Korang pernah tak buat pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan jantung?
Pemeriksaan Jantung Percuma
Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2019, Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) melancarkan Kempen Kesihatan Kuala Lumpur CVSKL yang menawarkan ujian elektrokardiogram (EKG) percuma kepada orang rama.
Kerjasama bersama rangkaian klinik swasta Qualitas Healthcare ni berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2019 dan terbuka untuk rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas. Menarik ni, memang wajib bawa parents join sekali. Bukan senang kan nak dapat peluang macam ni. EKG ini juga memberi fokus kepada mereka yang mempunyai masalah kardiovaskular seperti kolestrol tinggi, darah tinggi dan BMI tidak normal.
Tahu tak penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia. Purata mereka yang menghidap masalah jantung jauh lebih muda berbanding negara-negara lain biarpun pelbagai inisiatif dijalankan. Salah satu punca ialah gaya hidup yang tidak sihat seperti gaya pemakanan yang kurang sihat, tidak bersukan dan tidak menjalani pemeriksaan secara rutin.
Kalau nak tahu, ini adalah sebahagian program kesedaran jantung secara meluas yang dianjur dan ditawarkan oleh CVSKL sempena Hari Jantung Sedunia 2019 serta di bawah kempen Heart For Malaysia yang berlangsung dari September hingga November 2019.
Di bawah I senaraikan klinik-klinik yang mengambil bahagian. Maybe ada yang berdekatan dengan korang. Bolehlah save alamat dan nombor telefon dulu dan call siap siap sebelum pergi.
Senarai Klinik Swasta Yang Mengambil Bahagian
Klinik Ng dan Lee
462-464, Jln Pudu 55100 KL
03-9222 0751
Catterall, Khoo & Raja Malek
Suite 3-A, Level 3A, Menara CIMB, Jln Stesen Sentral 2 50470 KL
03-2276 6622
Catterall, Khoo & Raja Malek
Suite 3B-3-6, Block 3B, Plaza Sentral 50470 KL
03-2273 0244
Klinik Sharani
No 20 Jalan Bangsar Utama, 1 Bangsar Utama 59000 KL
03-2287 3103
Kumpulan Medic
42A, Jln Sultan 52/4 46200 Petaling Jaya, Selangor
03-7956 9331
Klinik Prime Care
Lot 7, Wisma MCIS Annexe, Jalan Barat 46200 Petaling Jaya, Selangor
03-7955 0550
Kumpulan Medic
78, Jln SS 21/35, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, Selangor
03-7728 4955
Klinik Rakan Medik
18-B1, Jln SS 6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor
03-7803 5688
Klinik Kumpulan Medic
Evesuite@Ara Damansara, A-1-01, Jln PJU 1/41A Ara Damansara 47301 Petaling
Jaya, Selangor
03-7886 3218
Klinik Ng dan Lee
31, Jln 19A, Section 19, 40300 Shah Alam, Selangor
03-5542 5286
Semoga bermanfaat ye :)
ala...klinik Qualitas kat area rumah tak participate pulak.
ReplyDelete