Skip to main content

PELUANG UNTUK BERTEMU EDWIN VAN DER SAR, LAGENDA MANCHESTER UNITED DI AEON MALL!

Ubat Cairkan Tahi Telinga | A-Cerumen

Nak cerita pasal ear wax atau tahi telinga.

Tak silap I ear wax ada 2 jenis ; yang cair dan yang kering. 

Biasanya ear wax ni tak perlu korek pun, cuma perlu bersihkan kawasan luar tu je. Fungsi ear wax ialah untuk melindungi telinga kita daripada benda asing.

Alkisahnya I dengan my boy ada ear wax yang jenis kering. Memang susah nak bersihkan. Kalau telinga gatal dan pergi klinik, doc kata keadaan telinga normal dan cuma perlu guna ear drop untuk bersihkan.

Fungsi ear drop ni untuk mencairkan tahi telinga. 

Jadi I beli ubat cairkan tahi telinga ni di Shopee 




Cara nak guna sama je macam ear drop yang doc bagi. Yang ni mungkin lagi senang sebab spray je. Lebih terjamin kebersihan gitu.

1.Sengetkan / Tilt kepala kita. 
2.Spray ke dalalam lubang telinga.
3. Tunggu beberapa saat dan urut di bahagian cuping telinga
4. Kalau ada rasa cecair mengalir, bersihkan guna tisu atau cotton bud.


Kat farmasi pun ada jual. Tapi biasalah, beli kat Shopee lagi senang kan. Hehehe. Ada 2 pilihan sama ada 40ml atau yang jenis kecik kecik 2ml tu. Pada I, yang jenis spray ni lebih memudahkan. 

Walaubagaimanapun, ianya bergantung pada keadaan telinga jugak. Kalau tahi dah keras/ banyak mungkin akan ambil masa. Bukan sekali drop je terus keluar. 

Macam ear drop yang doc bagi pun dia suruh 2 titis 3x sehari. 

A-Cerumen ni I guna 2-3 minggu sekali je. Nak pastikan telinga bersih dan tak gatal.

Andai masalah masih tak selesai lebih korang dapatkan nasihat dari doctor.  Yelah doctor ada device untuk check dalam telinga tu. 

Thanks for reading!







 

Comments

  1. Menarik ni...boleh cari kat Shopee...

    ReplyDelete
  2. Itulah susah hendak bersihkan. Kata keluar sendiri tapi kadang-kadang kena korek apabila gatal. Boleh cuba.

    ReplyDelete
  3. eh menarikkk!!! tq sharing... mmg uyum ada masalah telinga, senang la klu ada yg spray camni.. ok nnt bole cari juga...

    ReplyDelete
  4. so far anak-anak takde masalah kering tapi memang tak korek seram.. lap2 macam tu je

    ReplyDelete
  5. Waa menarik ni sebab anak mama jenis taik telinga kering

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Jenama Baju Sekolah Tak Payah Gosok

 Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan. Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status. 1. Berapa helai baju sekolah yang cukup? 2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid? 3. Jenama baju sekolah apa yang bagus? Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut. Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah. Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.  Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaup...