Set hidangan 3 orang dengan hanya RM20?
Ye betul. Korang tak baca salah baca
Sempena ulang tahun ke 20, The Chicken Rice Shop (TSRS) menawarkan Set Ayam Untuk Semua dengan hanya RM20.
Ha tengoklah set yang I dapat tu. Berbaloi betul. Setiap set mengandungi
1/4 Chicken ( Roast/Steamed/Soy Sauce)
Single Serve Chicken ( Roast/Steamed/Soy Sauce)
Ipoh Bean Sprouts or Pak Choy with Oyster Sauce
3x Soft Drinks
3x Bowls of Chicken Rice
3x Soup Of The Day
Syok kan? Penuh meja. Ha TCRS ni sentiasa mencari peluang untuk menggembirakan hati rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Kiranya ini adalah tanda terima kasih mereka atas sokongan yang diberikan.
Memang kena sangat dengan nama set ni iaitu Ayam Untuk Semua.
Setiap RM2 dari pembelian juga akan disumbangkan ke Program Makanan Pay It Forward bagi membantu orang seterusnya membeli set Ayam Untuk Semua. Ha menarik kan? Jadi secara tak langsung lebih ramai orang dapat menikmati kesedapan hidangan nasi ayam istimewa ni
Jangan lupa terjah outlet The Chicken Rice Shop berdekatan. Hanya valid untuk dine in dan untuk 20,000 terawal je tau. Jom cepat bawa family makan makan hujung minggu ni.
Comments
Post a Comment