Skip to main content

Nippon Paint Melancarkan Buku "SuperGuardian,Who?" Bagi Memberi Inspirasi Rumah Sihat Dan Selamat Untuk Keluarga

Nippon Paint Melancarkan Buku "SuperGuardian,Who?" Bagi Memberi Inspirasi Rumah Sihat Dan Selamat Untuk Keluarga

 Jenama terkenal Nippon Paint Malaysia bersama rakan kerjasama Parenthood Media melancarkan buku cerita bertajuk SuperGuardian,who? bertempat di Kids World Expo, Pavillion Bukit Jalil Exhibition Centre. 

Kolaborasi ini juga menampilkan pencipta buku kanak-kanak terkenal Malaysia iaity Wizard Within.

Pendekatan inovatif ini menggunakan kuasa bercerita untuk memperkenalkan kebaikan udara dalam rumah kepada para pembaca muda dan para ibu bapa. Para pembaca akan dibawa berimaginasi tentang kepentingan menjaga kesihatan persekitaran rumah. 


Dalam tahun 2021 World Health Organization menjumpai bukti baru  tentang pencemaran udara memberi kesan teruk kepada kesihatan manusia. 

Lebih mengejutkan lebih kurang 60% terdedah kepada udara dalam rumah yang kurang memuaskan. Ini bermakna hanya 4 dari 10 rumah yang menawarkan udara selamat.

Dua tahun lepas Nippon Paint Malaysia melancarkan Wellness Outreach Program untuk meningkatkan kesedaran kesihatan ruang dalaman di kalangan kanak-kanak seluruh negara. Program yang melibatkan 150 buah sekolah itu dipenuhi aktiviti menyeronokkan termasuk peraduan mewarna. 


Antara produk Nippon Paint Malaysia yang selamat untuk ruang dalam rumah ialah seperti VirusGuard & Spot-less. Ianya juga mampu membasi bakteria berbahaya virus, bakteria dan formaldehyde. 

Dalam pameran yang berlangsung selama 3 hari itu, Parenthood menawarkan senaskah buku cerita SuperGuardian,who? kepada 100  pengunjung yang bertuah. Pelbagai aktiviti juga diadakan di booth Parenthood 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari laman web www.nipponpaint.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....