Skip to main content

Sambut Malam Tahun Baru 2025 Di Menara Kuala Lumpur

Arte by Thomas Chan | Hotel Glam Mewah

 Hotel Viral- Arte

Nampak je viral Arte by Thomas Chan ni, I apa lagi terus lah book. Kebetulan Ocin cuti seminggu, search punya search dapat lah tarikh 6-7 April .


 

Hotel ni terletak betul betul dekat dengan Publika. Memang senang cari. 

Reception-Level 66

Kat sini ada 3 tower. Masa mula-mula sampai, I cakap guest hotel. Security guard tu suruh park and pergi ke Level G. Nasib lah I ada baca yang orang share pasal reception Thomas Chan ni di tingkat atas. So korang kena bagitahu korang nak ke Thomas Chan, dia akan tunjuk lift. 

Since I pergi hari biasa, parking banyak je available. Tapi bukan lah depan pintu lift tu hahaha. Kena jalan sikit.

Masa I datang ada jugak 3,4 orang lain nak check in. Receptionist sorang je masa tu. Tapi pantas dan efisien ye buat kerja. Smooth check in terus dia bagi kunci ke bilik di Level 61

Waktu MCO ni, pool kena book. Yes limited to 4 pax per slot. I tanya kalau 4 pax mandi and I nak ambil gambar je boleh ke? Katanya yang tu kena tanya guard. Laaa...

And ramai jugak datang untuk ke restaurant tu je. 

Bilik Glam VI: Two-Bedroom

I confuse betul nak pilih jenis bilik; Louis atau Glam. Fikir punya fikir, okay takpe ambil Glam lah. Suka pulak tengok ada gold color gitu. 


ni gambar second bedroom. Main room dia takde gambar pulak hahaha

Masuk masuk je wowwww. PERFECT! semua memang perfect.

Dinding ada velvet, cermin. Fuh. Bilik bersih, toilet bersih. View pun cantik wehh I dahlah suka city view ni. 

'Unik' sangat kan?

Masa memula I ingat apa benda lah peti ni. Rupanya mini fridge and kat sebelah tu coffee maker dan sebagainya. 

Bosan punya pasal, makan jugak Kit Kat tu. Bukan anak amek ye, bapak budak yang amek. 

1pc RM8
2 pcs RM16
 

T_T

Psstt... Ingat nak beli and ganti, lupa pulak wakakka. bayar je lah jawabnya 


Ni toiletries . weh lawanyaa. Harus diangkut bawa balik walaupun tak tahu bila nak guna hahhaah. I just loveeeee cute thing!


Lepas dah puas bergambar kami ke Level 66 untuk ambil access card. Unfortunately hujan selebat lebat alam. aduhh. So I cepat cepat book for next morning. Pool buka 8am, 8am juga I book wakakak. 

Tapi kami ambil juga kad tu untuk tengok pool (puaskan hati kids) dan jalan jalan level lain. 

Malam tu pergi makan area Bukit Lanjan lepas tu balik hotel rehat rehat je. Kat dalam bilik ada few movie macam IT, The Good Dinosour etc.

Kami ni bukan kaki movie, so macam tengok tengok gitu jelah. Tak pepasal Mak pun melayan kartun hahaa. 

Breakfast Di Restaurant

Breakfast start 7am, 7am juga I heret semua turun. wakaka. I dengan Ocin bersiap lawa-lawa sebab nak ootd.  Gigih tak? Kalau hotel lain, I turun breakfast tak mandi pun takpe wakaka. 

Bilik yang I duduk ni include harga breakfast for 4 pax. So I kena tambah lagi 2 pax lah. Kena tambah lagi RM55. 




View sumpah superb sangat! Seronoknya kalau rumah kat sini T_T



Korang tau kan breakfast Arte ni adalah set, bukannya buffet. so macam I, My mom and I chose The Sweet Tooth

The Sweet Tooth
Orange or Apple Juice or Coffee or Tea
French Toast Bites served with Strawberry Compote

Nampak macam sikit (maklumlah kami biasa makan benda berlemak pepagi. Nasi berlauk pun boleh ahahha) Tapi Alhamdulillah kenyang

French Toast dia fluffy . soalan serious ni, korang ada resepi roti fluffy macam ni tak? geram!!!

