Alkisahnya Jumaat patutnya I dapat booster di Dewan PPV Ampang Mewah. Dekat sangat dengan rumah ni. Sampai sampai beratur panjang. Dengar juga orang kat belakang I tanya RELA bertugas pasal jenis vaksin.
Sally dapat Pfizer kat sini. Rasanya ada offer beberapa jenis juga dan kita boleh pilih.
Sampai kat kaunter pertama, I tanyalah
Me: hi, ermm sorry, vaksin apa ye? Is it Pfizer?
Staff: No, justttttt finish. We only received like 100 dose blablabla
La gitu pulak. So I decide to declined dan cari tempat walk in.
Search posting kat Facebook dan nampak pasal Menara Olympia. Teringat Nad dapat booster kat situ juga. Katanya tak ramai orang.
Sambil on the way tu I comment kat posting tu boleh ke walk in sekarang dan katanya boleh je. I rasa dia salah sorang petugas kot.
Sampai sampai je KOSONG gais. Terus isi borang, bawa ke next kaunter, lepas tu sorang petugas bawa ke Bilik Suntikan
Tak sempat duduk pun apatah lagi ambil gambar HAHAHA
Dapat doc baik gais. Alhamdulillah.
Lepas tu terus ke next counter untuk update MySejahtera.
Okay dah siap. Less than 15 minute kot.
Sebenarnya I masih trauma sebab lepas 2nd jab I demam teruk. Tahap teruk yang tak boleh digambarkan. Sakit, lenguh dari pinggang ke bawah. Nak bangun tak boleh. Dahsyat betul ye.
Next day ke klinik, bagitahu doc demam blablabla
"OHH lepas vaksin memang demam. You pun tahu kan. You nak MC ke?"
Dia punya tone tu amboii. I jawab lah balik
"NO i dont need your MC. I nak ubat je"
🤨🤨🤨🤨🤨🤨🤨🤨
Anyway lepas kena 3rd dose ni, Mula-mula okay je. Cuma rasa sengal kat tangan. Lewat petang sikit dah rasa macam demam. Tapi tak demam. Tapi demam
Hahaha gitulah complicated sungguh. Tengah malam sampai ke Subuh kaki rasa lenguh macam baru lepas keliling pulau dengan heels. I makan panadol. Badan rasa demam tapi taklah panas sangat. Harap akan sembuh segera.
Next week budak dah start sekolah. Banyak kerja dah ni.
Dose 3, rasa demam tapi tak demam pula ye. Saya pun begitu juga, seram sejuk rasa badan, sekejap rasa sejuk sekejap rasa panas. Akhirnya mohon cuti kerja sehari sebab memang demam.
ReplyDeleteTahniah dah booster! hehe
ReplyDeleteAlhamdulilah.. Dpt AZ so far tak de kesan teruk sgt kecuali lenguh kat tmpt suntik tu je..
ReplyDeleteRamai yang demam lepas booster ni. Alhamdulillah dah settle. Bestnya...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Lengkap dah.
ReplyDeleteOh boleh walk-in walaupun selepas dapat temujanji di MySejahtera.
ReplyDeleteRupanya boleh tolak kalau tiada vaksin kita hendak.