Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Pengalaman Naik Tren Dari Hatyai - KL Sentral

Previous Entry:


Haloo gais. Masih lagi di mood Hatyai. Adoi penat tulis part by part ni. Tapi kang kalau sumbat dalam 1 entry, cramp pulak. HAHAHAH. 

Okay so hari ketiga kami balik menaiki tren. Ni memang yang ditunggu tunggu lah. Seawal 6am dah check out dari hotel sebab kami nak kejar Shuttle Classic Train pukul 7.30am. Baik awal kan, sebab we dont know what to expect. 

Kalau ikut maps, lebih kurang 3min berjalan. Okay lah, sebab I terlebih muatan anggap lah 5-7min berjalan.Sampai je orang dah beratur so tak tahu pukul berapa depa bukak sebenarnya. 



Kesian anak bujang Mommy, mamai. Kira awal jugak dia bangun. Dalam 5am dah siap mandi semua tau. Lepas tu macam tu lah, mamai. HAHAHA. Syukur sangat dia tak buat perangai


So ini lah tiket train. Harga Lihin sama je macam kami THB 50. Kalau baby tak pasti pulak. 


Nak masuk kat area kaunter tiket ni, korang kena lalu pintu kecik. Ala macam pintu lalu kat immi tu. Tapi I pelik , dia suka berbunyi. hahha. Time I lalu bunyi I dah risau dah LOL. Tapi takde apa pun. Dah masuk takleh keluar rasanya. Tak nampak pulak exit kat situ.

Sebelum masuk pintu tu, ada kedai kedai menjual. So kalau nak tapau kopi ke apa ke boleh lah tapau situ. 


Nampak train ni memang kira bersyukur lah. Ni lah yang kami aim. Kalau tak dapat, memang takde maknanya trip. Gitew


Cantik kan? 



Kat belah dalam , banyak deretan orang menjual. Menu macam Pulut Ayam THB 40, air gas THB 20 dan cucuk cucuk tu THB 10 . Okaylah kan buat alas perut.


Keadaan dalam train. Pack. Sempit jugak. Lepas tu I rasa tempat letak bag dia tinggi gila weh. Nasib ada Dina. Flight punya I sampai. Yang ni terlompat lompat aku. 



Lihin suka katanya. Rambut terbang terbang. Sambil sedut air tu, mata nak lelap. Boleh? HAHAHA.

Anyway, Lihin memang 'bahagia' kat sini sebab dapat perlepasan minum air gas. -___- Takkan nak bagi kopi kan. hahaha


Ni antara pemandangan kat luar train. Yang lain capture dengan mata je tak dan nak snap. hehehe.

Memang cantik. Lalu kawasan sekolah, rel keretapi, kawasan perumahan 



Nak gambar feeling feeling tapi takut pulak keluarkan kepala. So time keretapi dah benti lah boleh. Tu pun ada spoil. Cis. 

Anyway, tren ni akan stop di station

Padang Besar-Thailand
Padang Besar- Malaysia

Ramai yang confuse kat sini termasuk lah I. 


Stesen Padang Besar Malaysia

Sampai je kat sini, macam biasalah , lalu immi. 

Remember previous entry I cerita yang I takut bawa balik air/ liquid takut tak lepas. LOL. takde masalah pun sebenarnya. Cis. Next Next


Keluar je immi, semua bergegas ke tingkat atas, beli tiket. Kami dah belii awal cuma train lambat. Petang. HAHAHA . Jadi berkampung lah kejap di Perlis

Kat sini ada 2 cafe; 1 atas 1 bawah. Kami lepak Adam Cafe ni ha , sama level dengan tren Siam tu. Dari segi harga dan rasa, lebih kurang je kot mana mana cafe. You cant expect much, you need to spare money. Gitew. 

So breakfast kami RM 11

1 box mee hoon
2 Calpis



I nak cakap ni, toilet kat station ni sumpah busuk nak mampos. Kena bayar berapa sen entah tapi busuk. Ish. Memang I minum air jimat jimat sebab takut kencing ler.

I lagi rela bayar RM 2 macam kat KLCC tu, tapi bersih, siap lap kan toilet seat lagi.

Paling penting, toilet Thailand lagi bersih dari toilet stesen KTM. acaner.

Yelah paham pelbagai jenis manusia guna. Tapi err. management taknak buat something ke? hire lebih general worker ke, orang keluar je cuci orang keluar je cuci.

Bau dah macam tu, masuk dalam taktahu ler macam mana woi.

Disebabkan bosan nak tunggu berjam lagi, so kami decide nak ke tempat shopping terdekat. I ada baca blog yang kata ada walking distance from station tapi since kami dengan bag bagai lepas tu panas lecak ketiak, takpelah kami pun amek Grab. Murah RM 7 je sehala.

Kat sana beranak lagi bag. HAHAHAH. Maklumlah mainan murah yang amat. Rugi lah tak beli. Kalau nak datang saja saja. memang idok ler. 

Sampai stesen kami melepet sekejap dalam sejam lepas tu baru turun ke tempat tren. 



ETS Padang Besar- KL Sentral 

RM 76++ (adult)
RM 51++ (child)

Kalau korang dah beli tiket online, korang boleh pergi kaunter and mintak print kan fizikal tiket macam ni. 


 Time beli tu memang tak dapat tempat sebelah menyebelah. Pasrah je lah. Tapi tak sangka posisi macam ni so kira berdekatan lah cuma I tercampak jauh sikit. 

Orang lain pun ramai yang terpisah, so mesti ada je yang tanya nak mintak tukar. Tapi korang kena hati-hatii jugak lah. Macam masa mula mula ada Aunty nak tukar dengan I. Dah tukar , siap tukar tiket sekali lepas tu dia nampak tren kosong dia pun pergi duduk tempat lain. 

Sekali baru I perasan tiket dia tak sampai KL Sentral. Kira kalau dia turun nanti, mana I nak cari tiket I kan.

Kelam kabut cari Aunty tu balik. Nasib baik lah tren memang kosong so duduk mana mana je boleh. Tapi kat Arau kot, dah start nak penuh. I ni memang jenis duduk bontot melekat terus. HAHAHA





Dalam tren ni ada surau, toilet and cafe. I ni malas bangun so memang 5 jam jugak lah I duduk tak bergerak. 

Suasana? Hehehe abit 'meriah' la. Especially ramai family travel. so kalau 1 family bawak 2 anak, kalau ada 5 family dalam 1 koc. HAHAHAH ko imagine lah. Lihin relax je tidur. Iolls memang tak lelap la jawabnya. 


Korang jangan expect sampai ontime pulak tau. Macam biasalah, akan berhenti sekejap tunggu isyarat , bagi laluan pada tren lain dan sebagainya. So memang ada delay. LOL bebel Mak sebab I cakap I sampai 9.49pm. Area KL Sentral tu dah lah tak boleh tunggu. 

Keluar keluar je lepaskan hajat dulu. Tengok Lihin, mana mana pun boleh baring. Alhamdulillah, sampai KL finally.



Apa pun, the best photo of me . Thanks to my BFF


 



hehehe thanks for reading gais. Kalau korang nak video. boleh klik di bawah okay. Jangan lupa subscribe 


                                  




Toodles, xoxo







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu