Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Kembali Ke Sekolah Bersama Faber Castell


Haloo Haloo

Kejap je dah sampai ke penghujung tahun kan. Kalau masa kecik dulu, waktu hujung tahun ni memang favorite lah. Selain cuti panjang, wakti ni jugaklah untuk shopping barang kelengkapan tahun depan. YEAYY!!!


Faber Castell ni memang brand kegemaran I. Daripada pensel warna hingga lah alatan tulis, kalau boleh semua nak brand yang sama. Ingat lagi betapa excited nya I kalau Abah belikan pensel warna yang 48 batang tu. Ada dua tingkat tak silap I. 

I ni jenis cermat orangnya. I akan pastikan warna tu disusun balik ikut urutan. Ha gitew. Jadi nampak tersusun je. 


Kembali Ke Sekolah Bersama Faber Castell

Sekarang ni giliran I shopping untuk anak anak pulak. Untung sekarang ni, macam macam ada. Siap ada gift set lagi ha, sesuai dijadikan hadiah untuk anak-anak atu adik beradik yang baru lepas exam. Mudah kan. Complete set. 

Bukan tu je, kempen Kembali Ke Sekolah tahun ni bertemakan Castle Heroes iaitu Bernard dan Cassandra. Mereka berdua ni akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi masing-masing dalam mengatasi halangan dan cabaran.

Wauu idea yang bagus. Memang sangat memahami jiwa kanak-kanak. 


I memang pentingkan kualiti alatan tulis untuk anak-anak I. For me, dari situ lah mereka akan minat untuk belajar. Yelah, ada pensel best dan berwarna-warni, pensel warna yang pelbagai semestinya mereka akan lebih teruja untuk buat kerja sekolah dan belajar bersama kawan-kawan. 

Kiranya secara tak langsung, kita sebagai ibu bapa boleh bagi sokongan moral pada anak-anak. 

Bagi anak kecil pula, penggunaan alat tulis yang betul dapat meningkatkan skill motor halus. Ha jangan tak tahu Faber Castell ada mengeluarkan set pensel Tri-Grip dan Grasp Crayon sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar memegang pensel. 



Color To Life

Btw hari tu I berpeluang try Color to Life ni. Memang menarik gais. 

Dalam 1 set ni ada disedikan buku mewarna Augmented Reality ( AR) dan set warna Connector Pens. Tugas kanak-kanak cuma warna kan ikut kreativiti masing masing. 

Lepas tu korang kena download app. Ada beberapa option games dalam app tu. 

Lepas tu korang bolehlah scan di atas lukisan yang telah siap diwarnakan dan jadikan lukisan tu 'hidup'. Best! Macam I pilih gambar aeroplane ni. Nanti boleh nampak aeroplane pusing pusing. Yeayy!!!

Nanti korang dapatkan di kedai buku berhampiran okay. Mesti anak-anak excited. boleh dijadikan activiti cuti sekolah ni


Sampai dah besar macam ni I masih 'gilakan' set warna macam ni. Rasa sayang je nak pakai, nak susun elok elok. Hehehe

Sempat I try  main warna warna dengan anak-anak. Kualiti Faber Castell masih terbaik macam dulu. Warna sangat pekat dan tak patah bila diasah. 


Alright gais. So I dah siap separuh barangan kelengkapan untuk sesi persekolahan tahun depan. Korang dah beli ke belum? Pastikan beli Faber Castell okay



Toodles, xoxo 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu