Hari tu nampak kat foodie page pasal cafe ni. Nampak menarik. Maka, geng #cafehunting pun laju laju plan di sini hehe. Tak silap I ada 3 cawangan dan kami pilih Wisma MCA. Lagi dekat rasanya memandangkan kami semua dari Ampang.
Masa sampai agak pack, nasib baik ada seat kosong di bahagian dalam. Maka kami pun terus men-order.
Banyak juga pilihan makanan dan semuanya nampak menarik. Pilihan I semestinya pasta. Kami decide nak pilih menu berlainan so bolehlah share share giteww. Sharing is caring.
Bab beverages, I lupa snap pulak. Tapi banyak juga pilihan untuk coffee lover. Untuk yang tak minum coffee macam I ni, kurang pilihan. I pilih Ice Chocolate je.
Cepat juga makanan sampai. Aktiviti kami bergambar lah dulu. Biasalah kan kamera makan dulu.
Ni I punya Calamari Salted Egg ( RM22). Memang fav I lah bab bab salted egg ni.
I request non-spicy sebab I kan takut pedas. Tapi buat muak pulak aiyoo. Sebab sepatutnya pedas pedas baru sedap kan.
Pada I Salted Egg ni memang sedap. Cuma sebab kami ambil masa lama untuk bergambah, dia macam dah menyerap kat situ lol. Lepas tu dah sejuk. Sobs.
Dayah pilih Fettuccine Pomodoro ( RM18). Rasa dia macam kuah bolognese biasa je. Yang bulat bulat tu handmade meatball katanya.
Sally pilih Braised Beef Korean Bibimbap (RM26) .
I tak makan sangat Korean food jadi tak tahu ler what to expect.
Nad punya nampak WOW betul kan. Mala Whole Leg Fried Chicken Burger ( RM24)
Tapi honestly I tak reti makan macam ni. Confirm I makan selapis selapis nanti HAHAHA. Yang ni boleh pilih spicy or non-spicy juga.
Total bill ialah RM146. Takde tax.
Overall okaylah. Ada croissant dan kek. Tapi perut dah penuh pulak plus I rushing nak fetch si Ash dari sekolah.
Maybe boleh repeat untuk makan ringan ringan
I park di basement. Rasa macam tak sampai 2 jam= RM8 . Boleh tahan harga ala ala KLCC. Takpelah kan janji ada parking. I seram sikit nak park merata-rata ni.
Kalau korang berada di kawasan sekitar, bolehlah cuba Brew & Bread ni. Tak silap I lagi 2 cawangan ialah di Changkat dan Bukit Jelutong.
Toodles, xoxo
Persembahan makanan memang menakjubkan. Rasanya mesti banyakkan makanan diberi? Kalau saya kena kongsi 2 untuk makan.
ReplyDeleteKalau di bukit jelutong ada boleh la Aini cuba one day.. dah dekat dengan Puncak Alam.
ReplyDeleteMakanan dia nampak tempting.. kene la dengan harga dia..
Nampak sedap semuanya...
ReplyDeletePH pun sama, kalau makan burger makan selapis-lapis hihi
semua nampak sedap kecuali korean food tu. Tak boleh tengok korean food rasa nak pengsan. Tak tahu kenapa. Ramen yang kuah kuah je boleh tengok. Selain dari tu tekak tak reti nak telan..
ReplyDeletenampak menggoda semua menu tu... lapar nengok . Lepas ni kalau datang lagi sampai je terus kene makan tak boleh biar lama-lama
ReplyDeletecalamari salted egg tu terliur tgk...bole tahan harga parking tu
ReplyDeletetgk gmbr pon sedapp.,, nyum2
ReplyDelete