Vivo yang terkenal dengan kepakaran teknologi sekali lagi memberi kejutan kepada peminat gadget dengan telefon baru Vivo S1 Pro.
Hasil gabungan teknologi photography dan software ni memang gempak.Bukan saja design unik tapi features pun sangat best.
Telefon Dengan Fungsi Fotografi Profesional
Vivo ni memang memahami kehendak pengguna. Yelah orang sekarang memang pentingkan kamera telefon. Maklumlah nak amek gambar tak kira masa. Tak kisahlah nak selfie ke, moment ke, holiday ke atau pun macam I ni bila di event atau food review.
Kalau nak tahu kamera depan telefon ni 32 MP. Perghh syok selfie ni. Complete dengan AI Face Beauty yang memberi pengguna mencantikkan lagi facial features.
Kalau dah kamera depan pun 32 MP, kamera belakang mesti lagi gempak kan. Ha korang boleh enjoy 48 MP. Lengkap dengan wide-angle, macro dan bokeh lenses. Ha boleh shoot macam pro lah lepas ni. Tak payah bawa kamera besar gedabak kesana sini dah.
Bukan calang-calang tau. Pengguna akan menikmati 8 MP Super Wide-Angle Camera yang tentunya membantu korang capture moment dan view yang superb. Memang sesuai sangat nak bawak holiday kan. Mesti puas hati dapat gambar cantik.
Tak cukup dengan tu ianya juga dilengkapi dengan Pose Master yang boleh membantu adjust angle so boleh dapat better picture. Perghh.
In-Display Fingerprint Scanning
Bab keselamatan memang tak perlu risau sebab ianya dilengkapi dengan In-Display Finger Print Scanning. Ha memudahkan tapi dalam masa yang sama tetap selamat.
S1 Pro juga didatangkan dengan 6.38inch Super AMOLED Display dengan screen-to-body ratio of 90%. Semestinya design ranggi macam ni akan digilai oleh generasi masa kini. Kan?
Kaki game dont worry. Korang boleh enjoy game kegemaran korang menggunakan telefon ni. S1 Pro ni dilengkapi dengan Multi-Turbo yang meningkatkan prestasi kelajuan smartphone. Siap ada Game Centre dan juga fungsi Voice Changer yang memberi keseronokan lebih semasa bermain game.
Kalau nak cakap pasal processor, ha mestilah gempak. Dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 665 octo-core dan disokong oleh 8GB RAM dan 128GB ROM yang memastikan kelancaran prestasi telefon ni. Battery memang cun sebab ada 4500mAh dan Dual-Engine Fast Charging Technology.
Telefon ni dah pun berada di pasaran Malaysia 7 December 2019. Ada dua kaler tau iaitu Knight Black dan Fancy Sky. Pergghh dedua lawa.
Jangan lupa usha di store berdekatan ye
Toodles, xoxo
ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
ReplyDeletehanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
terimakasih ya waktunya ^.^
Baru terbeli phone nie
ReplyDelete