Penjagaan rambut amatlah penting especially bagi kita yang bertudung ni. Rambut terperap seharian, jadi busuk, mudah gugur. Cuaca yang sentiasa panas buat rambut kering dan tak bermaya.
Baru baru ni I telah diperkenalkan dengan syampu terbaharu dari Safi iaitu Safi Shayla Botanical Silk. Ya Allah wangi betul. Sesuai dengan namanya'silk', ianya membuat rambut lembut selepas cucian. Ala sutera gitew. Terdapat 3 variasi iaitu Hair Fall Rescue, Silky Sheen Care dan juga Intense Nourishment
Safi Shayla Botanical Hair Fall Rescue
Syampu ini sesuai untuk rambut gugur, hujung bercabang dan kusut. Diformulasi dengan Minyak Bunga Matahari, ianya mampu memulihkan rambut dan menjadikan ia lebih sihat dan kuat. Ha mesti seronok kan kalau rambut lebih lembab dan bervolume. Rambut gugur pun dah kurang.
Safi Shayla Silky Sheen Care
Ha pada sesiapa yang ada masalah rambut kusam dan kering memang wajib cuba syampu yang berasaskan Minyak Bunga Ros ni. Tahu tak Rose Oil mampu mengembalikan kelembapan semulajadi dan memulihkan rambut yang kering dan kusam.
Safi Shayla Intense Nourishment
Syampu yang direka khas untuk rambut kering dan kasar ini mengandungi Minyak Bunga Chamomile ini mampu melembut, melembab dan memberi nutrisi kepada rambut. Memang sesuai sangat bagi yang mengalamai masalah rambut kering. Ianya memulihkan rambut rosak dan merawat rambut secarea semulajadi. Ha, hasilnya rambut lebih lembut dan sihat
Menarik bukan?
Syampu yang diformulasi dari 100% bahan botanical seperti Minyak Argan yang melembutkan rambut dan juga Habbatus Sauda untuk perlindungan kulit kepala ini semestinya selamat dan sesuai digunakan oleh semua golongan. Tanpa paraben ye. Paling penting wangian tahan lama gais. Mesti buka tudung balik dari pejabat, rambut masih lagi berbau wangi dan segar.
Orang kata rambut ni mahkota wanita. Sebab itulah ianya memerlukan penjagaan rapi dan produk yang berkualiti dan dipercayai.
Produk terbaru dari Safi Shayla ni boleh didapati di semua farmasi utama, hypermarket dan kalau nak beli online pun boleh je. Check out Shopee now. Klik klik terus sampai.
Comments
Post a Comment