My kids chose The Minimalist;
Cereal with fresh milk and mixed berries  (cornflakes/koko crunch)
Orange or Apple Juice or Coffee or Tea
Butter Croissant served with butter

My husband pulak nak Arte 66 Classic Breakfast
Orange
or Apple or Coffee or Tea
Two farm eggs any style
(scrambled or omelette)
Chicken Sausage or Beef Bacon
Grill Tomato with Parmesan Cheese or Saute Mushroom

Okay gitu lah konsep pemilihan. 


Swimming Pool Arte by Thomas Chan


I nak bagitahu ni. Sejujurnya kan, I TERSILAP!

Masa nampak orang share 'kecantikan' hotel ni, I google la pool dia. Keluar la gambar sebesar alam. Excited lah sayaa wak membayangkan dia ala ala pool Berjaya Times Square ke The Zone ke. 

Sekali sampai je. krik krikk. Laaa 

Frust jugak lah I. Nasib apaknya ada. kalau tak memang tak berenang lah bebudak tu. I tak masuk pun, bergambar kat tepi je. I tengok sampai dada Ocin. Bebudak tu memang tak jejak lah

No wonder lah dia limitkan 4 pax je per slot. I pelik jugak eh pool besau besau 4 orang je? wakkakaka

Kids enjoy sangat. Okay lah kan. Peduli apa besau kecik rendah tinggi janji dorang nak main air. 


Level R

8.45am masa dah cukup, kami pun naik lah bilik. Siap semua dah, bebudak nampak bosan je. I ajak turun Level R tu. Banyak sangat tempat instaworthy. Tapi mostly tak buka lagi. Maybe sebab PKP kot.

Ada juga nampak sales agent bawa client tengok tengok area situ. Huntonggg tau tapi berapa lah maintainance kan T_T

Level R ni ada macam macam; pool besau (ni lah yang I nampak tu), Gym, Lounge, barbeque area eh banyak lah. Tak kuasa nak selidik semua bukan boleh masuk pun. hahaha



tandas di area Mosaic Pool



Check Out

Macam masa check in, check in pun smooth je. Bagi key card, lepas tu dia tanya ada ambil apa apa from mini bar?

I cakap yes, 2 Kit Kat. so kena bayar RM16

Mula-mula dia minta cash. Berlari masing masing cari duit kecik sebab semua takde cash termasuk restaurant -_- Tapi I terfikir nak swipe card, ha nasib boleh. 

Actually I pelik kenapa dia tak tolak from deposit . Tapi takpelah malas pulak nak tanya

In A Nutshell

Kesimpulannya, tempat ni memang cantik & berbaloi dengan harga. I memang teringin nak repeat dan stay di Louis Room pulak also their Hi Tea

Personally, Arte ni tak kids friendly langsung ye -_- especially the pool. Kalau dapat stay as residents (mana tau buyer jadikan rumah airbnb ke kan) memang laju je I book bawa anak anak. 

Lift ada 4. Tapi masa I datang tu 1 under maintenance. Yang 3 tu pulak bagi I agak slow sebab floor semua tinggi tinggi. Lepas tu limit 4 pax pulak. Jadi kenalah tunggu. 

Car park free je. Tapi I nampak palang tu. Tak tahu lah maybe tak lama lagi ada charge ke kan. Time kami masuk/ keluar, security yang tolong buka kan. 


Kan I cerita Level R untuk residents sahaja. Tadi I post di group Hotel Review Malaysia, ada yang comment pernah guna pool tu masa previous stay around 17 March

Oh mungkin masa tu dibenarkan dan sekarang SOP dah ketat kot. Maybe lah kan

Facilities lain seperti barbeque, I ada tanya reception katanya dia tak pasti. Tapi dia boleh tanyakan management, just in case I nak datang lagi. I cakap takpelah

Jacuzzi yang cantik dan viral tu pulak hanya untuk residents sahaja. 

According tu the staff  facilities for residents pun tak banyak buka lagi. 

So gais, kalau korang nak check in sini ke, silakan. Memang cantik dan berbaloi repeat. Cuma I sedih bab pool lah. Tu je, yang lain tip top.


Glam Room VI- RM581/per night
Deposit- RM300
Check In Time- 3pm
Check Out Time- 12pm





Toodles, xoxo

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....