Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Vivo NEX 3 Dengan Waterfall Fullview Display

Telefon bimbit ni antara benda penting dalam kehidupan seharian. Selain fungsi yang pelbagaai, telefon bimbit juga pelengkap gaya dan identiti individu

Waterfall Fullview Display

Vivo memperkenalkan telefon bimbit terbaharu Vivo NEX 3. Kalau tengok rekaaan telefon ni memang menarik termasuk paparan Waterfall Fullview Display; skrin luar, skrin dwi-lengkung dan reka bentuk yang hampir tiada bingkai memberi pengalaman baru kepada pengguna. 






Paparan 6.89 inci tanpa  lubang ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 99.6%, dengan pengalaman visual hebat setiap kali mengangkat telefon mereka. I sendiri terpegun masa pertama kali melihat sendiri telefon ni. Rekaan unik daan menarik. 

Dengan teknologo X-axis Haptic Vibration, telefon ini menggunakan sensor tekanan yang digelar Touch Sense. Ha kiraanya Nex 3 ni memang unik dengaan rekaan seamless dan tiada butang fizikal.Sangat menarik, selesaa dan futuristik.Ianya juga mempunyaai In-Display Fingerprint Scanning, jadi ianyaa lebih cepat dan selamaat. 



Gabungan 3 Camera   

Kalau cakap pasal kamera, rasanya kemampuaan Vivo tidak perlu dipertikaikan lagi. Kali ini penggunaa Vivo akan menikmati kualiti gaambar lebih mantap dengan gabungan 3 camera. Wow hebat!




NEX 3 menggaabungkan 3 camera dalam 1 panel bulat , menciptaakaan Lunar Ring Cameraa System. Dilengkapi dengan kameraa utaama 64MP, kamera wide-angle 13MP dan kameraa teleskopik 13MP. Paling penting sangat user-friend;y dan menghasilkan gambaar definisi tinggi

Ha bab ni memang penting. Senanglah nak ambil gambar seharian, gambr produk jualan ataupun ketika travel. 


Bukan tu je tau, ada banyak lagi kebolehan kamera NEX 3 ni seperti Potrait Master's Hyper yang menyediaakan HDR sehingga 7.65eV sertaa Pro Mode yang membantu pengguna memahami dunia fotografi seakan menggunakan alataan professional. Ha tak payahlah angkut segalaa kamera besar tu kalau nak pergi travel. Bawa handphone je dah cukup, kan. 


Dengan kamera depan 16MP jenis pop-naik, NEX 3 tetap membawa gayanya yang tersendiri. Paparan sempurna FullView™ Display memastikan pengamalan swafoto yang unik. Sistem yang direka khas untuk kamera jenis pop-naik juga memastikan operasi kamera yang stabil.




Telefon Pintar Dengan Fungsi Hebat

Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran terataas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Kapasiti bateri (4500mAh) membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa. Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat. NEX 3 disediakan dengan storan dalamn 256GB.

Selain tu, Vivo NEX 3 mempunyai cip audio bebas AK4377AA dan  memberi pengalaaman Vivo Hi-Fi yang menakjubkaan kepada para pengguna. 

Menariknyaa lagi, NEX 3 hanya mempunyai 1 warna ekslusif iaitu Night Glowing. 


Menarik kan? Kalau korang berpeluang tengok dan 'bermain' sendiri dengan model terbaru ni, mesti korang tambah teruja. Reka bentuk cantik ditambah dengaan features unique, memang berbaaloi sangatlah. 

Vivo NEX 3 telaah beradaa di pasaraan dan dijual dengan harga RM3,899.


Comments

  1. wahh. best lah spesifikasi smartphone ni. kebanyakkan smartphone yang baru keluar penisbahan skrin dalam 80-90%. ni hampir penuh jugak. puas ni kalau tengok skrin. beteri pun besar!

    ReplyDelete
  2. Best, cuma harga tu kan... Hehehe agak tinggi. Tp kalau mampu apa salahnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu