Selalu kalau pergi travel, mesti nak cari SIM pack yang berkualiti dan berbaloi kan? Maklumlah kat negara orang , penting untuk mempunyai internet yang laju. Senang nak search info penting.
Para pelancong antarabangsa yang berkunjung ke Malaysia kini boleh mendaftar unifi Travel Pass, iaitu SIM pelancong bagi menikmati data berkelajuan tinggi tanpa had, sambungan ke wifi dan rancangan TV kegemaran anda
Tawaran istimewa ini direalisasikan menerusi kerjasama di antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Tourism Malaysia untuk kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020, sejajar dengan komitmen untuk mencapai 30 juta kedatangan pengunjung dan RM 100 bilion perbelanjaan pelancong pada tahun 2020.
Di bawah kerjasama yang terjalin, TM menerusi jenama Konvergens utamanya-unifi- memperkenalkan pelan unifi Mobile istimewa dikenali sebagai unifi Travel Pass. Pelancong bebas berhubung menggunakan data kelajuan tinggi tanpa had, akses kepada wifi tanpa had seluru negara menerusi wifi@unifi dan hiburan tanpa henti melalui aplikasi playtv@unifi
unifi Travel Pass menawarkan SIM data berkelajuan tinggi tanpa had buat para pelancong untuk terus berhubung semasa berada di Malaysia. Mereka boleh memilih sama ada pass 7 hari untuk RM 30 atau pas 15 hari untuk RM 60, kedua-duanya menawarkan data 4G/3G berkelajuan tinggi
Ia turut didatangkan deengan masa berbual untuk mereka membuat panggilan keluar deengan hanya RM 0.20 seminit dan RM 0.10 satu SMS. Menarik bukan? ha ianya boleh dibeli secara online di mobile.unifi.com.my/travepass dan collect di airport atau secara offline di 15,000 vendor terpilih.
Ha bagus macam ni.Memudahkan pelancong.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.unifi.com.my
Comments
Post a Comment