan risau sebab buah avocado yang diimport dari Australia ini memang dijaga kualiti dan pastikan betul betul masak baru lah dihantar ke Malaysia. Semua memang segar sebab mereka akan deliver product ke Asia dalam masa 48 jam sahaja. Yelah , dekat je kan.

Buah avocado dari Australia ini juga bukan sahaja hebat dari segi rasa yang creamy tu tapi juga di tanam di persekitaran selamat dengan dipantau oleh pakar. Ha sebab tu lah menjadikan Australian Avocado berkualiti tinggi.

So, mesti korang dah terbayang pelbagai resepi untuk diolah bersama avocado kan? Ha nanti I pun nak share resepi yang I dapat. 

Kalau korang berminat nak dapatkan Australian Avocado yang super yummy ni boleh kunjungi Jaya Grocer, Village Grocer & Aeon Supermarket


Toodles, xoxo 

Comments

  1. selalu tengok western people ni makan buah avocado.. ekin tak pernah try lagi, nanti boleh lah nak cuba.. hihiii

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa...akak suka..skrg blom musim lagi kat MBG kot..semalam cari takde..akak suka makan macam tu aje, buat jus atau masukkan dalam salad..dap kan?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian anda! Anda boleh pesan avocracy avocado dari GoFruits Malaysia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....