Sekarang ni murid sekolah rendah dah wajib buat Covid Test menggunakan saliva test kit yang dibekalkan pihak sekolah. Setiap minggu dua orang murid akan dipilih secara random. Sama kot ek semua sekolah?
Jadi minggu ni giliran si Abang. Petang tu cikgu dah siap Whatsapp bagi penerangan siap dengan link video Youtube untuk rujukan. Selalunya ujian ni akan dibuat pada hari Selasa. Tapi memandangkan Selasa ialah cuti umum, maka cikgu bagi Isnin dan kena Whatsapp result.
Balik je sekolah I suruh Abang kumur kumur dan buat test. Yelah, kang dah makan macam macam tak valid pulak ye tak.
Sebenarnya I geli betoi la bab air liur ni sobs. Tapi terpaksa jugak. Si Abang dah tahu I geli lagi dia gelakkan
Cikgu bekalkan dalam plastik macam ni lengkap dengan borang yang perlu diisi.
Tak tahu test kit ni brand apa. Pertama kali jumpa yang kena buat corong macam ni.
Yang bagusnya tak perlu digodak. Sebab corong tu masuk terus ke dalam tube yang disediakan
Sebelum ni pernah guna beberapa brand lain, dah letak air liur kena ambil titisan dan letak dalam tube secara manual. Tu yang Mommy kembang kuncup tekak tu HAHAHA.
Jadi mula-mula sila buat corong.
Buka penutup tube dan masukkan corong ke dalam tube.
Disebabkan sebelum ni dah pernah buat beberapa kali, si Abang pun dah tahulah step dan konsepnya. Takdelah susah nak terangkan.
Sekarang ni memang wajib simpan test kit kan. Selalunya sebelum attend event/review pun bloggers diwajibkan hantar result. Apaknya kalau rentas negeri pun office akan minta buat saliva test sebelum masuk office.
Lepas campurkan air liur ke dalam tube mengikut paras ditetapkan, tutup tube ketat-ketat dan goncang sebanyak 20 kali.
Lepas tu titiskan sebanyak 2 kali. Perlahan-lahan boleh tengok garisan keluar.
Result within 15 minutes.
Alhamdulillah NEGATIVE!
Yeayy boleh jalan ehh tiber. Cikgu mintak Whatsapp gambar result dan borang ni kena hantar hari Rabu.
Semoga kita semua dilindungi dari Covid durjana ni eiii. I pernah rasa kuarantin dalam rumah sebab close contact husband. Ya Allah, seksa. Bayangkan terkurung 14 hari.
Pernah tengok anak I yang kecik, Ash, kena swab test cucuk hidung dan tekak. I kena pangku dia. Ya Allah, dia menjerit I pun menggigil sekali. Masa tu pembantu tadika positive dan semua kena swab test. Kesian anak anak kecik.
Semoga dijauhkan. Amin.
Hahaha sama la masa memula kena guna saliva test ni mmg geli jgk hahah pastu bila dh kerap sgt test saaliva, dh lali plak.. Semoga kita terhindar dari covid ni kan..
ReplyDeletesamalah cici, walau anak sendiri, malah diri sendiri, memang geli dengan air liur hahaah
ReplyDeleteCikgu pilih random kan. Zahra Fateh x kena this week..haha
ReplyDeleteSatu kerja pulak nak kena buat test semua ni kan...
ReplyDeleteMoga kita semua sentiasa dilindungi-Nya dari wabak ni aamin
pernah buat wat...alhamdulillah negatif je result. memang adventure bab kena kuarantin tu..bosan sampai x tau nak wat apa dah sorang2.... minta dijauhkan dr kita semua..aamiin!
ReplyDeleteMe alegra que haya salido negativo te mando un beso. Enamorada de las letras
ReplyDeletesaliva test ni boleh tahan lg. yg x sanggupnya kena cucuk hidung tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah. mudah je sekarang kan
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletesatu antara langkah berjaga jaga
anak2 sekolah