Siapa suka kudap-kudapan? Eh mestilah semua suka kan. Dan setiap orang ada snek favorite masing-masing.
Menikmati Snek Dengan Betul
Selalu kita dengar orang cakap snek adalah makanan tak sihat. So lepas makan snek favorite mesti kita akan rasa bersalah kat badan sendiri. No No actually you dont have to. Snek tu tak salah , tapi cara pengambilan kena betul
Majoriti dari kita mengamalkan pengambilan snek beberapa kali dalam seharian. Kebiasaanya rakyat Malaysia makan snek lebih kurang 6,7 kali sehari. Wow! Antara faktor kekerapan makan snek ni berpunca dari jadual yang padat dan gaya hidup aktif masa kini. Yelah kan, dengan meeting back-to-back, nak jumpa client sana sini, siapkan task lagi mana lah nak dapat meal yang betul. Jadi sementara nak tunggu masa makan, snek lah yang beri tenaga yang diperlukan.
Disebabkan faktor inilah, kita sebagai pengguna kena tahu jumlah yang betul dan diperlukan. Makan secara berhemah dan tidak melebih-lebih akan menggalakkan kita memberi tumpuan kepada makanan. Sikap makan snek secara berhemah ni dapat mendorong kepada hubungan yang baik dengan mengawal diri dari makan berlebihan.
Sebenarnya pilihan terletak di tangan kita sebagai pengguna. Contohnya kalau kita suka makan aiskirm, terdapat pelbagai aiskrim berprotein tinggi dan rendah lemak terdapat di pasaran. Begitu juga dengan biskut dan coklat. Jadi kena pandai-pandai pilih ye.
Peranan Ibu Bapa Terhadap Pengambilan Snek Anak-Anak
Sebagai parent, terus terang I rasa ianya sangat mencabar. Selain memberi makanan sihat kepada anak-anak, I juga perlu memantau pengambilan snek mereka. I tak boleh halang mereka daripada menyukai snek tapi dalam masa yang sama I perlu advise anak-anak tentang cara pengambilan yang betul, bila dan dimana waktu sesuai untuk mengambil snek.
For example, anak-anak I pencinta coklat. So I kena remind mereka bahawa coklat bukanlah sesuatu yang mereka boleh ambil setiap hari. Mungkin ianya makanan istimewa sewaktu birthday party ataupun family-day-out. I juga kena beritahu jumlah yang sesuai diambil dan apa akibat jika diambil berlebihan contohnya sakit gigi dan sebagainya. Dengan ini, anak-anak akan lebih menghargai moment mereka bersama snek kegemaran dan tidak 'ketagih'.
Snacking Made Right
Kalau korang perasan lah kan, di belakang bungkusan snek ada profil nutrisi dan ramuan produk. Ha jadi sebagai pengguna berhemah, korang kena bijak memilih dan mengatur pengambilan snek korang.
Honestly sebelum ni I tak perasan dan tak ambil kisah pun. Tapi lepas sedar kalori yang I ambil sangat tinggi dan lebih dari sepatutnya, I pun dah mula pantau.
Macam Mana Nak Makan Snek Secara Berhemah?
1. Kurangkan Gangguan
2. Portion Out Snack
3. Fokus Pada Bau Dan Rasa
4. Nikmati Tekstur
5. Kunyah Sehingga Habis
6. Habiskan 1 Gigitan Sebelum Ambil Yang Baru
Ni antara tips yang I boleh share. Nampak je remeh tapi sebenarnya sangat membantu dalam mengawal pemakanan kita.
Kesimpulannya , bila kita makan dengan niat, sepenuh perhatian, fokus dengan moment tersebut, kita akan rasa nikmat sebenar.
Harap membantu ye. So, jom enjoy snek kegemaran tanpa perlu rasa bersalah. Sambil sambil tu jom layan video ni.
Toodles, xoxo
wajib ada snack dimeja kerja. tapi itula kena tahu bila perlu makan bila tak..
ReplyDeletefor me.. antara salah satu cara nak release stress. amekla sikit snack =)