Helloo gais, any KopiMonster here?
Hari tu I saja lah nak try minuman dari Qulu Qulu. One of the reason ialah sebab I curious apa benda lah ni. Nama pun catchy. Comel ada, kelakar pun ada.
Rupanya Qulu Qulu ni ialah home-grown kopi-based brand.Yes, tak sangka ianya dari ilham Malaysian sendiri.
Unik Dan Menarik
Bukan saja nama kedai Qulu Qulu tu menarik, tetapi nama menu pun comel comel tau. Cuba korang tengok menu di bawah. Semua catchy, senang diingati dan paling penting buat kita curious nak tahu rasa tu.
Personally, I suka sangat perasa Cornella. Gabungan rasa Kopi, Corn, Caramel,Milk,Gula Melaka & Kopi Boba ni memang unik
Masa mula-mula tu I memang tak dapat bayangkan bila corn bercampur dengan kopi? err risau jugak tak sedap. Tapi sekali sip,perghh ngam rasa dia tau. Memang semua campuran tu blend dengan baik sekali
Selain tu I ada juga try Lemona; iaitu campuran Kopi, Lemon dan Soda. Sangat refreshing. Sesuailah waktu panas macam ni. Mesti rasa lega dengan setiap sedutan.
Harga Tak Masuk Akal?
Kenapa tak masuk akal? Sebab murah gais. Pada I harga ni memang tersangat affordable. I memang peminat minuman macam ni. Biasanya memang belanja RM 14 sekali beli. Tapi korang tengok lah harga tu. Kebanyakkannya bawah RM 10. Fuhh berbaloi sangat
Rasa Kopi Kampung Yang Kaw
Qulu Qulu menggunakan kopi dari biji Kopi Nusantara terbaik. No wonder rasa kopi tu memang 'kick'. Kira orang kata memang kaw lah. Kiranya, walaupun harga sangat murah, korang akan dapat rasa kopi sebenar yang sememangnya jadi idaman pencinta kopi.
Kebanyakkan menu di sini juga diinspirasi dari makanan kegemaran penduduk Malaysia seperti Cendol dan gula melaka. Fuhh favourite ni.
So kalau korang pencinta kopi ataupun inginkan kelainan, bolehlah terjah Qulu Qulu cepat. Ada pelbagai pilihan yang sesuai dengan citarasa korang.Sangat affordable, sesuai untuk student atau mereka yang cari minuman unik setiap hari
Buat masa sekarang Qulu Qulu mempunyai 3 outlet iaitu di
-Dataran Cascades, Kota Damansara
-Dataran Cascades, Kota Damansara
- MyTown Shopping Centre
-Toppen Shopping Centre, Johor Bahru
Jangan lupa tag Qulu Qulu di IG ye @myquluqulu
Toodles, xoxo
Memang suka warna kuning ek... Macam ikut tema je
ReplyDelete