Skip to main content

PELUANG UNTUK BERTEMU EDWIN VAN DER SAR, LAGENDA MANCHESTER UNITED DI AEON MALL!

Makanan Wajib Cuba Di Foodcourt KLCC

Heyy everyone, today I nak share antara MAKANAN YANG WAJIB CUBA di foodcourt KLCC

I jarang makan di foodcourt sebab malas nak bawak dulang hahahha. But this one MUST TRY

Ha dulu KLCC ada 2 foodcourt. 1 di Level 2 dan 1 lagi di Level 4. Yang Level 4 dah tutup this year kot, so tinggal 1 je lah

Last year kot ada major renovation kat Level 2 ni, dah jadi cantik menarik gitchew. Lokasi kedai pun ada yang diubah.

1) Nasi Ayam

Stall ni dah lamaaaa ada dari zaman I ber-dating gitchew. Haa teringat bawa boyfriend zaman Form 2 or Form 3 makan sini. Lepas SPM, kerja pun suka makan sini. Ehh memang suka lah. 

Kedai ni quite famous, kalau borak pasal Nasi Ayam mesti keluar "Nasi Ayam KLCC " . 


Untuk harga, makin naik hahahha seiiring dengan masa gitchew. Apa pun kalau korang nak makan datanglah by 11am or after lunch hour. 

The que panjang nak mampos during lunch. Tapi cepat je.

2) Pizza & Cafe Milano

Yang ni pun sama famous. Sebut pasal pasta best klcc, terus orang suggest stall ni. 


Beef Lasagna - RM 12

My fav always Lasagna and Bolognese dia. Sumpah sedap and portion besau. Harga murah gais.





Dulu lokasi dia di tengah alam. Naik escalator nampak ni dulu. Sekarang dah dipindahkan ke belah belakang. Luas gais. 



3) Claypot & Sizzling

Sedap kan kalau dapat makan sizzling yee mee or nasi. Panas panas. Hirup kuah. Fuhhh

Korang boleh cuba this one. 


I pernah makan kat tempat lain. Mengecewakan betul. So far foodcourt KLCC juga terbaikkkkk. Harga murah dan berbaloi. 

Berbaloi betul. Jadi kalau alang-alang berada di KLCC meh la cuba 3 stall ni. Macam I cakap tadi kalau lunch hour memang ramai orang. After office hour pun sama. Public holiday? Aihh tak payah cerita lah memang jadi pilihan sama ada yang bawa family atau yang berdating.

Sebenarnya ada banyakkkkk lagi stall best seperti Nathan, Fuel Shack, eh banyak lah. Tapi yang 3 ni WAJIB CUBA. 

Toodles, xoxo

 

Comments

  1. Pernah juga makan di gerai tingkat 2 KLCC. Ya lasagna memang besar dan sedap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Jenama Baju Sekolah Tak Payah Gosok

 Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan. Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status. 1. Berapa helai baju sekolah yang cukup? 2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid? 3. Jenama baju sekolah apa yang bagus? Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut. Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah. Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.  Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaup...