Skip to main content

Sambut Malam Tahun Baru 2025 Di Menara Kuala Lumpur

Beli Buku Kanak-Kanak Di BookXcess

Heyy !!! 

Ada pencinta buku tak kat sini? Ha of course la ada. Macam I, memang excited setiap kali nak ke bookstore. Suka sangat dengan bau buku baru dan excited tengok buku yang colorful. 

Baru baru ni BookXcess buka outlet baru di Shah Alam. Apa lagi I pun teruja la nak terjah , cari buku budak budak ni. Tempat ni sebenanya lobby HQ dan warehouse yang di-transform menjadi bookstore. Wah menarik! 

Dan ini ialah outlet ke 10! Tahniah BookXcess!! 


BookXcess ni memang terkenal dengan konsep kedai buku yang unik dan menarik. Ha bukan tu je, harga buku-buku sangatlah affordable iaitu 50% to 80% off. Ha mana nak carik kan. 

Suka betul environment BookXcess ni. Tenang je. Nak pilih buku pun rasa seronok. Siap dengan alunan muzik gitchew.

Banyak Pilihan Menarik

Masuk masuk je , ha semua teruja. Bukan main banyak pilihan sampaikan rambang mata. Ha macam macam ada untuk pelbagai peringkat umur .


Banyak betul karakter kartun kegemaran kat sini. Sebut je Unicorn, Little Pony, Cars, Hello Kitty, eh semua lah ada. 

Maklumlah, budak budak ni kekadang liat sikit nak suruh membaca. Sebab tu kita as a parents kena pandai tackle anak-anak dengan selang selikan pembacaan dan hiburan. Ha ni tengok ada karakter kartyn favourite, laju je nak membaca/ buat latihan tau


Macam I cakap tadi, masuk sini rasa tenang je. Yelah susunan kemas dan alunan muzik yang ada. Buku buku kat sini juga disusun kemas mengikut kategori. Senang nak cari. Korang sebut je nak apa. Sound Books ke, Plushie ke nak buku bergambar ke eh semua lah ada 


Pilihan Secara Online Atau Offline 

Yes! Waktu waktu macam ni bukan semua orang yakin nak bawak anak keluar. Tahu tak BookXcess  menyediakan servis online dan offline. 

Korang boleh order online dan terima dalam masa 48 jam. Ha menarik kan? 

Selain tu, korang juga bole pilih untuk order di website lepas tu self pickup di BookXcess @ Wolf House. 

Sangat menyenangkan especially those yang ada anak kecil dan susah nak keluar ataupun spend masa yang lama di bookstore. So pilih online dan collect je 




Menarik bukan? Ha korang jangan lupa singgah di BookXcess. Boleh buat pembelian online ataupun walkin je. 


I ada upload video juga. Jangan lupa checkout Youtube Channel I di Mumbling Cici

Thanks for reading gais! 



Comments

  1. Lama tak pergi ke BookXcess. Tapi pernah ke outlet Cyberjaya jer. Yang lain belum pernah. Buku kanak-kanak dia memang rambang mata. Tiap kali pergi mesti beli buku untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing this, Cici!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....