Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Brew & Bread Wisma MCA Jalan Ampang

Hari tu nampak kat foodie page pasal cafe ni. Nampak menarik. Maka, geng #cafehunting pun laju laju plan di sini hehe. Tak silap I ada 3 cawangan dan kami pilih Wisma MCA. Lagi dekat rasanya memandangkan kami semua dari Ampang.

Masa sampai agak pack, nasib baik ada seat kosong di bahagian dalam. Maka kami pun terus men-order.

Banyak juga pilihan makanan dan semuanya nampak menarik. Pilihan I semestinya pasta. Kami decide nak pilih menu berlainan so bolehlah share share giteww. Sharing is caring.

Bab beverages, I lupa snap pulak. Tapi banyak juga pilihan untuk coffee lover. Untuk yang tak minum coffee macam I ni, kurang pilihan. I pilih Ice Chocolate je.


Cepat juga makanan sampai. Aktiviti kami bergambar lah dulu. Biasalah kan kamera makan dulu. 

Ni I punya Calamari Salted Egg ( RM22). Memang fav I lah bab bab salted egg ni. 
I request non-spicy sebab I kan takut pedas. Tapi buat muak pulak aiyoo. Sebab sepatutnya pedas pedas baru sedap kan.
Pada I Salted Egg ni memang sedap. Cuma sebab kami ambil masa lama untuk bergambah, dia macam dah menyerap kat situ lol. Lepas tu dah sejuk.  Sobs. 


Dayah pilih Fettuccine Pomodoro ( RM18). Rasa dia macam kuah bolognese biasa je. Yang bulat bulat tu handmade meatball katanya.


Sally pilih Braised Beef Korean Bibimbap (RM26) . 

I tak makan sangat Korean food jadi tak tahu ler what to expect.


Nad punya nampak WOW betul kan. Mala Whole Leg Fried Chicken Burger ( RM24)

Tapi honestly I tak reti makan macam ni. Confirm I makan selapis selapis nanti HAHAHA. Yang ni boleh pilih spicy or non-spicy juga.


Total bill ialah RM146. Takde tax.

Overall okaylah. Ada croissant dan kek. Tapi perut dah penuh pulak plus I rushing nak fetch si Ash dari sekolah. 



Maybe boleh repeat untuk makan ringan ringan

I park di basement. Rasa macam tak sampai 2 jam= RM8 . Boleh tahan harga ala ala KLCC. Takpelah kan janji ada parking. I seram sikit nak park merata-rata ni.

Kalau korang berada di kawasan sekitar, bolehlah cuba Brew & Bread ni. Tak silap I lagi 2 cawangan ialah di Changkat dan Bukit Jelutong.

Toodles, xoxo






 

Comments

  1. Persembahan makanan memang menakjubkan. Rasanya mesti banyakkan makanan diberi? Kalau saya kena kongsi 2 untuk makan.

    ReplyDelete
  2. Kalau di bukit jelutong ada boleh la Aini cuba one day.. dah dekat dengan Puncak Alam.
    Makanan dia nampak tempting.. kene la dengan harga dia..

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap semuanya...
    PH pun sama, kalau makan burger makan selapis-lapis hihi

    ReplyDelete
  4. semua nampak sedap kecuali korean food tu. Tak boleh tengok korean food rasa nak pengsan. Tak tahu kenapa. Ramen yang kuah kuah je boleh tengok. Selain dari tu tekak tak reti nak telan..

    ReplyDelete
  5. nampak menggoda semua menu tu... lapar nengok . Lepas ni kalau datang lagi sampai je terus kene makan tak boleh biar lama-lama

    ReplyDelete
  6. calamari salted egg tu terliur tgk...bole tahan harga parking tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu